Friday, October 31, 2014

TIPS DAN PETUA MUDAH BERSALIN

TIPS MUDAH MEMBANTU IBU MUDAH BERSALIN


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hai semua, sekarang ni ramai kawan-kawan ida mendapat khabar gembira yang dinantikan setelah berkahwin iaitu disahkan hamil.. Bukan sahaja kawan-kawan ida tetapi sepupu ida, mak sedara termasuk juga biras ida yang sedang menanti kelahiran cahaya mata mereka.. 

Setelah disahkan hamil, pasti teruja dengan khabar gembira itu kan.. Setelah hampir 40 minggu menunggu kelahiran cahayamata ini, perkara yang mendebarkan ibu-ibu adalah ketika menghadapi proses kelahiran.. Bagi yang baru pertama kali mengalami situasi ini pasti akan dimomokkan dengan cerita daripada kawan-kawan tentang kesakitan ketika proses kelahiran.. Kesakitan yang dialami adalah lumrah kepada setiap bakal ibu namun ada tips dan petua bagi memudahkan proses kelahiran itu berlaku..

Bagi ibu hamil, anda boleh baca di TIPS DAN PETUA UNTUK IBU HAMIL

TIPS DAN PETUA 

Antara tips dan petua mudah bersalin adalah seperti berikut :-

AMALKAN MAKAN KURMA

Sebaik sahaja anda disahkan hamil, amalkanlah memakan kurma setiap hari dan sepanjang tempoh kehamilan dan juga selepas bersalin.. Selain membantu proses kelahiran, kurma juga dapat memberi tenaga dan mengecutkan rahim..


MAKAN TELUR AYAM

Selain mengamalkan makan kurma, anda boleh juga mengamalkan memakan telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan.. Insyaallah, proses kelahiran anda akan menjadi mudah..


MINUM AIR KELAPA

Anda boleh mengamalkan meminum air kelapa sebaik sahaja kandungan anda memasuki usia tujuh bulan.. Banyakkan minum air kelapa agar bayi anda mudah dilahirkan.. Malah, ada juga yang mengatakan, dengan amalkan minum air kelapa rambut bayi akan lebat dan juga kulit anak bersih..


MINYAK KELAPA

Petua ini kita sudah biasa mendengarnya.. Untuk memudahkan proses melahirkan, anda boleh meminum satu sudu kecil minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan..


LENDIR BENDI

Teringat ida pada seorang makcik yang menceritakan kepada ida tentang lendir bendir ini.. Makcik itu menceritakan, dahulu sewaktu dia setiap kali dia disahkan hamil suaminya akan membeli bendi setiap hari untuk dimakan sepanjang kehamilan dan ternyata makcik itu mudah untuk bersalin.. 
Ibu-ibu hamil, dicadangkan untuk mengamalkan makan bendi setiap hari sehingga tiba saat melahirkan.. Pastikan bendi tersebut direbus dahulu.. Dipercayai lendir pada bendi tersebut memudahkan proses melahirkan..


Itulah diantara tips dan petua yang ida dapat kongsikan.. Semoga dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana untuk menempuh proses kelahiran yang memudahkan..           

No comments:

Post a Comment