Tuesday, September 30, 2014

BAGAIMANA PANAU TERJADI DAN BAGAIMANA MAHU MENANGANINYA??

HILANGKAN DAN CEGAH PANAU DENGAN SHAKLEE


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini ida nak kongsikan tentang panau kerana suami ida juga mengalami masalah panau di bahagian belakang badan dan atas bahu di bahagian depan badan.. Mula asalnya hanya sedikit sahaja panau tersebut tetapi lama kelamaan menjadi semakin banyak.. Terdapat banyak juga petua yang boleh digunakan untuk merawat panau ini, nanti ida kongsikan.. Sekarang jom kita kaji bagaimana panau tersebut terjadi, dan adakah panau ini boleh berjangkit??



APAKAH YANG MENYEBABKAN TERJADINYA PANAU??


Panau adalah sejenis penyakit kulit yang sering terjadi di lapisan kulit luar yang disebabkan jangkitan kulat Malassezia.. Kulat ini dapat ditemui di bahagian kulit yang menghasilkan banyak sebum (minyak) seperti di bahagian belakang badan, bahagian dada, muka dan kulit kepala.. Malassezia furfur ini adalah sebahagian flora kulit yang normal dan boleh menyebabkan jangkitan pada keadaan tertentu.. Untuk pengetahuan anda, rupa panau adalah seperti tompok-tompok pucat (putih atau merah jambu) atau gelap (perang atau hitam) dengan permukaan berdebu halus.. Tompok-tompok panau berbentuk bulat atau bujur dan kadang kala ada yang bercantum dan menyebabkan kawasan panau tersebut semakin besar.. Ada sesetengah pesakit akan berasa gatal di bahagian tersebut jika dalam keadaan berpeluh..


Panau boleh terjadi di semua peringkat umur tetapi ia lebih kerap berlaku kepada remaja dan belia.. Pesakit yang lebih kerap di jangkiti panau adalah yang kekurangan zat makanan atau yang mengamalkan ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant dan tidak kurang juga pesakit hyperhidrosis dan yang berpeluh berlebihan.. Panau ini tidak berjangkit, namun anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan daripada :-
  • Berkongsi tuala mandi
  • Mandi tanpa menggunakan sabun
  • Elakkan daripada memakai baju yang sama (tidak dibasuh) berulang kali
  • Membasuh muka atau mandi ketika badan sedang berpeluh

PETUA TRADISIONAL HILANGKAN PANAU


Terdapat juga petua-petua yang anda boleh mencuba untuk menghilangkan masalah panau tersebut.. Antara petua tersebut adalah :-

1- BAWANG PUTIH
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan dikupas kulitnya.. Hiriskan atau di tumbuk lumat dan sapukan di bahagian panau tersebut.. Biarkanm kering dan bilas sehingga bersih.. 

2- DAUN GELENGGANG
  • Ambil beberapa keping daun gelenggang, ramas atau tumbuk daun tersebut dan sapu di tempat panau tersebut.. Anda boleh juga tambahkan sedikit minyak tanah tanpa menggunakan air. ketika tumbuk daun gelenggang tersebut.. Akan terasa pedih sedikit..

SET PANAU SHAKLEE


Selain daripada menggunakan petua tradisional, anda juga boleh mencuba mengamalkan supliment untuk membantu mengurangkan dan sekaligus menghilangkan masalah panau anda.. Shaklee mempunyai SET PANAU yang dapat membantu menyelesaikan masalah panau anda.. Sambil mengamalkan petua tradisional, anda boleh merawatnya daripada dalam dengan mengamalkan Set Panau Shaklee.. Antara Set Panau Shaklee adalah seperti berikut :-

1- ESP - Mengandungi protin yang membantu membina sel-sel yang sihat..


2- ALFALFA COMPLEX - Bersifat anti kulat untuk melawan jangkitan kuman..


3- GARLIC - Mengandungi bahan semulajadi bagi melawan fungus dan kulat..


4- VITA C - Membantu tubuh melawan infeksi kulat..


5- HERB-LAX - Membantu tubuh untuk detoksifikasi toksin..


6- ZINC COMPLEX - Menghalang fungus dan mempertingkat sistem imun..






                                              SAYA NAK BELI SET PANAU SHAKLEE

  
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini...vitamin shaklee memang boleh atasi masalah anda..dapatkan segera...anda berada dibkawasan Batang kali, Rawang, Kuala Kubu Bharu dan Genting Highland. .? Saya berada dikawasan anda...untuk maklumat lanjut boleh menghubungi saya yer. ..http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete