PETUA BERGUNA UNTUK SEMUA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Tips dan petua ini sangat berguna untuk anda gunakan untuk kegunaan harian atau bila-bila masa sahaja.. Jom ikuti tips dan petua ini..
ANAK KURANG DARAH
Jika anak anda mengalami masalah kekurangan darah, berikan anak anda makan anggur kerana anggur mengandungi zat besi yang mudah untuk diserap oleh tubuh.. Anggur juga bagus untuk kanak-kanak kerana anggur kaya dengan protin, karbohidrat, vitamin A dan B, potasium, zat besi, kalsium dan fosforus..
PEKATKAN SUP
Adakalanya, sup yang anda masak akan menjadi terlalu cair dan tidak enak untuk di makan.. Bagi anda yang mahu memekatkan kuah dan tidak tahu caranya, anda boleh mencuba tips ini.. Masukkan sedikit kentang yang telah direbus dan dilecek ke dalam sup yang di masak tadi.. Hasilnya, sup anda akan menjadi lebih pekat dan bertambah enak..
ELAKKAN LIPAS
Kehadiran lipas di dalam rumah terutamanya almari pakaian dan kabinet akan menyebabkan bau yang kurang enak.. Untuk mengatasi masalah tersebut, letakkan beberapa helai daun pandan di tempat-tempat yang selalu ada lipas tersebut.. Sentiasa gantikan daun pandan yang telah layu dengan daun yang baru agar lipas tidak lagi mengganggu..
KURANGKAN DENGKUR
Bagi anda yang mengalami masalah berdengkur ketika tidur, anda boleh mencuba petua ini.. Ambil 7biji badam dan tumbuk sehingga lumat.. Selepas itu, camourkan badam tersebut ke dalam segelas susu panas dan minumlah beberapa minit sebelum tidur..
SEGARKAN MATA
Sekiranya mata anda berasa letih, ambil sebiji timun dan hiriskan timun itu nipis.. Kemudian, pejamkan mata dan letakkan timun itu di atas mata anda untuk beberapa minit.. Nescaya, mata anda pasti akan berasa lebih segar selepas itu..
credit MAJALAH PA&MA
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA??
JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Dengkur boleh cuba susu campur badam rupanya..nak cuba test lah..
ReplyDeleteMenarikinfo ni, Boleh cuba nanti :-)
ReplyDeleteJom Lawat Blog Raikankasih