Sunday, October 26, 2014

TIPS DAN PETUA UNTUK ANAK

MERAWAT MASALAH ANAK DENGAN PETUA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Tips dan petua untuk ibu sudah begitu juga tips dan petua untuk papa juga sudah.. Jadi sekarang ida mahu kongsi tips dan petua untuk anak pula.. Jom ikuti petua untuk anak-anak pula..

MERAWAT BISUL

Terkena bisul amat menyakitkan.. Untuk mengubati masalah bisul, tumbuk bawang putih sehingga lumat dan sapukan bawang putih tersebut pada tempat yang terdapat bisul.. Balut bisul tersubut yang telah disapu dengan bawang putih supaya bawang putih itu tidak terjatuh.. Lakukan beberapa kali petua ini sehingga bisul hilang..


MENGUBATI KECACINGAN

Bagi mengubati masalah cacing, ambil sebiji nenas muda an parut halus.. Perah airnya dan campurkan dengan dua senduk madu atau sirap gula batu.. Kacau sehingga rata dan beri anak minum.. Insyaallah, masalah cacing akan selesai..


ELAK DEMAM SETELAH DISUNTIK

Kebiasaannya, setelah disuntik sesetengah bayi akan mengalami demam.. Bagi mengelakkan terjadinya demam setelah disuntik, ambil sebiji bawang kecil dan sapukan pada bahagian yang disuntik sebaik sahaja setelah selesai disuntik..


ANAK BATUK

Kasihankan melihat anak yang sedang batuk.. Untuk mengubatinya, ambil bawang putih dan asam gelugur kemudian bakar sehingga hangit.. Letakkan didalam piring dan campurkannya dengan sedikit minyak masak.. Tenyehkan bawang putih dan asam gelugur tadi sehingga hancur.. Sapukan pada dada anak ketika dia sedang tidur..


KURANGKAN PANAS BADAN

Ambil segenggam beras pulut dan goreng tanpa minyak sehingga kekuning-kuningan.. Selepas itu, masukkan beras pulut tadi ke dalam secawan air panas.. Biarkan sehingga air tadi menjadi suam dan tapis.. Berikan anak anda minum air tersebut..


           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

2 comments:

  1. Info yang sangat bermanfaat...terima kasih...nak cuba yang anak batuk tu sebab sekarang anak batuk ...harap boleh segera lega .

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa petua orang tua lebih berkesan kan..

      Delete