Wednesday, October 1, 2014

ALAT PENGGENDONG BAYI SEMAKIN POPULAR

JOM KENALI ALAT PENGGENDONG BAYI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini ida nak berkongsi pengetahuan tentang alat penggendong bayi la.. Sekarang ini, ibu bapa lebih menyukai memilih penggendong bayi kerana ianya mudah dibawa dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan alat penggendong tersebut.. Berbanding dengan kereta sorong bayi, alat penggendong lebih mudah untuk mengawal si manja, lebih-lebih lagi sekiranya bayi anda menyusu susu ibu.. Bayi akan dapat menyusu dengan lebih baik dan tenang kerana emosinya lebih stabil apabila anda berada dekat dengannya, malah si manja juga lebih mudah untuk tidur di dalam alat penggendong berbanding kereta sorong..

Sebenarnya, alat penggendong kini adalah pilihan ibu bapa di masa kini kerana anak akan sentiasa berada di sisi anda dan memudahkan untuk berjalan di tempat yang ramai orang.. Jom kita kenali jenis-jenis alat penggendong bayi yang terdapat di pasaran..

JENIS-JENIS ALAT PENGGENDONG


1- BABY POUCH

Baby pouch ini diperbuat daripada kain yang di jahit bersesuaian dengan saiz ibu atau bapa yang bakal menggunakannya.. Ia direka membentuk poket yang besar bagi membolehkan anda meletakkan bayi.. Malah ia disediakan dalam pelbagai saiz mengikut ukur bahu hingga tulang pinggul si ibu atau bapa seperti saiz S, M, L atau XL..
Sekiranya saiz badan anda dan suami berbeza, kemungkinan anda perlu membeli dua saiz berbeza kerana anda tidak boleh berkongsi baby pouch yang sama melainkan baby pouch tersebut boleh dilaraskan saiznya..


2- RING SLING 

Ring sling agak berlainan dengan baby pouch kerana ring sling di reka menggunakan kain yang panjang iaitu 68 inci (mengikut keselesaan si pemakai) dan mempunyai ring (gegelang) khas.. Ring sling boleh dilaraskan mengikut saiz si pemakai dan ini memberi satu kelebihan kepada pasangan yang berlainan saiz..
Sebelum ring sling ini dipasarkan, kebanyakan ring akan di uji dahulu untuk memastikan ketahanannya dalam menampung berat bayi dan juga bagi keselamatan bayi.. Terdapat dua jenis ring yang biasa di gunakan iaitu nilon dan aluminium malah sesetengah ring sling terdapat span bagi memberikan keselesaan pada ibu dan bayi.... Selain itu, anda boleh pelbagaikan posisi ketika menggunakan ring sling iaitu anak anda boleh dalam kedudukan berbaring, duduk, kendong di bahagian sisi, kanggaru dan belakang..


3- WRAP

Alat penggendong jenis ini pula adalah dari sehelai kain yang panjang dan perlu di ikat ke tubuh.. Wrap ini boleh di ikat dalam beberapa cara dan ia dapat diguanakan sehingga anak berusia tiga tahun bergantung kepada fabrik wrap tersebut.. Fabrik yang lembut dan meregang biasanya digunakan di awal kelahiran manakala fabrik yang lebih kukuh akan digunakan apabila anak semakin membesar dan bertambah berat..
Perkara yang menarik apabila menggunakan wrap, berat badan akan di ampu secara serata oleh tubuh iaitu bahu kanan dan kiri serta bahagian belakang si pembawa.. Wrap ini juga sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti luar..


4- SOFT STRUCTURED CARRIER

Soft structured carrier atau di panggil SSC sangat mudah digunakan kerana ia mempunyai pengancing (buckle) khas.. Ianya amat sesuai digunakan sejak umur bayi anda empat bulan sehingga berat badannya mencecah 17kg.. 
Terdapat sesetengah SSC mempunyai ciri-ciri khas seperti mempunyai tempat khas untuk bayi menempatkan kedua-dua belah tapak kakinya, tempat anda menggantung beg tangan dan juga terdapat selungkup yang berfungsi untuk melindungi kepala si manja ketika memerlukannya..


5- MEI TAI

Kebanyakan mei tai mempunyai empat tali untuk tujuan pelarasan tetapi terdapat juga mei tai yang menggunakan buckle untuk memudahkan pengurusan.. Empat tali yaang terdapat di mei tai adalah untuk membantu sokongan kepada ibu iaitu dua tali untuk bahu manakala dua tali lagi untuk bahagian pinggang..


PERINGATAN UNTUK IBU DAN BAPA

  • Setiapkali sebelum menggunakan alat penggendong, pastikan ia dalam keadaan yang baik .. Sekiranya terdapat kesan koyak atau kemungkinan akan koyak, jangan dan hentikan penggunaannya..
  • Jangan biarkan dagu anak rapat dengan dadanya kerana ia akan menyebabkan bayi sesak nafas.. Pastikan anda meletakkan bayi baru lahir dalam keadaan mendatar di dalam alat penggendong tersebut dengan meletakkan bantal kecil atau kain yang dilipat di bawah leher untuk mengelakkannya dagunya rapat dengan dada..
  • Hati-hati apabila melalui pintu atau kawasan yang mempunyai sudut atau bucu mahupun bergerak di persekitaran yang tajam atau panas.. Kepala atau kaki anak mungkin akan terdedah dengan bahaya apabila melalui kawasan tersebut..
  • Walaupun kedua belah tangan bebas bergerak namun anda masih perlu memegang anak anda dengan sebelah tangan demi keselamatannya..
  • Sentiasa memegang anak anda ketika membongkok atau bergerak dengan cepat agar dia tidak jatuh atau terkeluar daripada alat penggendong..
  • Perhatikan keadaan sekeliling sekiranya terdapat alat yang merbahaya yang boleh di capai oleh anak anda..
   
sumber MAJALAH PAMA JANUARI 2013

           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA http://farishmomvittashoppe.blogspot.com/2014/07/pengedar-sah-shaklee-area-taman-tas.html 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment