Wednesday, October 8, 2014

TIPS DAN PETUA DI DAPUR

MENOLONG MENYELESAIKAN MASALAH DI DAPUR


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Buat keje di dapur juga ada masalah juga kan.. Macam-macam hal yang berkaitan di dapur dari penyediaan makanan, kebersihan alatan memasak, kebersihan peti sejuk dan lain-lain.. Hari ini ida nak bagi beberapa petua yang berkaitan dengan dapur.. Jom ikuti tips dan petua tersebut..

HILANGKAN LUMPUR PADA KERANG

Semasa mahu membersihkan kerang, pasti agak sukar untuk membuang lumpur-lumpur yang terdapat pada kerang tersebut.. Jadi untuk memudahkan kerja anda, masukkan kerang tersebut ke dalam besen yang berisi air dan ramas kerang tersebut menggunakan surat khabar.. Ramas kerang tersebut dalam masa 5 hingga 10 minit dan bilas kerang tersebut.. Hasilnya, lumpur yang terdapat pada kerang tersebut akan hilang sepenuhnya..


MENGHALAU LALAT DI DAPUR

Cara ini anda pasti biasa melihatnya di kedai-kedai makan.. Amat mudah caranya, nyalakan dua batang lilin dan nyalakan apinya.. Selepas itu, letakkannya di meja makan atau pada tempat letak hidangan.. Lalat-lalat tersebut pasti tidak akan menghurungi hidangan anda..


MENAJAMKAN MATA PISAU PENGISAR

Anda pasti terfikir bagaimana mahu menajamkan semula mata pisau pengisar (blender) anda, iyelah mata pisau pengisar tersebut tidak boleh cabut untuk menajamkannya.. Cara untuk menajamkan mata pisau pengisar tersebut ialah anda hanya perlu mengambil satu cawan garam kasar dan kisarnya sehingga halus.. Hasilnya, mata pisau pengisar anda akan kembali tajam seperti sebelumnya..


ELAK SEMUT PADA GULA

Pasti anda geram jika semut sentiasa menghurung bekas gula anda kan?? Untuk elakkan semut dari menghurung bekas gula anda, sapukan keliling bekas gula tersebut dengan minyak masak.. Insya-Allah semut tidak akan datang menghurung bekas semut anda lagi.. Anda juga boleh mencuba 1 lagi petua, anda boleh membacanya di sini DOA ELAK SEMUT..


HILANGKAN BAU PETAI

Ada setengah orang memang tak tahan dengan bau petai tapi terpaksa masak untuk pasangannya.. Jalan penyelesaiannya adalah rendamkan petai di dalam air basuhan beras selama kira-kira setengah jam bagi menghilangkan bau petai tersebut.. Setelah itu, barulah boleh di masak atau sediakannya sebagai ulam..

 

Nantikan sambungan tips dan petua di dapur lagi..
         
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment