Showing posts with label KATEGORI FOBIA. Show all posts
Showing posts with label KATEGORI FOBIA. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

ADAKAH ANDA FOBIA?? JOM KENALI KATEGORI FOBIA

JENIS-JENIS FOBIA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Adakah anda mengalami fobia terhadap sesuatu benda?? Contohnya seperti fobia terhadap ular, kucing, tikus, lembu, katak dan lain-lain.. Tapi adakah anda pernah dengar kategori-kategori fobia yang lain dan boleh dianggap mengarut kategori fobia itu?? Sebenarnya terdapat banyak kategori yang terdapat di dunia ini..

Anda tak percaya?? Sebenarnya ida pun tak tahu juga tentang kategori fobia ini, tapi setelah membaca artikel di dalam buku MASTIKA barulah ida ketahui tentang kategori fobia ini.. Jom kita baca sebentar kategori fobia yang ida rasakan seperti tidak masuk dek akal.. Mungkin juga ada sesetengah orang mengalaminya kan..


FOBIA-FOBIA YANG PELIK


1 - AGYROPHOBIA (FOBIA MELINTAS JALAN RAYA)
Golongan ini sangat takut untuk melintas jalan raya tidak kira jalan raya itu kecil atau jalan raya besar.. Dia akan menggigil ketakutan ketika hendak melintas..

2 - POGONOPHOBIA (FOBIA DENGAN JANGGUT)
Perkataan 'pogono' berasal daripada Yunani yang bermaksud ada kaitan dengan janggut.. Golongan seperti ini fobia dengan janggut kerana merasakan janggut itu sesuatu yang menyeramkan dan kotor..

3 - MAGEIROCOPHOBIA (FOBIA MEMASAK)
Perkataan ini diambil dari perkataan Greek iaitu 'mageirokos' yang membawa maksud seseorang yang tidak boleh memasak.. Golongan ini akan berasa takut apabila nampak kuali, sudip, periuk dan segala barang yang berkaitan dengan memasak dan dapurlah.. 

4 - PEDIOPHOBIA (FOBIA TERHADAP PATUNG)
Golongan yang menghidap fobia seperti ini amat takut dengan segala jenis patung termasuklah robot dan mannequin.. Keterlaluan yang melampau menyebabkan mereka amat sukar untuk membeli-belah.. Untunglah jika lelaki yang dapat isteri fobia pada patung ini kan..

5 - EISOPTROPHOBIA (FOBIA TERHADAP CERMIN)
Penghidap fobia ini sangat takut untuk melihat cermin dan ianya selalu dikaitkan dengan kepercayaan karut seperti cermin boleh membawa nasib buruk kepada mereka dan lain-lain.. Tetapi agak aneh jika gadis zaman sekarang fobia dengan cermin kan?? Mana boleh hidup tanpa cermin kan.. hihihi

6 - DEMONOPHOBIA (FOBIA PADA SYAITAN/HANTU)
Penghidapnya begitu takut dengan syaitan atau makhluk halus.. Kadang-kala ketakutan yang dialami seperti tidak masuk akal..

7 - PENTHERAPHOBIA (FOBIA TERHADAP IBU MERTUA)
Dlam banyak-banyak fobia yang wujud, fobia terhadap ibu bapa adalah paling bayak berlaku.. Jika tidak ditangani dengan bijak, ianya boleh mengundang kepada penceraian..

8 - ALEKTOROPHOBIA (FOBIA TERHADAP AYAM)
Penghidap fobia ini langsung tidak boleh dekat dengan ayam.. Ketakutannya, bukan sahaja tidak boleh dekat dengan ayam, malah dengan telur ayam juga tidak boleh..

9 - EUPHOBIA (FOBIA MENDENGAR KHABAR BAIK)
Fobia ini sangat aneh kan.. Kita sangat suka jika mendapat khabar baik, tetapi golongan ini sebaliknya.. Mereka sangat takut jika khabar baik itu hanyalah khabar palsu.. Fikirannya sentiasa negatif dalam menerima sesuatu perkara..

10 - VENUSTRAPHOBIA (FOBIA DENGAN WANITA CANTIK)
Segelintir lelakii ada yang menghidap fobia seperti ini.. Mereka akan berasa cemas, gelisah dan tertekan apabila berdepan dengan wanita cantik.. Seboleh-bolehnya mereka akan mengelak daripada bertembung dengan wanita cantik..

11 - VESTIOPHOBIA (FOBIA MEMAKAI BAJU)
Pesakit ini fobia apabila hendak memakai baju.. Kalau pakai baju pun, mereka akan memakai baju yang longgar.. Jika boleh, mereka langsung tidak mahu memakai pakaian.. Ini mungkin disebabkan oleh trauma, contohnya pernah digigit serangga berbisa yang menyorok didalam pakaian..

12 - PANPHOBIA (FOBIA TERHADAP SEMUA BENDA)
Fobia jenis ini sangat jarang berlaku.. Cuba anda bayangkan jika anda mengalami fobia jenis ini.. Takut kepada gelap dan terang, rumah, air, tidur malah menonton televisyen juga boleh membuatkan anda fobia.. Ish... ish... ish.. Kasihan...

Bagaimana?? Pelikkan fobia-fobia diatas?? Adakah anda juga ada fobia terhadap sesuatu benda?? Ida ada juga fobia, fobia pada cicak.. Err, geli sangat.. Pernah satu hari cicak duduk dalam cawan, ida nak basuh cawan tu, melompat terkejut tengok cicak tu.. Nasiblah ada anak lelaki yang boleh diharap suruh alih cicak tu walaupun dia pun takut-takut.. hihihi.. 

Anda boleh juga tengok di sini SENARAI LENGKAP JENIS-JENIS FOBIA..
sumber rujukan MASTIKA

                           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA http://farishmomvittashoppe.blogspot.com/2014/07/pengedar-sah-shaklee-area-taman-tas.html ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim Email: fhaikal91@gmail.com H/P no: 0179563621 / 01115438750 ID Shaklee: 1085175 Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare