Wednesday, December 30, 2015

SAYA PENGEDAR SHAKLEE KUANTAN

Assalamualaikum..

Hari ni ieda nak share sikit la. Kot ada yang tak tahu lagi kan. Ieda adalah salah seorang PENGEDAR SHAKLEE KUANTAN. ID shaklee ieda adalah 1085175.


Jadi, kalau kawan-kawan tengah mencari pengedar shaklee yang berdekatan dengan kawasan korang, boleh la menghubungi ieda. Insyaallah, ieda akan membantu sebaik mungkin.

KAWASAN JAJAHAN UNTUK COD


Bagi kawan-kawan yang hendak cod barang shaklee, ini adalah tempat yang biasa ieda cod barang dengan customer.


Tempat yang ieda biasa cod adalah Taman Tas, Inderapura, McD Sungai Isap, sekitar jalan Gambang (dari Batu 6 hingga Batu 12), Permatang Badak, Batu 3, Bandar Kuantan, Pandan 2, Pandan 1, jalan Bypass dan sekitar Indera Mahkota.

Bagi yang tinggal berdekatan dengan Beserah, boleh hubungi downline ieda yang berada disana. Namanya hidayah juga. Nombor telefonnya 017-9676151 (whatsapp)

JUMPA DI CAR BOOTH SALE TAMAN TAS


Untuk pengetahuan kawan-kawan, ieda juga membuka booth di Car Booth Sale di Taman Tas. Booth ieda berdekatan dengan WATSON.

Jadi, kalau kawan-kawan nak berjumpa atau bertanya perihal produk Shaklee boleh berjumpa dengan ieda disana. Tetapi, jika kawan-kawan nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh la menghubungi ieda dulu ya.


Sebabnya, ieda hanya pamerkan botol-botol kosong di booth tersebut. Jadi kalau kawan-kawan nak beli produk shaklee, hubungi ieda dulu dan ieda akan bawa barang tersebut di booth nanti.

Takdelah korang kena tunggu ida balik rumah ambil barang dulu kan. Susahkan korang pulak nak kena tunggu ieda balik ambil barang dulu.

INSTAGRAM, PAGE FACEBOOK & ALBUM


Kalau korang nak tengok apa produk yang sesuai dengan masalah korang, bolehla review instagram, page facebook dan album yang ada di facebook ieda.

Sudi-sudikanlah follow dan like instagram dan page facebook ieda ye. Intagram ieda nama @ieda_dayah91, manakala page facebook pula Ieda Dayah Health Care. Untuk lihat album produk, boleh juga lihat di facebook ieda - Norhidayah Kasim.


Okaylah, setakat ini dulu ye. Kalau korang ada apa-apa pertanyaan tentang produk shaklee, boleh terus hubungi ieda ye.

Untuk menempah supliment SHAKLEE boleh menghubungi IEDA DAYAH
WHATSAPP/SMS
017-9563621

Wednesday, December 23, 2015

KENCING MANIS KETIKA HAMIL? BAGAIMANA MAHU ATASI MASALAH DIABETES KETIKA HAMIL?

Assalamualaikum..


Adakah anda salah seorang dari penghidap kencing manis ketika hamil? Bagi yang pertama kali hamil, jangan terkejut ye jika anda mengalami kencing manis ketika hamil.

Tidak mustahil jika anda mengalami kencing manis ketika hamil kerana ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda menghidap kencing manis ketika hamil.

Sebelum itu, mari kita fahami apakah yang dimaksudkan kencing manis atau dalam bahasa doktor DIABETES.

APA ITU DIABETES?


Diabetes atau kencing manis adalah kondisi yang melibatkan peningkatan kadar gula dalam darah. Keadaan ini berlaku kerana kuantiti insulin yang dihasilkan oleh pancreas tidak mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah.


Kekurangan insulin ini juga menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan untuk digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul didalam darah secara berlebihan.

FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA KENCING MANIS KETIKA HAMIL


Kencing manis semasa hamil boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ibu hamil yang nengalami kencing manis sangat berisiko kandungannya.


Bagaimanapun, wanita lain juga boleh mengalami kencing manis semasa hamil walaupun bukan penghidap diabetes sebelumnya. Faktor-faktir yang berkait rapat dengan punca diabetes termasuklah :

๐Ÿ”นSejarah keluarga yang nenghidap DIABETES.

๐Ÿ”ธWanita berusia 35 tahun ke atas.

๐Ÿ”นBerat badan berlebihan sebelum hamil.

๐Ÿ”ธAda sejarah DIABETES semasa kandungan terdahulu.

๐Ÿ”นPernah melahirkan bayi bersaiz besar iaitu lebih dari 4kg.

๐Ÿ”ธTidak aktif secara fizikal.

๐Ÿ”นMengambil banyak makanan berkanji ataupun makanan tinggi lemak tepu.


ADAKAH DIABETES AKAN JEJASKAN KANDUNGAN ANDA?


Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa dalam kandungan cenderung mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran.


Jika DIABETES tidak dikawal, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku :

● Bayi berisiko mengalami kecacatan atau masalah berkait dengan jantung, buah pinggang dan otak.

● Kedudukan bayi yang tidak stabil (breech dan sebagainya).

● Bayi terpaksa dilahirkan pra-matang (sebelum 37 minggu).

● Berat bayi melebihi 4kg akan menyukarkan proses kelahiran.

● Demam kuning (jaundis).

● Hipoglisemia iaitu gula dalam darah yang rendah.


CARA BEBAS DARI KENCING MANIS KETIKA HAMIL



Sebagai langkah pencegahan atau mengelak dari menghidap diabetes ketika hamil, ibu-ibu perlu mengawal paras gula dalam darah dengan melakukan perkara seperti berikut :

➡ Mengubah cara pemakanan anda. Amalkan diet khusus yang mengikut piramid makanan.

➡ Wujudkan rutin senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

➡ Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian.

➡ Kurangkan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.

➡ Ubatan dan suntikan insulin.


SUPLIMENT MEMBANTU TANGANI MASALAH KENCING MANIS KETIKA HAMIL


Ibu-ibu juga boleh mengamalkan supliment bagi membantu mengawal masalah KENCING MANIS ketika hamil.

Supliment yang ida maksudkan adalah produk SHAKLEE. Shaklee mempunyai produk yang dapat membantu mengawal masalah kencing manis dengan izin dari-NYA.


Antara rangkaian produk Shaklee yang ibu-ibu boleh amalkan adalah :

1- ESP

➡ kadar indeks glisemik yang rendah 39 membantu mengawal paras gula dalam darah.


2- ZINC COMPLEX

➡ membantu penghasilan insulin.


3- VITAMIN C

➡ mengukuhkan kapilari darah dan salur darah.


4- BCOMPLEX

➡ terlibat dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga.


5- VITALEA

➡ imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.


Semoga dengan maklumat ini, dapat membantu menyelesaikan masalah para ibu yang menghadapi masalah kencing manis ketika hamil.

Selain itu, ibu-ibu juga boleh mengamalkan doa ini ketika makan ubat atau supliment. Semoga Allah membantu dalam penyembuhan penyakit.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงู„ุดุงููŠ ู„ุง ุงู„ุดุงููŠ ุงู„ุง ุงู†ุช

ALLAHHUMMA SYAFI
LA SYAFI
ILLA ANTA

Maksudnya : Ya Allah,yg menyembuhkan,tiada yg menyembuhkan kecuali engkau.


Untuk menempah supliment SHAKLEE boleh menghubungi IEDA DAYAH
WHATSAPP/SMS
017-9563621

Wednesday, December 16, 2015

ADAKAH DEMAM PANAS AKAN MEMBERI KESAN BURUK PADA KEHAMILAN?

Assalamualaikum..


Bila sebut tentang demam, tak kisah la demam biasa atau demam panas pasti akan diikuti dengan jangkitan kuman kan sekarang ni? Macam mana pula kalau yang demam itu adalah ibu yang sedang hamil? Adakah merbahaya bagi ibu dan bayi yang dikandung?

KESAN BURUK DEMAM PANAS


Demam mungkin kedengaran biasa bagi kita namun tidak pada wanita hamil. Demam yang melebihi 38°c adalah dalam kategori demam panas yang mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman.


Ini boleh menyebabkan kesan negatif pada perkembangan bayi yang dikandung.

KENAPA WANITA HAMIL MUDAH DI JANGKITI SIMPTOM DEMAM?


Wanita hamil mudah dijangkiti demam kerana antibodi mereka rendah kira-kira 90% sahaja berbanding wanita tidak hamil.


Demam yang berlanjutan selama 3 hingga 5 hari ataupun lebih boleh memberi impak buruk pada ibu dan bayi. Ibu perlu mendapatkan rawatan lanjut secepat mungkin.

Kebiasaannya, demam yang diikuti dengan ruam dan sakit sendi adalah disebabkan oleh jangkitan kuman cytomegalovirus (CMV), toxoplasma dan parvovirus. CMV adalah punca utama yang menyebabkan pekak pada bayi (congenital deafness).

BAGAIMANA DEMAM BOLEH JEJASKAN IBU & KANDUNGAN?


Antara risiko yang boleh menimpa ibu dan kandungan jika ibu hamil mengalami demam adalah :

√ Demam yang berlanjutan boleh disebabkan oleh demam virus atau selesema yang melibatkan simptom suhu badan yang tinggi. Ini meningkatkan risiko ibu untuk mendapat jangkitan paru-paru dan otak.

√ Kelahiran pra-matang

√ Risiko keguguran

√ Demam yang melibatkan suhu yang tinggi boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan.

√ Demam denggi berdarah misalnya boleh memberikan risiko pendarahan dalam rahim.



BAGAIMANA MAHU ATASI MASALAH DEMAM PANAS?


Sebagai wanita hamil, kita perlu mengambil berat tentang kesihatan diri kita. Jadi, kita perlu mengambil langkah untuk mengelakkan dari terkena jangkitan demam. Antara caranya adalah :

➡ Ibu hamil perlu mengambil langkah berwaspada terhadap demam dan mendapatkan rawatan secepat mungkin jika terdapat simptom demam.

➡ Hal ini kerana demam pada wanita hamil boleh berlarutan dan akan memudaratkan kesihatan fetus.

➡ Elakkan berada dalam keadaan yang boleh mengundang demam seperti terkena hujan atau perubahan cuaca yang drastik ataupun berada ditempat yang sesak.

➡ Mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja seperti paracetamol dan antibiotik.



SUPLIMENT YANG MEMBANTU IBU HAMIL DEMAM PANAS


Selain daripada mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor, ibu hamil juga boleh mengamalkan supliment untuk meningkatkan antibodi. Shaklee mempunyai supliment khas untuk ibu hamil yang mempunyai antibodi rendah.

Supliment yang ibu hamil boleh ambil jika mengalami demam panas adalah :


1 - VITAMIN C
➡ Mengurangkan simptom demam dan selesema.


2 - NUTRIFERON
➡ Mengandungi biji labu dan saffron yang membantu meningkatkan imun secara semulajadi.


3 - GARLIC COMPLEX
➡ Bertindak sebagai antibiotik semulajadi.


4 - OMEGA GUARD
➡ Minyak ikan sangat membantu untuk mencairkan kahak jika mengalami batuk.


Ini adalah 3 supliment basic yang ibu hamil boleh amalkan untuk meningkatkan antibodi bagi melawan penyakit seperti demam, selesema dan batuk yang menyerang ketika hamil.

Sekali lagi ieda nak pesan ye, jika ibu-ibu yang sedang hamil mengalami demam atau demam panas, segeralah ke klinik atau hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan lanjut.

Untuk menempah supliment diatas, boleh hubungi ieda di :

Whatsapp / SMS / Telegram
017-9563621

Wednesday, December 9, 2015

6 VITAMIN WAJIB IBU HAMIL PERLU AMBIL

Assalamualaikum..


Hari ini, ida nak bercerita sikit tentang vitamin yang wajib diambil oleh ibu hamil demi kepentingan tubuh badan ibu dan semestinya demi bayi yang dikandung.

Sesetengah ibu culas makan vitamin yang dibekalkan oleh nurse kan? Tahukah ibu-ibu, setiap vitamin yang dibekalkan mengandungi khasiat dan kepentingannya tersendiri?

Kadang-kadang terdapat alasan yang menyebabkan ibu tidak mahu makan vitamin tersebut seperti 'orang tua-tua cakap, kalau makan vitamin yang nurse bagi nanti bayi besar, susah nak beranak.' Betul tak? Sebenarnya teori ini salah.

Mari kita tengok, apakah fungsi dan kepentingan setiap vitamin yang wajib diambil oleh ibu hamil ini.

VITAMIN-VITAMIN WAJIB DIAMALKAN KETIKA HAMIL


1 - VITAMIN B12
• Vitamin B12 ini biasanya boleh didapati didalam daging, telur, ikan dan susu. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.

• Perlu untuk pembentukan sel darah demi kebaikan bayi yang dikandung.

2 - ZAT BESI
• Zat besi sangat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi.

• Ibu hamil memerlukan 27mg zat besi sehari. Jangan skip mengambilnya kerana jika tidak cukup bekalan zat besi boleh menyebabkan hb rendah pada ibu.

• Masalah hb rendah boleh undang risiko pada bayi seperti lahir pra-matang atau kelahiran dengan berat badan yang tidak memuaskan.

3 - VITAMIN C
• Vitamin C membantu menyerap zat besi yang diambil oleh ibu. Selain itu, ia sangat penting untuk perkembangan bayi anda seperti tulang, kulit dan juga sistem imun.

• Semasa hamil, sekurangnya perlu mengambil sebanyak 85mg vitamin C setiap hari.

4 - ASID FOLIK
• Ini sangat penting untuk mengelakkan kecacatan seperti SPINA BIFIDA atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang.

• Setiap ibu hamil memerlukan asid folik sebanyak 400mcg setiap hari.

• Bila perlu diambil? Dari mula mahu hamil (3 bulan sebelum hamil) sehingga 3 bulan pertama kehamilan. Masa ini, ibu sangat-sangat memerlukan keperluan asid folik kerana semasa 3 bulan pertama kehamilan, proses pembesaran janin sangat pesat. Semasa inilah untuk mengelakkan terjadinya kecacatan seperti dinyatakan diatas.

5 - KALSIUM
• Kalsium adalah untuk kesihatan tulang dan gigi bayi serta untuk kesihatan perkembangan jantung, otot dan saraf bayi.

• Ia diperlukan oleh bayi untuk pembentukan degupan jantung yang normal. Jika ibu tidak cukup pengambilan kalsium, bayi akan ambil dari simpanan kalsium ibu dan akan menyebabkan risiko ibu terkena OSTEOPOROSIS (kereputan tulang) di kemudian hari.

• Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 1000mcg kalsium setiap hari sepanjang kehamilan.

6 - VITAMIN D
• Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang dan gigi ibu yang sihat. Ia juga bagus untuk perkembangan tulang bayi.

• Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.

4 SUPLIMENT SHAKLEE MENGANDUNGI SEMUA VITAMIN DIATAS


Kalau ibu-ibu nak tahu, shaklee mempunyai supliment yang mengandungi kesemua vitamin yang dinyatakan diatas dengan lengkap. Terdapat 4 jenis supliment yang memenuhi kriteria kandungan vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil.

Supliment tersebut adalah :

1 - BCOMPLEX



2 - VITALEA


3 - VITAMIN C


4 - OSTEMATRIX




Hubungi Ieda Dayah untuk maklumat lanjut :
WHATSAPP / SMS
017-9563621

Wednesday, December 2, 2015

6 PENYAKIT YANG SERING DI ALAMI SI KECIL

Assalamualaikum..

Bagi pasangan yang baru menyambut kelahiran cahaya mata perlu tahu asas pengetahuan tentang kesihatan bayi termasuklah penyakit yang sering dialami oleh bayi..

Dengan adanya asas pengetahuan tentang ini, senang untuk anda bertindak dengan betul jika serangan penyakit berlaku terhadap bayi anda.. Jom kita ikuti apakah 6 jenis penyakit yang sering di alami oleh bayi..

JENIS PENYAKIT YANG SERING DIALAMI BAYI


1⃣ DEMAM
๐Ÿ‘‰ SATU gejala atau petunjuk pada masalah lain. BIASANYA disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Ia adalah sebahagian dari mekanisme pertahanan badan.

Namun, demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan demam yang jika terlalu kerap terjadi akan merosakkan sistem saraf otak anak malah mengganggu pertumbuhan anak-anak.

2⃣ SAWAN
๐Ÿ‘‰ KEBIASAANNYA sawan disebabkan oleh demam yang bersuhu tinggi hingga mencecah 40°c. Sekiranya ia terjadi sekejap dan tidak berulang (kurang dari setengah jam), ia tidak berbahaya.

Namun jika sawan panjang dan berulang kali dalam masa 24 jam ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan mengganggu perkembangan anak anda. Anak anda akan mendapat komplikasi seumur hidup.

3⃣ SELESEMA
๐Ÿ‘‰ ANAK yang mengalami masalah ini akan berasa hidung tersumbat dan berhingus. Tanda-tanda lain seperti sakit tekak, batuk, rasa tidak selesa dan susah tidur yang menyebabkan dia merengek kerana tidak selesa. Masalah ini biasanya disebabkan oleh jangkitan virus.

4⃣ BATUK
๐Ÿ‘‰ BATUK adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir dari saluran pernafasan. Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan.

Ia perlu dipandang secara serius jika anak mengalami demam yang kuat, sukar bernafas dan warna kahak berubah menjadi kuning atau hijau. Ia boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis jangkitan saluran pernafasan yang boleh mengancam nyawa jika ia dibiarkan berterusan.

5⃣ CIRIT-BIRIT
๐Ÿ‘‰ SEKIRANYA anak anda mengalami cirit-birit, dia akan membuang air besar dengan lebih kerap daripada biasa.

Ia akan menjadi bahaya disebabkan kekurangan air dalam badan yang teruk sehingga menyebabkan komplikasi dan kematian.

6⃣ MASALAH KULIT
๐Ÿ‘‰ KULIT bayi sangat sensitif dan sangat berisiko menghadapi pelbagai jenis infeksi. Jika keradangan kulit dibiarkan berterusan akan menyebabkan masalah penyakit kulit kronik.

Impetigo sejenis jangkitan kulit akibat bakteria yang mungkin berkembang apabila ruam seperti ekzema telah dijangkiti. Biasanya ia menyerang anak-anak terutama jika kebersihan anggota badan kurang diberi perhatian.

7⃣ EKZEMA
๐Ÿ‘‰ MASALAH ekzema pula menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian pelipat pada lutut dan siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, mu kj a dan kulit kepala. Biasanya mula timbul antara usia 3 bulan hingga 2 tahun.

8⃣ RUAM LAMPIN
๐Ÿ‘‰ Biasa dialami oleh bayi dan kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah. Mengalami masalah keradangan kulit terutama pada bahagian punggung, kemaluan, celah kelangkang dan bahagian dalam paha.

Ia berlaku disebabkan beberapa faktor seperti lampin tidak kerap ditukar atau kesan-kesan sabun yang tidak dibilas dengan betul.

PETUA ORANG DULU-DULU MERAWAT MASALAH BAYI


Disini ida kongsikan beberapa petua tradisional yang boleh ibu-ibu praktikkan apabila anak mengalami salah satu penyakit diatas.

Tapi tidak semua penyakit mempunyai cara rawatan tradisional. Sesetengahnya memerlukan ibu-ibu untuk merujuk dengan doktor juga.

๐Ÿ’ž DEMAM ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

> DAUN Bunga Raya
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas didalam air sehingga daun tersebut hancur dan mengeluarkan lendir.
- Ambil lendir tersebut dan sapu di ubun-ubun anak.
- Lakukan sehingga tidak demam lagi.

> Air Asam Jawa
- Ambil 1 genggam asam jawa dan bancuhkan didalam air. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
- Jerlumkan kepala anak dengan air asam jawa tersebut sehingga tidak demam lagi.

๐Ÿ’ž SELESEMA ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

> Kunyit
- Ambil beberapa kunyit dan tumbuk kunyit tersebut.
- Kemudian sapukan kunyit tersebut pada T Zone.
- Sapu sehingga selesema kering.

๐Ÿ’ž BATUK ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

> TEPUK Percussion
- Menepuk bahagian depan dan belakang dada bayi dengan cara menggunakan tapak tangan yang melengkung.

> Bawang Putih & Minyak Zaitun
- Ketuk beberapa ulas bawang putih.
- Campurkan minyak zaitun dan bawang putih yang telah diketuk kedalam air suam.
- Wapkan bayi anda dengan campuran tersebut.

๐Ÿ’ž CIRIT-BIRIT ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

> Teh O Pekat
- Bancuh tea o dengan agak pekat.
- Berikan anak minum teh o tersebut.
- Bertujuan untuk mengeraskan najis anak sekaligus mengelakkan terjadinya cirit-birit.

> Smecta
- Dapatkan di farmasi.
- Dibancuh dengan air dan berikan anak minum.
- Bertujuan mengeraskan najis bayi.

๐Ÿ’ž RUAM LAMPIN ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

> Kerap menukar lampin.
> Longgarkan lampin.
> Cuci punggung bayi dengan air bersih.
> Elakkan menggunakan bedak talkum.

CARA MUDAH MERAWAT BAYI

Selain menggunakan tips-tips tradisional seperti diatas, ibu juga boleh menggunakan kaedah moden yang sangat mudah dan senang.

Caranya adalah menggunakan krim HERBAL BLEND MULTIPULPOSE dari Shaklee. Sudah ramai ibu diluar sana sudah menggunakan untuk pelbagai jenis penyakit dan masalah kulit yang dihadapi oleh bayi dan kanak- kanak.

TESTIMONI IBU YANG MENGGUNAKAN HERBAL BLEND MULTIPULPOSE CREAM SHAKLEE











Untuk order HERBAL BLEND MULTIPULPOSE CREAM SHAKLEE ini ibu-ibu boleh menghubungi ieda di ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Ieda Dayah
Wasap / Sms
017-9563621

Friday, December 19, 2014

5 NUTRISI PENTING KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK UNTUK KEKAL SIHAT DAN CERGAS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Ibubapa yang prihatin pasti akan mengambil kisah tentang soal pemakanan si manja.. Kita sebagai ibubapa perlu menitik beratkan soal pemakanan harian si manja agar mereka mendapat nutrisi yang secukupnya.. Keperluan nutrisi yang mencukupi di dalam hidangan anak-anak amat penting untuk tumbesaran mereka yang sihat dan cergas..

5 JENIS NUTRISI PENTING KEPADA ANAK


1 - KALSIUM

Kalsium sangat penting kepada tubuh kita kerana ianya berfungsi untuk menguatkan otot, tulang dan gigi.. Selain itu, kalsium juga mampu mengekalkan penghasilan tenaga, menguatkan jantung serta mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi.. Susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah antara makanan yang diperkaya dengan kalsium..


2 - MAGNESIUM

Memandangkan magnesium tergolong didalam nutrisi yang penting, banyak faedah yang anak-anak boleh perolehi jika pengambilan magnesium mencukupi didalam hidangan mereka.. Antara kebaikaan yang boleh anak-anak dapat dari pengambilan magnesium adalah memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat.. Magnesium boleh didapati daripada makanan bersayur hijau, kekacang dan gandum..


3 - SERAT
 
Ramai yang mengatakan jika anak mengalami sembelit, lebih baik berikan anak-anak makanan yang berserat.. Benar, kerana pengambilan makanan yang kaya dengan serat dapat membantu sistem penghadaman anak untuk bekerja dengan lebih baik.. Bukan itu sahaja, tetapi serat juga membantu mengelakkan anak dari serangan penyakit jantung, masalah kolestrol, tekanan darah tinggi serta memastikan berat badan anak berada didalam lingkungan yang sepatutnya.. Anda boleh memberikan anak-anak makanan seperti bijirin sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kandungan seratnya..


4 - VITAMIN D

Untuk pengetahuan ibu-ibu, vitamin D sangat penting untuk anak-anak.. Ini kerana vitamin D baik untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit, membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak.. Vitamin jenis ini boleh didapati daripada ikan dan susu..


5 - VITAMIN E

Vitamin E dapat membantu mengelakkan serangan radikal bebas serta dapat membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme..Sayuran hijau seperti bayam mengandungi vitamin E yang sesuai untuk anda berikan kepada anak-anak..


MAKANAN TAMBAHAN YANG MENGANDUNGI KESEMUA NUTRISI DIATAS


Kadang-kadang kita sebagai ibubapa akan terlepas dari memastikan cukupnya kesemua nutrisi penting yang perlu diberikan kepada anak-anak.. Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang dihantar ke nursery, belum tentu mereka akan mendapat segala zat dan nutrisi yang mereka perlukan.. Jadi, tidak salah jika kita sebagai ibubapa memulakan langkah dengan memberikan anak-anak makanan tambahan yang dapat membantu membekalkan segala nutrisi penting kepada mereka..


Anak-anak yang 'picky eater' atau memilih makanan juga sesuai diberikan makanan tambahan ini kerana sudah tentu-tentu mereka akan tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya.. Ibu-ibu tidak perlu risau akan kebergantungan anak-anak kepada makanan tambahan ini kerana makanan tambahan ini akan membuka selera anak-anak dan mereka akan mula memakan apa sahaja yang kita hidangkan kepada mereka..

MEALSHAKE MAKANAN TAMBAHAN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK


Seperti yang ida katakan di atas tadi, Mealshake mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak.. Anda boleh membacanya di sini -> 10 SEBAB MENGAPA MEALSHAKE MAKANAN TERBAIK KANAK-KANAK..

Mari kita lihat apa kata ibu-ibu yang telah memberikan anak-anak mereka Mealshake..


KHASIAT UTAMA MEALSHAKE
  • NUTRISI LENGKAP - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.. Ia turut mengandungi lesitin soya yang boleh bekerjasama dengan vitamin larut lemak..
  • MEMBEKALKAN NUTRISI KEPADA SEL TUBUH - Kaya dengan protin ( tidak mengandungi laktosa ), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain..
  • MEMBANTU TUMBESARAN - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar..
  • ANTI-OKSIDA - Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan..
  • MENGEMBALIKAN SERI WAJAH - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah atau kulit yang lebih cantik..
  • DETOKSIFIKASI - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus..
  • KELAZATAN RASANYA - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi sebagai penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan..
KEBAIKAN MEAL SHAKE

รณ   RASA VANILLA YANG MENJADI KEGEMARAN KANAK-KANAK
รณ   DAPAT KURANGKAN ECZEMA
รณ   DAPAT MENINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK-ANAK
รณ   PERLINDUNGAN KEPADA JANGKITAN PENYAKIT
รณ   DAPAT MENAMBAH BERAT BADAN
รณ   MEMBANTU ANAK FOKUS BELAJAR DAN PERKEMBANGAN MINDA
รณ   DAPAT MENGURANGKAN SERANGAN ASTHMA
รณ   MEMBANTU MENGATASI MASALAH SEMBELIT
รณ   SESUAI UNTUK ANAK YANG MENGALAMI OBESITI

                               SAYA MAHU BELI MEALSHAKE UNTUK ANAK SAYA


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? 
JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA PENGEDAR SHAKLEE TAMAN TAS, KUANTAN 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175