SAYUR HIJAU YANG BANYAK KHASIAT KEPADA TUBUH KITA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Nak cerita sikit ni.. Pagi tadi setelah van jual sayur dan ikan sampai, duk fikir lah nak beli apa kan.. Ayam hari-hari dah makan, jadi kita tukar selera sikit beli ikan la pulak tapi tak tahu lagi nak masak apa ikan tu.. Nak pilih sayur pula tak tahu nak beli sayur apa.. Nampak lobak merah, teringat resepi PENKEK GULUNG LOBAK MERAH ALA KOREA dari blog mama hantek (boleh klik nama mama hantek tu ye nak tengok resepi tu).. Apa lagi, ambillah sebatang lobak untuk buat resepi tu nanti..
Lepas tu ternampak pula petola yang dah lama tak makan, buat sayur air sedap juga kan.. Ambil sebatang petola untuk dijadikan lauk malam ni.. Selesai sudah membeli lauk untuk hari ini.. Time untuk memasak belum tiba lagi, jadi duk layan facebook lah dulu sekejap.. Tengah duk scroll facebook tu terjumpa satu info tentang khasiat sayur petola ni.. Tak rugi juga beli petola hari ini dan kebetulan terjumpa pula info menarik tentang sayur petola ini pula..
KHASIAT PETOLA YANG BAIK UNTUK TUBUH KITA
Untuk pengetahuan anda, petola mengandungi vitamin C, riboflavin, zink, thiamin, iron, magnesium dan benar-benar kaya dengan serat pemakanan.. Selain itu, petola juga rendah lemak tepu dan yang penting rendah kalori.. Khasiat petola kepada tubuh kita adalah..
1- PEMBERSIH DARAH
Dengan pengambilan petola yang kerap dapat membantu membersihkan darah kita daripada bahan tercemar.. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan kesihatan organ hati..
2- MEMBANTU MASALAH PENGHADAMAN
Sekiranya anda mempunyai masalah penghadaman seperti sembelit, anda boleh ikhtiar dengan memakan petola.. Ini kerana petola mempunyai sifat laksatif iaitu sifat-sifat julap sihat secara semulajadi.. Mungkin juga jika anda ada masalah buasir boleh mencuba mengambil petola untuk menyelesaikan masalah buasir anda.. Petola mempunyai keupayaan untuk membantu sistem penghadaman perut..
3- MENYEMBUHKAN PENYAKIT KUNING (JAUNDIS)
Penyakit kuning atau dipanggil jaundis disebabkan oleh masalah organ hati yang tidak dapat berfungsi dengan baik.. Petola mempunyai khasiat yang dapat membantu membersihkan organ hati sekaligus membantu menyembuhkan penyakit kuning..
4- SESUAI UNTUK PESAKIT KENCING MANIS
Terdapat kewujudan insulin seperti peptida di dalam petola ini yang dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah.. Disamping itu, petola dapat membantu mengawal paras insulin darah ke kuantiti yang diperlukan..
5- MEMBANTU UNTUK KURUS
Bagaimana petola dapat membantu menguruskan badan?? Petola mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah dan tahap kolestrolnya juga rendah.. Selain itu, jumlah kalori dan lemaknya juga amat ideal untuk yang mahu diet.. Tambahan pula, petola mengandungi air yang banyak.. Disamping itu, serat pemakanan, mineral dan vitamin yang terkandung didalam petola membantu untuk mengurangkan berat badan..
6- MESRA PADA PERUT
Selulosa yang terkandung didalam petola amat membantu dalam masalah berkaitan usus seperti sembelit dan juga dalam penyembuhan buasir..
Itulah diantara kebaikan petola yang kita tidak tahu.. Lepas ini bolehlah diamalkan selalu petola ini.. Ida mahu kurus, jadi sesuai lah kan dijadikan makanan untuk diet.. Anda-anda yang mahu diet boleh la cuba amalkan petola ini.. Tapi ida ada nak bagi tahu satu rahsia ni.. Kalau orang yang jenis tak makan sayur ni kan, tapi nak kurus ida cadangkan ambil supliment.. Nak tahu supliment ape?? Jom tengok kat bawah ni..
