Monday, October 6, 2014

ANDA MEMPUNYAI MASALAH BERKAITAN RAMBUT??

TIPS DAN PETUA UNTUK MASALAH RAMBUT


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Masalah yang berkaitan dengan rambut adalah seperti kelemumur, rambut kusam, rambut kerinting, dan lain-lain.. Dah mencuba bermacam jenis syampu dan pelbagai produk yang berkaitan rambut, namun masih tidak mendapat kesan yang memberangsangkan.. Cara moden dah cuba, apakata anda mencuba cara tradisional pula..

CARA NAK CANTIKKAN RAMBUT

Rupa dah cantik, rambut juga nak kena cantik juga.. Jom amalkan petua ini untuk cantikkan rambut.. Ambil beberapa helai daun limau purut dan bunga raya.. Kemudian, ramas sehingga hancur dengan sedikit air.. Apabila sudah hancur, tapis airnya dan lumurkan pada rambut.. Hasilnya, rambut akan menjadi semakin cantik dan berbau harum..


RAMBUT BERKILAT

Bersihkan biji betik dan jemur sehingga kering.. Kemudian, gorengkan tanpa minyak sampai hangus.. Selepas itu, tumbuk atau giling hingga lumat.. Pindahkan ke dalam piring dan bancuh dengan air.. Sebelum menggunakannya, bersihkan rambut dan keringkan terlebih dahulu.. Sapukan bahan tadi pada rambut.. Hasilnya rambut akan berkilat dan lebih hitam..


MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Mempunyai masalah kelemumur amat merimaskan, Namun ada jalan penyelesaiannya.. Ambil tiga batang serai dan dua biji limau nipis.. Kisar sehingga lumat.. Kemudian tapis dan ambil patinya.. sapukan pada keseluruhan rambut seperti menggunakan syampu.. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit.. Bilas dengan air biasa hingga bersih.. Amalkan dua kali seminggu..


MELURUSKAN RAMBUT

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja.. Campurkan dengan air limau nipis.. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim.. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan keseluruhan rambut.. Tutup kepala dengan tuala selama satu jam.. Selepas itu, barulah bilas dengan air sehingga bersih.. Lakukan 3 kali seminggu.. Anda akan dapati rambut kerinting menjadi lurus sedikit demi sedikit..


ATASI KEGUGURAN RAMBUT

Keguguran rambut amat ditakuti kerana risau akan menjadi botak.. Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, jom cuba tips dan petua ini.. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih.. Kemudian, tapis.. Tambahkan sedikit serbuk inai dan putih telur dari sebiji telur ke dalam air teh tadi.. Kacau sehingga sebati.. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam.. Selok-eloknya amalkan dua minggu sekali..


Semoga tips dan petua di atas dapat membantu anda menyelesaikan masalah rambut anda..

           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment