Friday, October 3, 2014

BERSERI DI HARI RAYA AIDILADHA

TIPS DAN PETUA UNTUK CANTIK


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari raya Aidiladha hanya tinggal dua hari sahaja lagi.. Walaupun kemeriahannya dan kenantiannya tidak sama seperti menyambut Hari Raya Aidilfitri namun semua orang hendak tampil cantik di pagi raya tersebut.. Hari ini, ida nak kongsikan beberapa tips dan petua untuk anda tampil cantik berseri di pagi hari raya nanti.. Malah anda bolehla terus amalkan tips dan petua ini untuk kekal cantik dan menawan setiap hari.. 

BAGAIMANA NAK TAMPIL CANTIK??


WAJAH SEMAKIN BERSERI

Anda pasti inginkan wajah yang berserikan?? Caranya mudah sahaja.. Ambil satu mangkuk kecil beras, basuh dan toskan airnya.. Kemudian, anda gorengkan beras tersebut tanpa menggunakan minyak sehingga hangus dan tumbuk atau kisar beras tersebut sehingga menjadi serbuk.. Simpankan di dalam bekas kedap udara.. Apabila hendak digunakan, ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis.. Setelah sebati, sapukan dan gosok pada muka dan biarkan sehingga kering.. Kemudian, bilas sehingga bersih..

BIBIR MEREKAH

Apabila bibir merekah, pasti tidak cantik kan.. Untuk atasinya, anda boleh mencuba tips dan petua ini.. Minum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.. Amalkan meminumnya sekali sehari dan lihatlah hasilnya..

RAWAT KULIT BERKEDUT

Kulit yang mula berkedut pasti menimbulkan keresahan di hati.. Jadi jom kita amalkan tips dan petua ini untuk rawat masalah kulit berkedut.. Ambil sebatang lobak merah dan parutkannya.. Kemudian, campurkan parutan lobak tersebut dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.. Gaulkan sehingga sebati bancuhan tersebut.. Sapukan pada kulit sehari sekali..


LEBATKAN BULU KENING

Anda mempunyai masalah bulu kening yang nipis dan terlalu halus sehingga tidak menampakkan bulu kening?? Jom cuba tips dan petua ringkas ini.. Ambil dua biji buah keras dan bakar sehingga hitam, kemudian tumbuk sehingga halus.. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur dan bersihkan dengan air keesokannya.. Kening anda akan nampak lebih lebat dan menarik..


TEGANGKAN KULIT MUKA

Ambil sebatang timun dan sagat atau hancurkan sehingga lumat.. Kemudian, campurkan dengan tepung ubi kayu dan sedikit air.. Kacau rata tetapi jangan terlalu cair.. Sapukan bancuhan itu ke muka dan biarkan sehingga kering sebelum dicuci..


           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian.....memang sangat bermanfaat....
    Jom berblogwalking ke blog sy http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete