Showing posts with label SET KESUBURAN. Show all posts
Showing posts with label SET KESUBURAN. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

CoQHEALTH PLUS SHAKLEE

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN MENGAMBIL CoQHEALTH PLUS SHAKLEE


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Jantung anda mengepam hampir 2000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh anda setiap hari.. Sebagai otot yang bekerja keras didalam tubuh anda dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung anda memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap.. Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10), yang juga berperanan membantu kesihatan salur darah.. 


CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud didalam semua sel.. Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10, akan tetapi amaun CoQ10 yang diperolehi dari pemakanan secara tipikal adalah kurang dari 10mg sehari.. Perlu diingat, faktor seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia dan pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas meningkatkan lagi keperluan untuk nutrien yang amat penting ini..

ADAKAH ANDA TAHU??


  • Jantung anda berdenyut 100,000 kali setiap hari..
  • Aorta, arteri terbesar didalam tubuh dan diameternya hampir menyamai hos taman anda..
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu akan mengurangkan tahap CoQ10 didalam darah..

CoQHEALTH PLUS MEMBANTU MENJANA JANTUNG YANG SIHAT


CoQHealth menampilkan campuran semulajadi proprietari 100mg CoQ10 dan resveraterol didalam softgel yang bioavailable.. CoQ10 juga telah dibuktikan :

  • Membantu penghasilan tenaga didalam organ jantung
  • CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga didalam otot jantung, menambah kekuatan mengepamnya.. Penyelidikan juga menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah, mengurangkan episode serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung..
  • Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL..
  • Banyak kajian telah menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan.. Tindaka CoQ10 sebagai antioksidan yang kuat menghalang oksidasi LDL kolestrol ''tidak baik'' dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah..
  • Membantu menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 didalam darah..
  • Meningkatkan tenaga..
  • CoQ10 berupaya meningkatkan tahap tenaga, menambahkan stamina dan mengurangkan kelesuan.. Kajian juga mendapati supliment harian CoQ10 dapat mengatasi simptom-simptom kelesuan..
  • Kecerdasan mental..
  • CoQ10 merancakkan sel-sel otak yang seterusnya meningkatkan kecerdasan mental, memori dan keupayaan kognitif.. Kajian juga menunjukkan supliment CoQ10 dapat mengurangkan serangan migraine, pening dan perasaan loya..
  • Kulit yang lebih muda..
  • CoQ10 meningkatkan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan cukup oksigen dan nutrisi untuk pemulihan, rejuvenasi dan penghasilan kolagen.. Ini membantu kulit agar lebih tegang, lebih cerah dan berseri..
  • Meningkatkan kesuburan..
  • CoQ10 mengurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan kiraan sperma, pergerakan sperma dan mutu sperma.. Ia juga membantu meningkatkan mutu ovum wanita..
  • CoQHealth juga mengandungi resveratrol yang terbukti merehatkan salur darah dan membantu pengaliran darah..

KEBAIKAN SETERUSNYA MENGAMBIL CoQHEALTH PLUS


  • CONGESTIVE HEART FAILURE (CHF) - Belum terdapat bukti kukuh yang mengaitkan pengambilan koenzim Q10 sahaja akan menghentikan kegagalan jantung.. Tetapi terdapat bukti (walaupun kontroversi) bahawa ianya menolong bila dikombinasikan dengan perubatan dan rawatan jantung yang lain..
  • Mengurangkan risiko masalah jantung tambahan bagi mereka yang baru mengalami serangan sakit jantung ( myocardial infarction, MI) - Apabila dimulakan dalam masa 72jam dari terjadinya MI dan diambil selama satu tahun, koenzim Q10 didapati mampu mengurangkan serangan sakit jantung dan MI..
  • Penyakit Huntington (a rare genetic neurological disorder) - Ubiquinol, satu bentuk koenzim Q10 yang telah dianugerahkan ''Orphan Drug Status'' oleh Federal Food and Drug Administration (FDA).. Ini memberi pembuat Ubiquinol memperolehi insentif kewangan untuk mengkaji keberkesanan penyakit Huntington, satu keadaan yang jarang berlaku (melibatkan kurang dari 200,000 pesakit) yang mana syarikat pharmaseutikal tidak akan membangunkan ubat untuknya.. Walaubagaimanapun pengambilan koenzim Q10 dalam dos 600mg atau kurang, sehari didapati tidak berkesan melambatkan perkembangan penyakit ini..
  • Menghalang komplikasi salur darah selepas pembedahan ''heart bypass'' - Wujud bukti yang menunjukkan pengambilan secara oral koenzim Q10 selama seminggu sebelum pembedahan dapat membantu mengurangkan kerosakan salur darah.. Walaubagaimanapun tidak semua para penyelidik bersetuju dengan penemuan ini..
  • Tekanan darah tinggi (hypertensi) - Pengambilan koenzim Q10 bersendirian atau bersama-sama perubatan untuk tekanan darah tinggi, menurunkan tekanan darah dengan lebih berkesan lagi..
  • Menghalang serangan migraine - Mengambil koenzim Q10 secara oral membantu menghalang serangan migraine.. Kajian menunjukkan ianya mampu mengurangkan kekerapan pening kepala sebanyak 30% dan hari-hari serangan dimana keadaan loya berkaitan dengan pening kepala berkurangan sebanyak 45% bagi dewasa.. Pengambilan koenzim Q10 juga mengurangkan serangan migraine bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap koenzim Q10 yang rendah.. Ianya mungkin mengambil jangkamasa 3 bulan untuk menunjukkan kesan.. Malangnya koenzim Q10 tidak berkesan dalam rawatan migraine apabila ianya telah terjadi..
  • Penyakit parkinson - Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa pengambilan supliment koenzim Q10 mampu melambatkan kemerosotan kesihatan dengan mereka yang menghidapi tanda awal penyakit Parkinson.. Akan tetapi pengambilan bagi pesakit yang berada diperingkat pertengahan penyakit Parkinson tidak menunjukkan kesan yang positif..
  • Memperbaiki sistem imun bagi pesakit HIV / AIDS
  • Muscular distrophy (distrofi otot), satu masalah membabitkan kerosakan otot - Pengambilan koenzim Q10 secara oral memberi kesan positif bagi penghidap distrofi otot..      

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Wednesday, August 13, 2014

SET SUBUR SUAMI ISTERI SHAKLEE

HAMIL DENGAN SET SUBUR SHAKLEE


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Semua pasangan yang baru berkahwin amat mengimpikan cahayamata yang menjadi pengikat kasih sayang antara mereka.. Namun tidak semua pasangan yang diberi kesempatan untuk mempunyai cahayamata.. Mereka sangat dicadangkan untuk berjumpa dengan doktor setelah setahun berkahwin jika tidak dikurniakan cahayamata untuk memeriksa tahap kesuburan mereka.. Setelah mengetahui tahap kesuburan mereka, dengan ini pasangan lebih mudah untuk memikirkan rawatan apa yang sesuai untuk dijalani bagi menyelesaikan masalah kesuburan mereka..

Sekarang ini sudah banyak rawatan yang diperkenalkan di Malaysia untuk merawat masalah kesuburan pasangan ini.. Namun tidak semua orang mampu untuk menjalani rawatan itu kerana menelan belanja yang sangat mahal.. Shaklee menawarkan SET SUBUR SUAMI ISTERI yang dijamin halal, selamat untuk digunakan untuk jangkamasa panjang dan harga yang sangat berbaloi dengan kualiti dan kuantitinya..

Didalam entry sebelum ini, ida ade menyatakan tentang SET KESUBURAN LELAKI SHAKLEE dan juga SET KESUBURAN WANITA SHAKLEE .. Anda boleh merujuk di entry tersebut untuk mengetahui set keseluruhan untuk set kesuburan wanita dan lelaki shaklee.. Anda juga boleh mencuba set kesuburan suami isteri yang sentiasa diambil oleh pasangan yang menginginkan cahaya mata..

SET SUBUR SUAMI ISTERI




 

                                                       SAYA NAK BELI SET SUBUR

# p/s sekiranya anda mempunyai masalah seperti CYST, ENDOMETRIOSIS, FIBROID dan PCOS anda perlulah menghubungi kami dahulu sebelum membuat sebarang pembelian..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Tuesday, August 12, 2014

SET KESUBURAN LELAKI SHAKLEE

CARA MENINGKATKAN TAHAP KESUBURAN DENGAN SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Kebiasaannya lelaki akan menyalahkan perempuan jika setelah lama berkahwin tidak dikurniakan anak.. Walhal, lelaki juga menyumbang kepada peratusan ketidaksuburan dikalangan pasangan yang tidak dikurniakan cahayamata.. 

Lelaki diluar sana jangan tersilap sangka dengan memakai losyen tahan lama, ubat kuat tu dapat meningkatkan tahap kesuburan anda.. Faktor kesuburan sebenar ialah kesihatan dalaman anda iaitu sperma anda mempunyai tahap kualiti dan kuantiti yang bagus.. Banyak punca yang boleh dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan lelaki.. Anda boleh membacanya di sini --> PUNCA TIDAK SUBUR LELAKI ..

SET KESUBURAN LELAKI

Bagi lelaki yang ingin kembalikan tahap kesuburannya ke normal, shaklee mempunyai SET KESUBURAN LELAKI yang bersifat semulajadi.. Harga set kesuburan lelaki ini juga harga mampu milik.. Jom tingkatkan tahap kesuburan anda dengan set kesuburan lelaki shaklee ini.. Antara set kesuburan lelaki shaklee ialah seperti berikut :-

VITA E
* Antioksidan yang kuat dapat membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel dan melindungi sperma..


ZINC COMPLEX
* Untuk pertumbuhan organ reproduktif.. Meningkatkan penghasilan testosteron dan meninggikan kiraan sperma..

VITA C
* Meningkatkan motiliti sperma, menghalang sperma berbentuk gumpalan..

ENERGIZING SOY PROTEIN ( ESP )
* Mempertingkatkan motiliti sperma dan meninggikan kiraan sperma..

VITA LEA
* Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh seorang dewasa.. Vita lea dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh..

COQ10 HEALTH
* Meningkatkan kiraan sperma dan motiliti sperma.. Sperma lebih sihat dan kesuburan berada ditahap maksima..


Anda juga boleh untuk membeli sendiri set kesuburan ini dengan hanya menekan link tersebut --> SET KESUBURAN LELAKI SHAKLEE .. Anda hanya perlu sediakan kad kredit / debit untuk membeli secara online set kesuburan wanita shaklee ini dan nantikan barangan tersebut sampai kerumah anda..

   

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Monday, August 11, 2014

SET KESUBURAN WANITA SHAKLEE

HAMIL DENGAN SET KESUBURAN WANITA SHAKLEE


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kehadiran cahaya mata amat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin.. Namun tidak semua pasangan yang berpeluang untuk merasai nikmat kehadiran cahaya mata yang menjadi pengikat kasih sayang antara suami isteri.. Ada yang baru berkahwin sudah dikurniakan cahaya mata, tetapi ada juga yang sudah bertahun berkahwin masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata..

Kebiasaannya, punca lambat mendapat cahaya mata ini adalah disebabkan kesuburan yang sering melanda sesetengah wanita.. Antara punca ketidaksuburan wanita adalah seperti berikut :-

FAKTOR KETIDAKSUBURAN WANITA

  • Penyakit kelamin
  • Merokok
  • Terlalu kurus ataupun gemuk
  • Mempunyai masalah seperti cyst, fibroid, endometrisis dan pcos
  • Tidak dapat menghasilkan telur (ovum).. Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon
  • Faktor usia ( apabila usia mencapai umur 35 tahun, tahap kesuburan wanita mula menurun )
  • Pengambilan kafein secara berlebihan
  • Penyakit berkaitan dengan pelvik
Untuk ketahui lebih lanjut anda boleh baca di PUNCA TIDAK SUBUR WANITA ..

