Showing posts with label PUNCA LELAKI TIDAK SUBUR. Show all posts
Showing posts with label PUNCA LELAKI TIDAK SUBUR. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

SET KESUBURAN LELAKI SHAKLEE

CARA MENINGKATKAN TAHAP KESUBURAN DENGAN SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Kebiasaannya lelaki akan menyalahkan perempuan jika setelah lama berkahwin tidak dikurniakan anak.. Walhal, lelaki juga menyumbang kepada peratusan ketidaksuburan dikalangan pasangan yang tidak dikurniakan cahayamata.. 

Lelaki diluar sana jangan tersilap sangka dengan memakai losyen tahan lama, ubat kuat tu dapat meningkatkan tahap kesuburan anda.. Faktor kesuburan sebenar ialah kesihatan dalaman anda iaitu sperma anda mempunyai tahap kualiti dan kuantiti yang bagus.. Banyak punca yang boleh dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan lelaki.. Anda boleh membacanya di sini --> PUNCA TIDAK SUBUR LELAKI ..

SET KESUBURAN LELAKI

Bagi lelaki yang ingin kembalikan tahap kesuburannya ke normal, shaklee mempunyai SET KESUBURAN LELAKI yang bersifat semulajadi.. Harga set kesuburan lelaki ini juga harga mampu milik.. Jom tingkatkan tahap kesuburan anda dengan set kesuburan lelaki shaklee ini.. Antara set kesuburan lelaki shaklee ialah seperti berikut :-

VITA E
* Antioksidan yang kuat dapat membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel dan melindungi sperma..


ZINC COMPLEX
* Untuk pertumbuhan organ reproduktif.. Meningkatkan penghasilan testosteron dan meninggikan kiraan sperma..

VITA C
* Meningkatkan motiliti sperma, menghalang sperma berbentuk gumpalan..

ENERGIZING SOY PROTEIN ( ESP )
* Mempertingkatkan motiliti sperma dan meninggikan kiraan sperma..

VITA LEA
* Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh seorang dewasa.. Vita lea dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh..

COQ10 HEALTH
* Meningkatkan kiraan sperma dan motiliti sperma.. Sperma lebih sihat dan kesuburan berada ditahap maksima..


Anda juga boleh untuk membeli sendiri set kesuburan ini dengan hanya menekan link tersebut --> SET KESUBURAN LELAKI SHAKLEE .. Anda hanya perlu sediakan kad kredit / debit untuk membeli secara online set kesuburan wanita shaklee ini dan nantikan barangan tersebut sampai kerumah anda..

   

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Friday, August 8, 2014

PUNCA TIDAK SUBUR LELAKI

APAKAH PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI??

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Apabila kita membincangkan tentang masalah kesuburan, ramai akan mengatakan puncanya adalah dari wanita sedangkan hampir 50% masalah kesuburan membabitkan lelaki walaupun ramai yang tidak mengakui tentang ini..

Berdasarkan kajian, masalah kesuburan dapat dipecahkan kepada 20% membabitkan lelaki sahaja dan 30% membabitkan lelaki dan perempuan, manakala 15% lagi pasangan didapati normal.. Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan 50% masalah ketidaksuburan dikalangan pasangan yang tidak mempunyai anak.

Yang sebenarnya, lelaki hanya perlu menjalani ujian air mani berbanding perempuan yang perlu menjalani banyak ujian seperti ujian keseimbangan hormon, imbasan ultra-bunyi untuk mengetahui sama ada rahim dan saluran tiub fallopio tidak mengalami masalah dan tiada ketumbuhan, endometriosis atau fibroid serta pemeriksaan kualiti telur.. Jadi, lelaki harus merendahkan tahap keegoan mereka supaya masalah ketidaksuburan hanya diletakkan kepada perempuan sahaja sedangkan ianya sebaliknya..


Keputusan normal bagi lelaki yang menjalani ujian kesuburan ialah mempunyai jumlah sperma sebanyak 40 juta sperma/mililiter.. Secara kasarnya memang banyak tetapi sebahagiannya mungkin mati, cacat atau tidak boleh berenang.. Sekurangnya 20 juta sperma perlu bergerak pantas dan boleh berenang pantas untuk melepasi ruang saluran tiub fallopio dan sampai ke rahim.. 

PUNCA KETIDAKSUBURAN WANITA..

PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI :-

Punca ketidaksuburan lelaki adalah seperti berikut :-

1 - MASALAH SPERMA AKIBAT KECACATAN KONGINETAL ( SEJAK LAHIR ) PADA ORAGAN PERANAKAN LELAKI :-

* Ketiadaan vas deferens ( tiub panjang yang menyalurkan sperma ) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani.. Ini menyebabkan air mani tiada mengandungi sperma langsung..

* Vas deferens tersumbat menyebabkan air mani tidak keluar dan mengalir balik ke dalam pundi kencing.. Kemungkinan masalah ini berpunca dari kencing manis atau pengambilan ubat tertentu.. Tetapi kes ini jarang berlaku..

2 - GENETIK 

* Sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sistem sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang patut dimusnahkan.. Masalah autoantibodi biasanya melibatkan lelaki yang pernah menjalani pembedahan vasektomi ( kaedah pemandulan dengan cara mengikat vas deferens terutamanya dikalangan lelaki barat )

3 - MASALAH HORMON

* Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah.. Boleh diatasi dengan pengambilan ubat..

4 - GANGGUAN SEKS

* Mati pucuk atau ejakulasi awal.. Kebiasaannya disebabkan tekanan, pengambilan ubat anti-depresan, pengawalan tekanan darah tinggi dan kolestrol.. Ubat penguat seks seperti viagra hanya untuk ereksi, tidak mempengaruhi jumlah sperma..

5 - MASALAH URAT ( SALUR DARAH ) PADA TESTIS KEMBANG ATAU TIMBUL

* Aliran darah tidak lancar dan boleh menyebabkan epididimis rosak dan mengurangkan jumlah sperma.. 

6 - SENAMAN KETERLALUAN SEPERTI ANGKAT BERAT

* Badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma..

7 - OBESITI

*Kesuburan lelaki boleh menurun sekiranya terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan dengan masalah kekurangan ataupun tiada sperma langsung..

8 - PENGAMBILAN DADAH, MEROKOK DAN ALKOHOL

* Tiga faktor penting yang perlu dielakkan untuk mengekalkan kesuburan..

Berikut adalah sebahagian punca ketidaksuburan yang dihadapi oleh kaum lelaki.. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera mahupun mencari supliment yang dapat membantu merawat masalah kesuburan anda.. 

credit

                  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare