BAGAIMANA NAK ATASI PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN??
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Perut buncit lepas bersalin ini memang akan dialami oleh kebanyakan ibu-ibu diluar sana kan?? Bagai tak dapat dipisahkan.. Hendak kata makan tak kawal, sudah di kawal.. Nak kata tak bersenam, sudah bersenam.. Tapi masalah perut buncit ini tetap juga tak dapat nak hilang..
Malu juga kan bila jumpa kawan-kawan atau sedara mara tak pun jiran tetangga yang menanyakan kita 'awak hamil ke?? macam hamil 5 bulan dah je???'.. Adoi, malu mak bila ditanya begitu sedangkan kita tak hamil pun.. Pula kalau kita naik kenderaan awam seperti bas yang ada tempat duduk khas untuk ibu hamil.. Tiba-tiba ada orang bangun dan berikan kita duduk di situ sebab nampak perut kita memboyot seperti sedang hamil..
Semasa hamil, perut kita akan mengembang untuk menampung berat dan pembesaran bayi di dalam rahim kita.. Jadi apabila kita telah bersalin, perut kita akan menggelebeh.. Penjagaan ketika dalam pantang amat penting untuk elakkan dari perut kita terus menggelebeh dan menjadi buncit.. Bagi menyelesaikan masalah ini, ida ada beberapa tips bagi anda untuk atasi perut buncit selepas bersalin..
TIPS DAN PETUA ATASI PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN
1- SUSU IBU -
Susu ibu sangat bagus untuk bayi baru lahir.. Ibu-ibu disarankan untuk menyusukan anak sehingga anak berumur 6 bulan dan boleh dilanjutkan sehingga umur 2 tahun.. Menyusukan anak dapat membantu mengecutkan rahim ibu.. Selain itu, melalui penyusuan juga dapat membakar 200 hingga 600 kalori sehari.. Nampak kan betapa bagusnya menyusukan anak..
2- BERBENGKUNG
Pada zaman ini, ibu-ibu sudah tidak ambil kisah lagi tentang berbengkung sedangkan berbengkung itu juga merupakan alternatif yang bagus untuk kempiskan kembali perut kita.. Tetapi anda perlulah memilih bengkung yang sesuai dan selesa untuk dipakai..
3- BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA
Dengan bertungku dapat membantu memecahkan darah-darah beku,lemak dan mengurangkan bengkak pada perut atau rahim.. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air yang berlebihan di dalam badan.. Nampak tak kenapa begitu pentingnya bertungku, bertangas dan juga bersauna ketika berpantang.. Emak atau nenek atau tok bidan bukan saja-saja menyuruh kita bertungku dan lain-lain tu, ianya memang sangat baik untuk tubuh kita.. Jika tidak dapat bertangas atau bersauna pun tidak apa, asalkan bertungku tetap diamalkan ketika berpantang..
4- KAWALAN DIET YANG BETUL
Bagi ibu yang menyusukan anak memang tidak digalakkan untuk berdiet kerana kita perlukan makanan yang lengkap nutrient untuk disalurkan kepada anak kita.. Lagi pun, jika kita terlalu berdiet nanti susu tidak dapat dihasilkan.. Tetapi itu tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati anda.. Anda boleh kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak di dalam hidangan harian anda.. Kita boleh ubah makanan tersebut kepada stim, rebus, panggang dan sebagainya yang sihat-sihat..
5- SENAMAN/ AKTIVITI FIZIKAL
Anda juga boleh melakukan senaman untuk mengempiskan perut.. Antara senaman tersebut adalah plank cross crunch, leg raises, bicycle crunch dan lain-lain.. Selain itu, anda boleh melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal berenang dan lain-lain aktiviti yang dapat membantu mengempiskan perut anda.. Aktiviti ini mestilah dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan yang baik..
6- DETOKS
Mengalami masalah penghadaman boleh menyebabkan perut buncit berlaku.. Ini kerana lebihan makanan dan lemak berkumpul didalam perut lalu bertukar menjadi toksin.. Anda perlu lakukan detok sekali sekala bagi mengurangkan lebihan toksin di dalam badan terutama dibahagian perut.. Apabila detoks dilakukan, anda akan berasa lebih segar dan ringan badan..
Anda nak yang lagi senang cara atasi perut buncit anda?? Ida ada cadangan yang senang untuk membantu anda mengempiskan perut.. Jom kita lihat apakah cara senang untuk anda kempiskan perut anda..
ATASI PERUT BUNCIT CARA SENANG
1- HERBLAX (tidak sesuai diambil oleh ibu menyusu) - Membantu untuk detoks segala toksin dan kekotoran yang melekat di usus, membantu masalah sembelit, mengempiskan perut..
2- ALFALFA (boleh diambil oleh ibu menyusu) - Mencuci usus bagi membuang toksin, membantu masalah penghadaman dan pencernaan, melegakan masalah sembelit..
3- LECITHIN - Membantu mengelmulsi lemak sekaligus membakar lemak..
4- OMEGA - Agen pembakar lemak yang pantas serta membantu mengawal paras kolestrol..
5- ESP - Membantu membina otot dan membantu memberi rasa kenyang berpanjangan..
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA??
JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175