SET KESUBURAN SHAKLEE

Shaklee menawarkan set kesuburan untuk para wanita yang inginkan hamil secara semulajadi.. Harga set kesuburan wanita ini juga harga mampu milik.. Jom selesaikan masalah kesuburan anda dengan mencuba SET KESUBURAN WANITA SHAKLEE ini.. Antara set kesuburan wanita shaklee adalah seperti berikut :-

GLA COMPLEX
* GLA COMPLEX membantu menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid kembali teratur.. GLA juga membantu melegakan masalah PMS ( sindrom pra-haid )


B COMPLEX
* Untuk memastikan sistem reproduktif yang sihat.. Doktor juga menyarankan pengambilan asid folic yang juga terkandung didalam B COMPLEX shaklee yang sangat penting untuk pembentukan janin apabila hamil..


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP )
* ESP mengandungi isoflavone yang sangat penting untuk hormon estrogen wanita..


VITA LEA
 * Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh seorang dewasa.. Vita lea dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh.. Seorang wanita perlu meningkatkan taraf kesihatan mereka dengan supliment ini sebelum hamil..


CO-Q10 HEALTH
* Meningkatkan kesihatan telur dan kualiti telur terutama pada wanita berusia..


ALFALFA COMPLEX
* Membantu menyelesaikan masalah keputihan, sakit ketika bersama, masalah haid tidak teratur, senggugut / sakit pinggang yang keterlaluan ketika didatangi haid ( makan alfalfa bersama kalsium ), membantu didalam hubungan suami isteri ( bertindak seperti kacip fatimah )..


ZINC COMPLEX
* Membantu melindungi sperma dan melawan bakteria di dalam vagina..


Anda juga boleh untuk membeli sendiri set kesuburan ini dengan hanya menekan link tersebut -->  SET KESUBURAN SHAKLEE .. Anda hanya perlu sediakan kad kredit / debit untuk membeli secara online set kesuburan wanita shaklee ini dan nantikan barangan tersebut sampai kerumah anda..
           

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Friday, August 8, 2014

PUNCA TIDAK SUBUR LELAKI

APAKAH PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI??

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Apabila kita membincangkan tentang masalah kesuburan, ramai akan mengatakan puncanya adalah dari wanita sedangkan hampir 50% masalah kesuburan membabitkan lelaki walaupun ramai yang tidak mengakui tentang ini..

Berdasarkan kajian, masalah kesuburan dapat dipecahkan kepada 20% membabitkan lelaki sahaja dan 30% membabitkan lelaki dan perempuan, manakala 15% lagi pasangan didapati normal.. Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan 50% masalah ketidaksuburan dikalangan pasangan yang tidak mempunyai anak.

Yang sebenarnya, lelaki hanya perlu menjalani ujian air mani berbanding perempuan yang perlu menjalani banyak ujian seperti ujian keseimbangan hormon, imbasan ultra-bunyi untuk mengetahui sama ada rahim dan saluran tiub fallopio tidak mengalami masalah dan tiada ketumbuhan, endometriosis atau fibroid serta pemeriksaan kualiti telur.. Jadi, lelaki harus merendahkan tahap keegoan mereka supaya masalah ketidaksuburan hanya diletakkan kepada perempuan sahaja sedangkan ianya sebaliknya..


Keputusan normal bagi lelaki yang menjalani ujian kesuburan ialah mempunyai jumlah sperma sebanyak 40 juta sperma/mililiter.. Secara kasarnya memang banyak tetapi sebahagiannya mungkin mati, cacat atau tidak boleh berenang.. Sekurangnya 20 juta sperma perlu bergerak pantas dan boleh berenang pantas untuk melepasi ruang saluran tiub fallopio dan sampai ke rahim.. 

PUNCA KETIDAKSUBURAN WANITA..

PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI :-

Punca ketidaksuburan lelaki adalah seperti berikut :-

1 - MASALAH SPERMA AKIBAT KECACATAN KONGINETAL ( SEJAK LAHIR ) PADA ORAGAN PERANAKAN LELAKI :-

* Ketiadaan vas deferens ( tiub panjang yang menyalurkan sperma ) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani.. Ini menyebabkan air mani tiada mengandungi sperma langsung..

* Vas deferens tersumbat menyebabkan air mani tidak keluar dan mengalir balik ke dalam pundi kencing.. Kemungkinan masalah ini berpunca dari kencing manis atau pengambilan ubat tertentu.. Tetapi kes ini jarang berlaku..

2 - GENETIK 

* Sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sistem sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang patut dimusnahkan.. Masalah autoantibodi biasanya melibatkan lelaki yang pernah menjalani pembedahan vasektomi ( kaedah pemandulan dengan cara mengikat vas deferens terutamanya dikalangan lelaki barat )

3 - MASALAH HORMON

* Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah.. Boleh diatasi dengan pengambilan ubat..

4 - GANGGUAN SEKS

* Mati pucuk atau ejakulasi awal.. Kebiasaannya disebabkan tekanan, pengambilan ubat anti-depresan, pengawalan tekanan darah tinggi dan kolestrol.. Ubat penguat seks seperti viagra hanya untuk ereksi, tidak mempengaruhi jumlah sperma..

5 - MASALAH URAT ( SALUR DARAH ) PADA TESTIS KEMBANG ATAU TIMBUL

* Aliran darah tidak lancar dan boleh menyebabkan epididimis rosak dan mengurangkan jumlah sperma.. 

6 - SENAMAN KETERLALUAN SEPERTI ANGKAT BERAT

* Badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma..

7 - OBESITI

*Kesuburan lelaki boleh menurun sekiranya terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan dengan masalah kekurangan ataupun tiada sperma langsung..

8 - PENGAMBILAN DADAH, MEROKOK DAN ALKOHOL

* Tiga faktor penting yang perlu dielakkan untuk mengekalkan kesuburan..

Berikut adalah sebahagian punca ketidaksuburan yang dihadapi oleh kaum lelaki.. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera mahupun mencari supliment yang dapat membantu merawat masalah kesuburan anda.. 

credit

                  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Thursday, August 7, 2014

PUNCA TIDAK SUBUR WANITA

PUNCA KETIDAKSUBURAN DIKALANGAN WANITA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Terdapat pelbagai masalah yang dapat dikaitkan dengan ketidaksuburan dikalangan wanita.. Gaya hidup juga dapat dikaitkan dengan punca ketidaksuburan dikalangan wanita ini.. Dalam 25% - 30% kes, punca ketidaksuburan ini tidak dapat dikenal pasti..Antara masalah ketidaksuburan dikalangan wanita adalah seperti berikut :-

GANGGUAN OVULASI

Kebiasaannya ketidaksuburan disebabkan oleh ovulasi iaitu masalah untuk mengeluarkan bulanan telur.. Sesetengah masalah akan menyebabkan ovulasi wanita akan terhenti daripada menghasilkan telur, manakala sesetengahnya pula akan menyebabkan telur keluar untuk beberapa kitaran sahaja.. Masalah ovulasi juga boleh berlaku oleh beberapa sebab seperti dibawah :-
  • SINDROM OVARI POLISISTIK ( PCOS ) - Keadaan yang menyukarkan ovari untuk menghasilkan telur.. Ia merupakan gangguan hormon iaitu keadaan dimana ovari menghasilkan terlalu banyak hormon lelaki iaitu testosteron dan hyperprolactinemia apabila anda menghasilkan terlalu banyak prolaktin untuk penghasilan susu ibu.. 
  • TIROID - Kedua-dua kelenjar tiroid terlalu aktif ( hyperthyroid ) ataupun kelenjar tiroid yang kurang aktif ( hypothyroid ) akan mengganggu kitaran haid dan juga ovulasi..
  • OVARI PRAMATANG ( EARLY MENOPAUSE ) - Ovari wanita berhenti bekerja sebelum berusia 40 tahun.. Puncanya tidak diketahui tetapi dapat dikaitkan dengan penyakit imun, merokok, radiasi dan rawatan kemoterapi..

TIUB FALLOPIO DAN RAHIM

Tiub fallopio adalah tempat untuk telur bergerak dari ovari ke rahim dan telur akan disenyawakan semasa ia bergerak di tiub fallopio.. Apabila ia sampai ke rahim, ia akan melekat kedalam dinding rahim dan ia akan terus berkembang menjadi janin..

Sekiranya tiub fallopio atau rahim rosak atau berhenti berkerja, ini mungkin akan menyukarkan wanita untuk hamil secara semulajadi.. Ini boleh berlaku atas sebab beberapa fakto seperti di bawah :-
  • PARUT PEMBEDAHAN - Pembedahan pelvik kadang-kadang boleh menyebabkan parut dan kerosakan pada tiub fallopio.. Pembedahan pangkal rahim juga kadang-kadang boleh menyebabkan parut atau memendekkan serviks ( leher rahim )..
  • KECACATAN MUKUS SERVIKS - Apabila anda berovulasi, mukus didalam serviks anda menjadi nipis supaya sperma dapat berenang dengan mudah untuk melaluinya.. Jika anda ada masalah dengan mukus serviks, anda akan menjadi lebih sukar untuk hamil..
  • SUBMUCOSAL FIBROID - Fibroid adalah benigna ( bukan kanser ) ketumbuhan yang membesar sekitar atau dalam rahim.. Submucosal fibroid membesar didalam otot dibawah lapisan dinding rahim dan berkembang hingga ketengah rahim.. Fibroid boleh menghalang embrio dari melekat kedalam rahim..
  • ENDOMETRIOSIS - Keadaan dimana cebisan lapisan rahim yang dikenali sebagai endometrium mula berkembang ditempat lain seperti ovari.. Ini boleh menyebabkan kemandulan akibat cebisan tersebut membentuk adhesion (kawasan melekit tisu) atau cyst (kantung berisi cecair) yang boleh menghalang dan mengganggu pelvis.. Ini menyebabkan telur sukar untuk dikeluarkan dan ditanam kedalam rahim.. 
  • PENYAKIT KERADANGAN PELVIS ( PID ) - Jangkitan atas saluran kemaluan wanita termasuk rahim, tiub fallopio dan ovari.. Ia sering terjadi akibat dari jangkitan kelamin ( STI ).. PID boleh merosakkan dan melukakan tiub fallopio dan menjadikannya hampir mustahil untuk telur bergerak pergi ke rahim..

UMUR 

Ketidaksuburan dikalangan wanita juga dikaitkan dengan faktor usia.. Penurunan terbesar dalam kesuburan bermula pada pertengahan tiga puluhan . Di kalangan wanita yang berusia 35 tahun, 95% akan hamil selepas tiga tahun melakukan hubungan seks tanpa perlindungan biasa. Bagi wanita yang berusia 38, hanya 75% akan hamil selepas tiga tahun melakukan hubungan seks tanpa perlindungan biasa. 

credit
         
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Thursday, June 5, 2014

VITA E COMPLEX SHAKLEE

KELEBIHAN VITA E SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hai kawan-kawan.. Bulan jun ini adalah promosi untuk VITA E SHAKLEE.. VITA E ini juga dikenali sebagai VITAMIN CINTA .. Vita e ini banyak kelebihan dan juga fungsinya juga.. Mari ini cerita serba sedikit tentang vita e shaklee ini..

PERBEZAAN SHAKLEE

Vita e shaklee ini dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungdengan 8 jenis vitamin E ( alpha, beta, gama, delta ).. Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina..




MANFAAT UTAMA ;

  • MELINDUNGI JANTUNG - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat kedinding arteri,menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain..
  • MEMPERTINGKATKAN KEMAMPUAN REPRODUKTIF - Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif.. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka..
  • ANTI PENUAAN - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan.. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha..
  • ANTI OKSIDAN YANG KUAT - Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan..
  • KELESTARIAN TENAGA - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih..
  • MEMPERBAIKI ARTHRITIS - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi..
  • MENGHALANG KEGUGURAN - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopous seperti hot flush.. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin atau keguguran..
  • MEMPERBAIKI PARUT - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit.. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut..
 

NOTA ; Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE ( BETA CAROTENE, VITAMIN C DAN E ) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti oksidan dalam melawan radikal bebas..      


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare