Showing posts with label PENGALAMAN BARU : MEMPROSES AYAM KAMPUNG. Show all posts
Showing posts with label PENGALAMAN BARU : MEMPROSES AYAM KAMPUNG. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

PENGALAMAN BARU : PROSES AYAM KAMPUNG

PENGALAMAN BERHARGA DI KAMPUNG


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Pengalaman yang ida lalui ini ketika balik beraya ketika Raya Korban hari itu.. Petang sebelum hari raya itu, ayah mertua meminta daripada adik iparnya untuk makan ayam kampung yang di bela olehnya.. Kata adik ipar abah, hendak tolong sembelih boleh, tetapi kena urus sendiri lah ayam tersebut.. Ida pon bersetujula nak tolong cabut bulu ayam kerana tidak pernah merasa untuk mencabut bulu ayam..

Setelah mendapat ayam kampung yang disembelih itu, kebetulan tiada pula orang lain yang boleh tolong ida.. Mak mertua ida pula keluar, jadi ida cuma telefon la tanya macam mana nak mencabut bulu ayam tersebut.. Tak susah pon sebenarnya, ambil air yang mendidih dan rendam ayam tersebut bagi memudahkan untuk proses menangggalkan bulu ayam itu.. Tapi satu je yang ida tidak suka, bau hanyirnya menyengat hidung..

Setelah selamat sekor ayam ida cabut bulunya, tinggal lagi sekor lagi.. Yang mula-mula senang je nak cabut bulu tetapi ayam yang kedua ini susah sangat mungkin kerana ayam tua.. Setelah siap mencabut semua bulu-bulu ayam itu, mak mertua ida pula mengambil alih untuk membuang isi perut ayam kampung itu.. Susah juga rupanya proses untuk membuang isi perut ayam kampung berbanding ayam bandar.. 

Jomlah ikuti gambar-gambar yang sempat ida rakam ketika proses pembersihan ayam kampung itu.. Tapi gambar masa ida cabut bulu ayam tiada la pula..







Proses membuang temolok (tempat menyimpan makanan)



Proses menyeluk membuang isi perut ayam kampung





Nampak tak telur ayam kampung jantan (berwarna kuning)




Proses gemang ayam




perap sekejap sebelum di kerat kecil-kecil untuk dimasak..

Gambar yang sudah dimasak tak sempat pula nak ambil.. Sedap sangat, dah lama tak makan ayam kampung sampai tak ingat apa dah.. Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan.. Dah ada pengalaman, lain kali boleh la buat lagi..