Wednesday, October 22, 2014

TIPS DAN PETUA UNTUK IBU

PETUA KHAS UNTUK IBU-IBU


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Ibu adalah umpama jantung untuk rumah.. Jika tiada ibu, kuranglah seri di dalam rumah tersebut.. Jadi hari ini, ida hendak berkongsi serba sedikit tips dan petua untuk para ibu di luar sana.. Apakah petua tersebut, jom ikutinya dibawah ini..

ELAKKAN IKAN KERING BERULAT

Sekarang nie dah mula musim hujan, sedap jugakan ikan kering dijadikan lauk dan makan bersama nasi panas-panas.. Kadang-kadang, tanpa kita sedari, ikan kering tersebut telah menjadi berulat.. Jadi untuk mengelakkannya, anda boleh menjemurnya di tempat yang panas dan taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atas ikan kering tersebut.. Hasilnya, lalat tidak akan hinggap lagi pada ikan kering tersebut..


SEGARKAN POKOK

Kaum wanita terutama yang bergelar ibu-ibu ni pasti suka menanam pokok dihalaman rujmah mereka.. Setiap hari mereka akan memastikan pokok yang di tanam akan sentiasa segar dan berbunga cantik.. Untuk mendapatkan pokok yang segar, anda boleh mencuba petua ini.. Ambil tahi ikan bilis serta kepalanya dan rendamkannya dengan air di dalam bekas dan perapkannya selama beberapa hari.. Selepas itu, anda bolehlah siramkan pokok anda dengan ramuan ikan bilis tersebut dan lihatlah hasilnya..


MERAWAT MUNTAH

Sekiranya terdapat ahli keluarga anda muntah-muntah, ambillah beberapa helai daun limau purut dan kisar bersama sedikit air masak sehingga hancur.. Minumlah sehingga habis..


HILANGKAN BULATAN HITAM BAWAH MATA

Bulatan hitam di bawah mata sudah menjadi satu kelaziman bagi wanita.. Untuk menghilangkannya, ambil segenggam daun pudina segar dan tumbuk sehingga hancur.. Sapukan di sekitar kawasan gelap bawah mata tersebut selama 10 minit.. Selepas itu, cucilah dengan air bersih.. Amalkan selalu sehingga hilang lingkaran hitam bawah mata tersebut..


URAT BETIS TIMBUL

Masalah urat timbul adalah masalah biasa yang terjadi dikalangan wanita terutama yang sedang hamil atau lepas bersalin.. Untuk mengatasi masalah tersebut, ambil segenggam kacang hijau dan rebus dengan air sehingga mendidih tetapi jangan sehingga kacang tersebut pecah kulitnya.. Biarkan air rebusan tinggal segelas dan minumlah air rebusan tersebut bersama kacangnya setiap pagi dan sebelum tidur..



Itulah diantara tips dan petua untuk ibu-ibu.. Nantikan tips dan petua untuk ayah pula ya..
           

2 comments:

  1. banyak sebenarnya petua orang tua ni kan..tapi zaman sekarang ni ada yang tak percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. orang muda sekarang ambil remeh temeh je petua orang tua sekarang nie..

      Delete