Sunday, October 26, 2014

TIPS DAN PETUA UNTUK PAPA

TIPS MENARIK UNTUK PAPA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Sebelum ini ida ada menjanjikan tips dan petua khas untuk papa, ayah, daddy, abah di luar sana.. Tips dan petua ini sebenarnya buka hanya untuk ibu-ibu tetapi untuk ayah juga ada.. Sebelum ini ida ada kongsikan tips dan petua untuk ibu, jadi hari ini jom kita ikuti tips dan petua untuk ayah pula..

HILANGKAN UBAN

Bagi yang mahu menghilangkan uban di kepala, boleh mencuba petua ini.. Ambil sebiji kelapa, pecahkan dan ambil airnya.. Tuangkan air kelapa tadi diatas kepala dan gosok perlahan-lahan.. Petua ini boleh diamalkan setiap hari atau tiga kali seminggu.. Hasilnya, rambut anda yang beruban akan kembali hitam..


ATASI KULIT BERMINYAK

Bagi mengatasi kulit, ambil sebiji epal, parut sehingga halus dan sapukan pada muka.. Biarkan selama 15 minit dan cucilah sebersihnya dengan air suam.. Lakukan amalan ini sebanyak tiga kali seminggu..


RAWAT PARUT JERAWAT

Parut jerawat meninggalkan kesan yang tidak cantik di muka.. Bukan perempuan sahaja nak tampil cantik, lelaki juga mahu tampil hensem.. Untuk menghilangkan kesan parut jerawat tersebut, ambil sebatang kulit kayu manis dan asah sehingga menjadi debu.. Kemudian, campurkannya dengan madu lebah.. Tepek bancuhan tadi ke bahagian kulit muka yang mempunyai parut jerawat.. Setelah kering, basuh muka dengan air bersih.. Amalkan tiga kali seminggu..


HILANGKAN KELEMUMUR

Mengalami masalah kelemumur amat menyakitkan hati, manakan tidak kulit kepala akan terasa gatal dan kadangkala kelemumur akan gugur ke atas bahu.. Bagi mengatasi masalah kelemumur ini, ambil 13 helai daun pandan dan tumbuk sehingga lumat.. Selepas itu, campurkan daun panda tadi bersama dua gelas air.. Kemudian, tapiskan air campuran tadi dan sapukan air tapisan tadi pada bahagian kulit kepala yang berkelemumur.. Biarkan seketika sehingga kering dan bilas dengan air bersih..


ELAK BADAN BERBAU

Bagi mengelakkan badan berbau, amalkan petua ini selalu.. Ketika mandi, amalkan mencuci ketiak dengan lemon dan timun selama kira-kira 15 hingga 20 minit.. Setelah itu, basuh sehingga bersih menggunakan air suam..
           



ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment