Showing posts with label HERB LAX. Show all posts
Showing posts with label HERB LAX. Show all posts

Friday, July 25, 2014

HERB-LAX SHAKLEE

KEBAIKAN HERB-LAX SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu Alfalfa Leaves, Senna leaves, Anise Seed, Blue Malva Flower, Buckhorn Bark, Licorice Root, Rhubarb Root, Fennel Seed dan Culver's Root.. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang..


KELEBIHAN HERB-LAX SHAKLEE

  • Pembersihan najis yang tersekat..
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita..
  • Membantu masalah sembelit..
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus ( natural bowel movement ) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit..
  • Mengempiskan perut..
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba..

PERHATIAN!!!

Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan.. Manakala di bawah kondisi normal, Herb-lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan..

Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman atau pembuangan kembali normal.. 
 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Saturday, May 17, 2014

TIPS TINGKATKAN METABOLISME BADAN

BAGAIMANA NAK TINGKATKAN METABOLISME???

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....

Sebelum ni ida ade  kongsikan apa itu metabolisme kan.. Metabolisme sangat penting untuk tubuh badan kita.. kalau kawan-kawan belum baca entry ida yg sebelum ni, kawan-kawan boleh la klik METABOLISME .. Disini, ida ada kongsikan tentang apa itu metabolisme..

BOLEH KE KADAR METABOLISME BERUBAH?

- Jawapannya tentulah boleh.. Bagi yang mahu kuruskan ataupun turunkan berat badan, anda hanya perlu meningkatkan kadar metabolisme badan agar dapat mencapai impian anda dengan lebih cepat..

10 TIP TINGKATKAN METABOLISME

1 ) MINUM AIR SECUKUPNYA
- Dengan minum air secukupnya seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan dapat membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.. Air hendaklah diminum 8 gelas sehari ataupun 3liter.. Anda juga boleh minum air mengikut berat badan anda seperti 25kg : 1liter  ..

2 ) SUPLEMENT KALSIUM
- Kekurangan kalsiumdi dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar.. Kalsium boleh didapati didalam susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil..

3 ) MAKAN
- Memakan snek dengan kerap dapat membantu.. Untuk elakkan makan berlebihan pada waktu makan seterusnya, eloklah mengambil snek yang mempunyai kandungan fiber dan protein yang tinggi seperti buah, biskut berfiber tinggi dan dadih..

4 ) TIDUR YANG CUKUP
- Tidur sekurangnya 7-8 jam setiap malam untuk mengekalkan metabolisme yang sihat.. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori ( tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama ). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten.. Tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama pada setiap hari..  





5 ) JANGAN STRESS
- Stress akan meningkatkan kortisol didalam tubuh.. Kortisol ialah hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya didalam situasi bertekanan tinggi.. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi..

6 ) SINAR MENTARI
- Menghabiskan masa yang lama didalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur dan ini akan menyebabkan berat badan bertambah.. Dengan mendapat sedikit sinar mentari, anda juga akan menaikkan kadar jantung anda..

7 ) SENAMAN PEMBERAT ( WEIGHT TRAINING )
- Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas ( basal metabolic rate (BMR) ) anda sehingga 40%.. Hanya menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan berulang kali juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak..
                               " LAKUKAN SENAMAN MENGGUNAKAN PEMBERAT
                                    SATU PAUN OTOT AKAN MEMBAKAR 35-50 KALORI
                                       MANAKALA SATU PAUN LEMAK
                                         MEMBAKAR HANYA 5-10 KALORI "

8 )  CERGAS
- Supliment vitamin c juga penting.. Vitamin c dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan kadar metabolisme.. 
  KALSIUM- CEPATKAN METABOLISME
  VITA C- MEMBANTU TUBUH DALAM PENYERAPAN MINERAL TERSEBUT

9 )   PEDAS
- Kandungan capsaicin didalam cili mampu membakar kalori sehingga 30minit selepas anda memakannya..




10 ) TEH HIJAU @ TEH OOLONG
- Gantikan secawan kopi @ teh tarik dengan teh hijau atau teh oolong.. Teh hijau atau teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.. Anda hanya perlu minum 4-5 cawan sehari untuk melihat kesannya..

CREDIT TO KEVIN ZAHRI

SELAIN DARIPADA ITU, SHAKLEE JUGA ADA MENYEDIAKAN SUPLIMENT UNTUK KURUS.. 
    


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Friday, May 16, 2014

METABOLISME BADAN.. PENTING KE???

NAK KURUS.. TINGKATKAN METABOLISME BADAN...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Mesti ramai yang nak kuruskan??? Dah mencuba pelbagai produk kurus dan juga bersenam tapi teteap juga tak kurus??? Sebelum nak kurus kenalah tahu tentang tubuh badan anda dulu.. Perkara utama untuk kurus ialah  METABOLISME BADAN.. Ramai yang tidak tahu yang sebenarnya metabolisme badan sangat mempengaruhi berat badan anda..

APA ITU METABOLISM??

- Dari segi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubh yang asas..
- Setiap orang mempunyai kadar metabolisme yang berbeza walaupun mempunyai corak kehidupan, cara pemakanan dan menjalankan aktiviti yang sama..
- Tubuh akan membakar kalori secara berterusan, bukan sahaja apabila anda bersenam malah semasa tidur juga..

METABOLISME BAGI SETIAP INDIVIDU BERBEZA

- Bergantung kepada komposisi tubuh individu iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak..
- Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak..
- Mereka yang mempunyai lebih banyak tisu otot lebih tinggi kadar metabolisme berbanding mereka yang mempunyai lebih banyak lemak..

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR METABOLISM

1 ) UMUR - Semakin meningkat usia, semakin menurun kadar metabolisme
2 ) JANTINA - Dikatakan lelaki mempunyai metabolisme yang tinggi berbanding perempuan
3 ) KETURUNAN - Mewarisi genetik metabolisme tinggi / rendah
4 ) MASALAH TIROID - Kelenjar tiroid kurang aktif / terlalu aktif 

Sebelum anda nak kurus anda kena pastikan yang anda tidak membuang tisu otot.. Ini kerana  tisu otot membantu anda untuk membakar kalori.. Anda perlu pastikan anda perlu membuang lemak berbanding otot.. Setelah anda membuang lemak, otot akan menjadi lebih dan metabolisme anda akan meningkat.. Dengan itu, semakin mudahlah untuk anda kurus..

Shaklee ada juga menyediakan produk untuk set kurus.. Produk shaklee sangat selamat, berkesan dan tiada bahan kimia.. Produk shaklee juga dijamin halal 100%..


SET KURUS SHAKLEE

1 ) PRODUK - OMEGA GUARD / LECITHIN
     FUNGSI -  PEMECAH / MEMBAKAR LEMAK DAN KOLESTROL

2 ) PRODUK - ALFALFA / HERB LAX
     FUNGSI - MEMBUANG LEMAK DAN TOKSIN DALAM BADAN

3 ) PRODUK - CINCH / ESP
     FUNGSI - MEMBINA OTOT DAN MENGELAKKAN KULIT MENGGELEBEH  

   
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Saturday, April 19, 2014

TIPS ; 16 MAKANAN TURUNKAN KOLESTROL

APA MAKANAN YANG DAPAT TURUNKAN KOLESTROL???

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini ida nk ceritakan tentang makanan yang dapat turunkan paras kolestrol.. Kita semua tahu kolestrol ade 2 jenis iaitu LDL (LOW DENSITY LIPOPROTEIN) dan HDL (HIGH DENSITY LIPOPROTEIN).. LDL lebih dikenali sebagai 'kolestrol jahat' manakala HDL sebagai 'kolestrol baik..
Sekiranya kolestrol LDL lebih tinggi daripada HDL individu terdedah kepada serangan jantung..

Sekarang ini, golongan muda juga terdedah kepada serangan jantung sekiranya tidak mengawal pemakanan seharian.. Tanpa disedari, pemakanan yang kita ambil itu mengandungi kolestrol yang tinggi lebih terdedah kepada serangan jantung jika tidak dikawal pengambilanya..

16 MAKANAN KURANGKAN KOLESTROL

1- KACANG SOYA

*Kacang soya mengandungi 48% protein , lesitin, vitamin dan zat galian.. Kacang soya mampu menghindarkan diri anda daripada penyakit jantung dan juga kencing manis.. Kandungan kalsium dan mineral di dalamnya juga dapat membantu memecahkan lemak dan mengurangkan kadar LDL dan meningkatkan HDL..

2- KUACI

*Kuaci kaya dengan kandungan zat besi.. Amalkan memakan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi didalam tubuh dan pada masa yang sama dapat kurangkan kolestrol..

3-BUAH-BUAHAN KERING

*Kurma kaya dengan serat serta kandungan flavanoid. Jadi,kurma mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan dapat kurangkan risiko serangan jantung.. Selain daripada kurma, flavanoid juga boleh didapati dalam sumber makanan yang lain seperti teh, brokoli, tomato, bawang, dan buah delima..

4- EPAL

*Hanya dengan memakan sebiji epal ataupun jusnya setiap hari, anda dapat mengurangkan kolestrol dalam badan.. Malah,terdapat kajian membuktikan bahawa dengan memakan sebiji epalataupun jusnya setiap hari selepas mengambil makanan segera, ia dapat mengimbangi kandungan zat dan dapat mencegah pembentukan lemak dalam tubuh..

5- IKAN TUNA

*Ikan tuna adalah salah satu sumber asid lemak omega-3 selain daripada salmon dan sardin.. Kandungan asid lemak omega-3 berupaya melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL dalam tubuh..

6- KACANG TANAH

*Kacang tanah yang dipanggang terutamanya mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E..
Vitamin E dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan pada masa yang sama mampu mengelakkan diri anda daripada serangan jantung..

7- MANGGA

*Mangga kaya dengan vitamin C dan berupaya mencegah LDL dalam tubuh badan.. Antara buah yang boleh diamalkan untuk  turunkan paras kolestrol ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi..

8- KISMIS

*Sebatian yang terkandung didalam kismis mampu menurunkan kolestrol!! Dengan mengamalkan diet 400 kalori kismis setiap hari, dapat membantu tubuh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%..

9- JAMBU BATU

*Anda disyorkan makan jambu batu dalam jumlah 400gram atau sebiji sehari selama 4minggu.. Percayalah,ia berupaya menurunkan paras kolestrol sebanyak 18.8%.. Selain itu,sangat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan..

10- TOMATO

*Tomato adalah salah satu sayuran yang dapat membantu menurunkan paras kolestrol jahat.. Amatlah digalakkan menjadikan tomato sebagai jus dan minumlah 2 gelas justomato setiap hari.. ia merupakan salah satu langkah terbaik dalam menurunkan kadar kolestrol..

11- BUAH DELIMA

*Manfaat yang ada pada buah delima ialah ia mampu mengurangkan pertumbuhan plak kolestrol dan pada masa yang sama meningkatkan produksi oksida nitrat.. Kesanya dapat membantu mengurangkan plak pada arteri..

12-APRIKOT

*Buah aprikot merupakan salah satu buah-buahan yang dapat meningkatkan kadar kolestrol HDL dalam tubuh badan..

13- BAWANG PUTIH

*Bawang putih yang selalu digunakan sebagai bahan perencah ini sangat baik untuk menurunkan kadar kolestrol LDL.. Jadi, usahakan untuk mengambil lebih banyak bawang putih dalam sehari..

14- BAYAM

*Bayam merupakan sayuran hijau kegemaran ramai ini mengandungi banyak zat lutein yang amat penting bagi kesihatan jantung daripada penempelan lemak pada pembuluh darah.. Anda sangat digalakkan mengambil sekurang-kurangnya setengah mangkuk bayam yang telah dimasak setiap hari..

15- TEH

*Teh diperkaya dengan kandungan antioksidan yang dapat memberikan rasa tenang terutamanya pada pembuluh darah.. Jadi,ia dapat menghindarkan pembekuan darah.. Selain kaya serat, teh mengandungi antioksidan seperti flavanoid yang dapat mencegah oksidasi yang boleh menyebabkan penimbunan kolestrol LDL pada pembuluh darah.. Dengan meminum segeles teh hangat, ia dapat memenuhi tubuh dengan antioksidan..

16- COKLAT

*Coklat yang menjadi kegemaran ramai ini ternyata baik untuk tubuh badan dan juga jantung.. Tetapi, pilihlah coklat hitam yang memiliki rasa pahit.. Coklat mengandungi antioksidan dan flavonoid yang memang bagus untuk mengurangkan kolestrol LDL..

Itulah antara makanan yang dapat membantu anda kurangkan paras kolestrol didalam tubuh badan.. selain daripada makanan-makanan diatas, SHAKLEE juga mempunyai supliment yang dapat membantu mengurangkan paras kolestrol anda..

SET SUPLIMENT KOLESTROL SHAKLEE

1- ALFALFA & HERB-LAX

*Berfungsi sebagai fiber didalam usus(yang diperlukan) yang akan bergabung dengan kolestrol, air, & mineral berlebihan dan dikeluarkan melalui pembuangan air besar..


2- B COMPLEX

*Vitamin b3(NIACIN) membantu menurunkan kadar kolestrol..


3- GARLIC

*Merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah..


4- OMEGA GUARD

*EPA & DHA menurunkan kadar kolestrol 'jahat' (LDL)..


5- VITA C PLUS (SUSTAINED RELEASE)

*Menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri..


6- VITA E COMPLEX

*Memperbaiki peredaran darah..
# TERBUKTI KOLESTROL JUGA AMAT PENTING KEPADA TUBUH BADAN KITA.. KITA HANYA PERLU MENGAWAL KADAR PENGAMBILAN KOLESTROL DIDALAM DIET SEHARIAN KITA.. KESIMPULANNYA, SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA PEMAKANAN SEHARIAN KITA, GAYA HIDUP KITA UNTUK TERUS HIDUP LEBIH SIHAT...
IEDA DAYAH HEALTH CARE
EMAIL ; fhaikal91@gmail.com
CALL/SMS/WHATSAPP ; 0179563621
FB ; NORHIDAYAH KASIM
FB PAGES ; IEDA DAYAH HEALTH CARE
ieda juga menyediakan konsultasi untuk anda..

Friday, April 18, 2014

SET KOLESTROL SHAKLEE

KOLESTROL.. BAHAYA @ TIDAK BAHAYA??? ; SET KOLESTROL SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Dalam entry kali ini ieda nak cerita tentang kolestrol.. Bahaya ataupun tidak kolestrol ini kepada tubuh badan kita??? Rakyat MALAYSIA ramai yang mempunyai masalah kolestrol.. Faktor-faktor yang sering dikaitkan dengan kolestrol adalah seperti GAYA HIDUP TIDAK SIHAT , TIDAK MENGAMALKAN DIET PEMAKANAN YANG SIHAT DAN PELBAGAI LAGI FAKTOR LAIN.. Ok, mari ida jelaskan apa itu kolestrol...

APA ITU KOLESTROL??

Kolestrol ialah komponan sterol yang penting dalam metabolisma dan juga penghasilan hormon.. Kolestrol bergerak sekali didalam darah yang dipanggil LIPOPROTEIN.. Lipoprotein ini terdiri daripada lemak (lipid) yang disaluti protein..Kebiasaanya kita diberitahu tentang kolestrol mendap di saluran dah dan mengakibatkan strok.. Ketidakseimbangan kolestrol antara HDL dan LDL menjadi punca terjejasnya kesihatan kita..



JENIS-JENIS KOLESTROL..

Terdapat 2 jenis lipoprotein yang membawa kolestrol didalam tubuh badan kita.. Antaranya ialah ;

LDL ( LOW DENSITY LIPOPROTEIN )

- LDL lebih dikenali sebagai 'kolestrol jahat' dan dianggap sebagai kolestrol yang bahaya.. Kolestrol LDL paling banyak mengangkut kolestrol didalam darah.. Sekiranya kadar kolestrol LDL tinggi, ini akan menyebabkan pemendapan kolestrol didalam arteri.. Kolestrol LDL merupakan faktor utama penyakit jantung..

HDL ( HIGH DENSITY LIPOPROTEIN )

- HDL lebih dikenali sebagai 'kolestrol baik' dan tidak berbahaya kepada tubuh badan kita.. Kolestrol HDL mengangkut lebih sedikit kolestrol berbanding LDL dan dianggap kolestrol baik kerana dapat membuang kelebihan kolestrol LDL di pembuluh darah arteri kepada hati untuk diproses dan dibuang melalui pembuangan air besar/kecil.. HDL juga dapat mencegah kolestrol daripada mendap di arteri dan dapat melindungi pembuluh darah dari proses ATEROSKLEROSIS (terbentuknya plak di pembuluh darah)..

TRIGLISERIDA

- Selain daripada LDL dan HDL, Trigliserida adalah salah satu lemak yang terdapat didalam darah dan juga berbagai organ didalam tubuh badan.. Sekiranya kadar Trigliserida meningkat didalam darah, ianya juga dapat meningkatkan kadar kolestrol.. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar Trigliserida ialah OBESITI, ALKOHOL, GULA DAN MAKANAN BERLEMAK..

SET SUPLIMENT SHAKLEE UNTUK KOLESTROL..

1- ALFALFA & HERB-LAX

*Berfungsi sebagai fiber didalam usus(yang diperlukan) yang akan bergabung dengan kolestrol, air, & mineral berlebihan dan dikeluarkan melalui pembuangan air besar..


2- B COMPLEX

*Vitamin b3(NIACIN) membantu menurunkan kadar kolestrol..


3- GARLIC

*Merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah..


4- OMEGA GUARD

*EPA & DHA menurunkan kadar kolestrol 'jahat' (LDL)..


5- VITA C PLUS (SUSTAINED RELEASE)

*Menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri..


6- VITA E COMPLEX

*Memperbaiki peredaran darah..
# TERBUKTI KOLESTROL JUGA AMAT PENTING KEPADA TUBUH BADAN KITA.. KITA HANYA PERLU MENGAWAL KADAR PENGAMBILAN KOLESTROL DIDALAM DIET SEHARIAN KITA.. KESIMPULANNYA, SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA PEMAKANAN SEHARIAN KITA, GAYA HIDUP KITA UNTUK TERUS HIDUP LEBIH SIHAT...
IEDA DAYAH HEALTH CARE
EMAIL ; fhaikal91@gmail.com
CALL/SMS/WHATSAPP ; 0179563621
FB ; NORHIDAYAH KASIM
FB PAGES ; IEDA DAYAH HEALTH CARE
ieda juga menyediakan konsultasi untuk anda..