Saturday, November 15, 2014

TIPS DAN PETUA UNTUK PENJAGAAN MATA DAN GIGI

BAGAIMANA MAHU MATA CANTIK DAN SIHAT SERTA MENJAGA KESIHATAN GIGI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini ida akan kongsikan beberapa tips tentang penjagaan mata serta gigi.. Haa, kalau berkaitan mata ni selalu orang akan cakap dari mata turun ke hati.. Betul tak?? Senyuman yang manis, datang dari gigi yang cantik.. Jadi bagaimana mahu menjaga dua anggota badan ini yang sering orang akan lihat dahulu apabila pandang kita??

Ida ada beberapa tips dan petua yang anda boleh praktikkan di rumah.. Senang je petua ini.. Bila-bila masa pon anda boleh buat.. Jom kita lihat apakah tips dan petua itu.. 

KEKALKAN MATA YANG CANTIK DAN SIHAT


HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Untuk menghilangkan lebam dibawah mata, ambil timun dan hiris dengan ketebalan yang sederhana.. Kemudian tekapkan diatas mata.. Selain daripada timun, anda juga boleh gunakan tomato..

  
SEMBUHKAN SAKIT MATA
     Sekiranya anda mengalami sakit mata, ambil sedikit garam dan isikan didalam besen yang berisi air.. Larutkan garam tersebut dan masukkan muka anda didalam air larutan garam tersebut.. Kelipkan beberapa kali mata anda didalam air tersebut.. Buat beberapa kali.. Insya allah sakit mata anda akan berkurangan..


REDAKAN MATA YANG GATAL
Ambil beberapa helai daun sireh, ramas dan rendamkan dalam air suam selama 10 minit.. Kemudian, tapis air tersebut.. Gunakan air yang ditapis tadi untuk dibasuh pada mata anda sehingga gatal tersebut hilang..



SEGARKAN MATA
Untuk dapatkan mata yang segar, ambil dua uncang teh yang telah digunakan dan tekapkan pada kedua belah mata selama lima minit.. Amalkan selalu dan anda akan dapati mata anda akan lebih segar dan bersinar..


RAWATAN UNTUK MATA RABUN
Sekiranya mata anda rabun, amalkan pengambilan pemakanan yang mempunyai sumber vitamin A dan D seperti kangkung, lobak merah, epal, mangga dan betik.. Semoga tahap rabun anda akan semakin berkurangan..



TINGKATKAN KESIHATAN GIGI


SAKIT GERAHAM BONGSU
Sekiranya geraham bongsu anda sakit, anda boleh mencuba petua ini.. Ambil sebiji limau nipis dan belahkan empat.. Kemudian rebus bersama garam dan air sehingga mendidih.. Setelah itu, biarkan air rebusan itu menjadi suam dan kumurlah sekerap yang mungkin.. Lakukan setiap hari sehingga sakit itu berkurangan..


MENGUATKAN GIGI
Jika mahu gigi yang kuat, tumbuk sedikit halia bersama garam dan campurkan dengan air.. Berkumur dengan menggunakan campuran air halia tersebut setiap hari.. Hasilnya gigi anda akan menjadi lebih kuat..


GIGI PUTIH
Gigi putih adalah idaman setiap orang.. Untuk mendapatkan gigi yang putih, campurkan daun bay yang kering dengan kulit oren kering dan gunakannya sabagai penyental gigi.. Amalkan setiap hari untuk hasil yang memberangsangkan..


REDAKAN SAKIT GIGI
Untuk meredakan gigi yang tengah sakit, ambil putik kapas dan celupkan dalam esen pisang.. Kemudian, tekan atau sapukan pada gigi yang tengah sakit tersebut..


GIGI BERSERI-SERI
Supaya gigi anda bertambah seri, amalkan petua ini.. Mula-mula sekali, ambil satu sudu garam halus dan campurkan dengan beberapa titisan air tetapi ingat jangan terlalu banyak memadai garam tersebut menjadi lembap agar anda mudah mencoleknya.. Kemudian, gosok garam tadi pada gigi anda.. Sebaik-baiknya, gunakan berus gigi yang rapat.. Beruslah berulang kali dan ulangi sehingga satu hingga dua minggu.. Hasilnya, gigi akan menjadi bersih dan berseri..


Itulah diantara petua dan tips yang berkaitan dengan mata serta gigi..

               
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

22 comments:

  1. best kan petua di atas..boleh guna bahan2 sedia ada di sekeliling kita untuk jaga kesihatan mata dan gigi....

    Bahayakah Plasenta Privia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. senang je nak cari barang tu dan murah..hihi

      Delete
  2. Tak de la susah nk dptkan bahan-bahan untuk menjaga gigi dan mata..ni dh tahu blh la di praktis kan

    bolehkah kurus dengan minyak ikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, mudah dan senang di cari.. sambil tu bolehla mkn supliment jg..

      Delete
  3. Menarik, petua semudah menggunakan garam utk kedua-duanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bahan yang sememangnya ada dalam dapur kita kan..

      Delete
  4. Petua yang sennag untuk diamalkan..tq for sharing the info..

    Ikan Budu

    ReplyDelete
  5. Petua yang bagus...bahan pon mudah didapati..

    ReplyDelete
  6. Petua tradisional lagi elok sebenarnya..lemon pun bagus utk putihkan gigi..masker timun elok utk segarkan wajah

    SELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, yeke?? boleh try la buat masker timun lepas ni..

      Delete
  7. Daun bay ni yang orang selalu guna untuk masak kan.

    JommSihatDanCantik -> TERLAMPAU KEMARUK MAKANAN UNDANG PELBAGAI MASALAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah huda, biasa tgk raancangan memasak org putih mesti ada guna daun bay ni..

      Delete
  8. bagusnya petua ni. tapi ina tak pernah lagi mencuba.. hehe,,
    nanti kalau rajin boleh lah cuba..

    http://anakummicomel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Wahh.. Bagusnya.. Selalu Cuba, teh,timun dan garam.. Tapi Kalau garam tu utk gigi Mmg berkesan.. Bengkak mulut pun surut..
    Cegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar

    ReplyDelete
  10. Yang timun tu selalu gak buat... memang best... Sejuk je mata kita kan... Jap lagi nak tepek gak sebelum terlelap...

    Kisah Benar!!! Sembelit Ibu Muda Ketika Berpantang Undang Masalah Jiwa

    ReplyDelete
  11. Masa kecik-kecik dulu gunakan arang untuk putihkan gigi... berkilat!! cubalah..

    Makanan yang menurunkan kandungan gula di dalam darah

    ReplyDelete
  12. petua dulu2 sangat bagus untuk diamalkan..tradisi katakan hehehe, suka letak timun dimata rasa segar je dan hlgkan lebam mata, sesuai la untuk kak kiah yg jenis burung hantu ini heheheh

    http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/11/tip-menjayakan-penyusuan-badan-hingga-2.html

    ReplyDelete
  13. Selalu zai gunakan garam untuk kumur bila sakit gigi. guna arang untuk putihkan gigi.yang lain2 nanti bolehla nak cuba.terma kasih atas tips yang diberikan.

    Pesakit Diabetes Sujud Syukur Kerana Kaki Tak Jadi...

    ReplyDelete