Wednesday, December 3, 2014

RESEPI APAM BERAS SEDAP GEBU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ni ida nak kongsi resepi apam beras.. Semalam ida cuba buat dan ianya menjadi, lembut dan gebu je.. Sebenarnya dah lama ida nak buat apam beras ni, tapi selalu tak ingat nak beli bahan dia.. Kebetulan pergi pasaraya Eng Hong tu, terus cari bahan-bahan dia.. Tapi ida cadangkan kat korang kan, kalau nak makan awal pagi korang kena buat awal sikit sebab nak kena perap dahulu..

Jom kita lihat bahan-bahannya dulu..

BAHAN-BAHAN UNTUK APAM BERAS

1 - 2 cawan nasi
2 - 2 cawan tepung gandum
3 - 2 cawan tepung beras
4 - 1 1/2 cawan gula pasir
5 - 2 1/2 cawan air
6 - 2 sudu kecil yis
7 - Kelapa parut digaul dengan sedikit garam

CARA MEMBUATNYA


¤ Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit demi sedikit)

¤ Selepas hancur nasi yang diblend itu, masukkan pula gula dan blend sehingga sebati..

¤ Di dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan juga yis.. Setelah digaul sebati, ida ayakkan dahulu campuran tepung itu..

¤ Kemudian, masukkan bahan yang diblend itu ke dalam tepung tadi.. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga sebati..

¤ Setelah sebati, perapkan selama tiga jam.. Letakkan didalam bekas yang besar kerana adunan itu akan mengembang

¤ Tetapi jika anda mahu letak pewarna, anda bahagikanlah adunan tadi kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda mahu guna.. Ida bahagikan kepada tiga bahagian..

¤ Jika masa perapan sudah hampir tamat, panaskan kukusan dan balut penutup kukusan dengan kain..

¤ Setelah diperap, isikan adunan tersebut ke dalam acuan yang telah diletakkan minyak..

¤ Kukus adunan apam tersebut selama 10-15 minit..

¤ Setelah siap dimasak, bolehla dihidangkan bersama kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam..

Apam beras ni boleh dijadikan sebagai hidangan ketika bersarapan ataupun hidangan ketika minum petang.. Anak-anak pasti suka makan apam yang dibuat dari air tangan ibunya sendirikan..

Mari lihat hasil apam beras ida ye..











15 comments:

  1. Gebu..kaler apam tu mmg menarik perhatian.budak2 mesti suka

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kaler apam ni...macam sedappp jer ni...saya suka sangat apem beras ni. Nak buat juga la nanti. Thanks atas resepi dear.

    Adakah anda cukup mengambil vitamin E

    ReplyDelete
  3. Wahhh...sedapnye...nak try buat lah...

    ReplyDelete
  4. aduh bila la nak buat ni, selalu tengok resepi ni hahaha

    ReplyDelete
  5. Nak try buat,tapi takut tak cukup rajin...haha

    ReplyDelete
  6. Memang sedap apam ni... kk tun pun dh buat aritu...

    ReplyDelete
  7. Oo kira kalau apam biasa takyah lah bubuh nasi kan? Hehe. Tak pernah buat apam.. teringin pula.

    ReplyDelete
  8. Sedap yer apam dgn air teh o panas.dah lama x mkn kuih apam nie.

    ReplyDelete
  9. Nampak tersangat sedap. Nak cuba la nanti. Terima kasih kongsi resepi. Layari Aju@VitaSyopz blog di entri Promosi Akhir Tahun Sr Vitamin C dan Vitamin E Plus

    ReplyDelete