Monday, September 8, 2014

TIPS TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU

BAGAIMANA CARA TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Bagi wanita yang baru sahaja bergelar ibu dan memasang niat untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif pasti akan berasa bimbang dengan penghasilan susu mereka.. Sebelum anda anda hendak berjaya menyusukan bayi anda secara eksklusif, anda perlulah mempunyai ilmu tentang penyusuan.. 

Perkara yang utama sekali yang anda perlu faham ialah konsep penyusuan iaitu '' DEMAND & SUPPLY''.. Maksudnya adalah apabila bayi minta, anda harus bagi sahaja kerana ini salah satu cara untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.. Selain dari itu, anda harus sematkan dalam diri anda 2B iaitu (brest & baby) kerana kedua-dua gabungan ini akan dapat memastikan anda boleh meningkatkan penghasilan susu ibu dan terus berkekalan walaupun telah habis tempoh berpantang..

Jom ikuti cara-cara untuk meningkatkan penghasilan susu ibu..

1 - KERAPKAN MENYUSU

- Kerapkan menyusu bayi sekurang-kurangnya 3 jam sekali pada hari siang.. Sekiranya bayi tidur lebih dari 3 jam, kejutkan bayi untuk menyusu.. Manakala, pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika bayi tidur lebih dari 4 - 5 jam.. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak penghasilan susu ibu.. Jadi, jangan mengeluh sekiranya bayi anda suka hisap susu sekejap-sekejap kerana dengan ini dapat membantu penghasilan susu anda dengan lebih banyak..

2 - JANGAN TUNGGU PAYUDARA PENUH

- Terdapat segelintir ibu suka menjadikan payudara penuh sebagai tanda untuk menyusukan bayi.. Tanggapan ini sama sekali adalah salah!! Anda perlu yakin bahawa payudara anda sentiasa mengandungi susu dan apabila disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluan bayi anda..Kajian juga menunjukkan bahawa kandungan lemak didalam susu lebih tinggi apabila tempoh antara penyusuan dengan sesi penyusuan yang lain adalah singkat..
 Ini bererti, jika anda menyusukan bayi anda ketika anda beranggapan payudara anda ''kosong'', dia akan memperoleh susu tinggi dengan kandungan lemak yang dapat membantu menambah berat badan bayi..

3 - MAKANAN

- Ambil makanan yang dapat membantu penghasilan susu badan sejak dari mula berpantang untuk membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.. Antara makanan yang anda boleh mencuba ialah ulam-ulaman seperti pegaga, peria, daun pucuk betik, jantung pisang, daun cekur manis dan lain-lain, lobak putih, dan anda juga boleh mencuba makanan herba seperti halba dan jintan hitam..

4 - URUTAN

- Anda juga boleh mencuba teknik urutan payudara yang betul untuk membantu susu mengalir dengan lancar.. Sangat bagus dilakukan di waktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting..

5 - TEKNIK MARMET

- Teknik marmet ini juga dapat membantu melancarkan dan meningkatkan penghasilan susu anda.. Teknik marmet ini hanya menggunakan jari tanpa bantuan alatan lain.. Anda boleh rujuk di TEKNIK MARMET untuk ketahui bagaimana untuk menggunakan kaedah ini..

6 - PENYUSUAN DI WAKTU MALAM

- Amalan menyusukan bayi diwaktu malam sangat bagus kerana sangat membantu dalam penghasilan susu ibu.. Ketika waktu malam anda berdua lebih relaks dan membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap.. Penyusuan ketika waktu malam juga dapat merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya untuk menghasilkan lebih banyak susu..
 

7 - MINUM AIR SECUKUPNYA

- Anda perlu pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun ketika pemerahan susu.. Anda digalakkan untuk minum sebanyak 3.1liter air bersamaan 13 cawan setiap hari..

Sekian antara tips-tips yang anda dapat ikuti untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu.. Semoga entry ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda..




             
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

1 comment:

  1. info yang menarik

    jemput blogwalking
    http://bit.ly/WFuFVG

    ReplyDelete