Tuesday, September 30, 2014

KHASIAT MAKANAN MENGIKUT WARNA

PELBAGAI JENIS MAKANAN MEMBERI KELAINAN KHASIAT


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Adakah anda tahu bahawa warna sayur dan buah yang diambil memberi pelbagai khasiat kepada tubuh.. Dalam perbaiki kesihatan, anda di sarankan untuk mengambil 3 - 5 jenis hidangan sayuran dan buahan setiap hari.. Namun anda perlu tahu, bukan kuantiti yang di utamakan tetapi kepelbagaian warna makanan memainkan peranan juga.. Disebabkan itu, anda disarankan untuk mengambil pelbagai jenis hidangan di dalam menu harian anda kerana tujuan utamanya adalah agar tubuh anda mendapat pelbagai jenis khasiat dari kepelbagaian warna makanan tersebut lantas memberi kebaikan kepada kesihatan dalaman anda..

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda hanya gemar mengambil makanan yang berwarna merah, kemungkinan untuk anda mengalami kekurangan nutrien tertentu yang diperlukan oleh tubuh.. Walaupun makanan yang ambil itu mengandungi epal dan tomato tetapi ia tidak berupaya untuk membekalkan nutrien lain yang terdapat dalam warna makanan lain kepada tubuh anda.. Disebabkan itu, anda perlu mempelbagaikan warna makanan anda supaya mendapat segala khasiat yang diperlukan tubuh anda..

WARNA BUAH DAN SAYUR

Jom kita pelajari khasiat yang terdapat dalam pelbagai warna buak dan sayur agar kita lebih prihatin dalam menyediakan menu harian untuk keluarga tercinta.. 

WARNA KUNING

Pisang, nenas, limau manis dan jagung adalah antara jenis buahan yang dicipta dengan berwarna kuning.. Buaha-buahan ini mengandungi vitamin C yang cukup baik untuk melindungi sel tubuh.. Kandungan potassiumnya juga bagus untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mengurangkan pembentukan plak di dalam arteri.. Selain itu, makanan berwarna kuning juga mengandungi beta-crytoxanthin yang diklasifikasikan secara kimia sebagai xanthophylls iaitu agen anti-kanser yang mampu meningkatkan fungsi jantung..
Buah pisang membekalkan vitamin B6 mampu mengawal hormon manakala bromelain yang terkandung di dalam nenas dan papain yang dijumpai di dalam betik merupakan enzim proteolitik yang membantu tubuh meningkatkan fungsi penghadaman..

WARNA JINGGA

Sayur atau buah yang tergolong dalam warna jingga adalah seperti lobak merah, oren, labu, mangga, betik dan aprikot mengandungi beta-karotene sejenis karotenoid.. Tubuh dapat menukarkan beta-karotene kepada vitamin A jika diperlukan.. Disamping itu, beta-karotene juga merupakan agen anti-oksidan yang membantu melindungi badan daripada kebanyakan jenis kanser dan penyakit jantung, malah mampu memperlahankan kemaraan penyakit berkaitan mata..


WARNA HIJAU

Glucosinolates, sulforaphane, isothiocyanates dan indoles antara komponen yang wujud dalam kumpulan makanan berwarna hijau.. Glucosinolates merupakan bahan kimia tumbuhan yang mempunyai aktiviti anti-karsinogenik.. Manakala, sulforaphane dan isothiocyanates adalah agen anti-oksidan dan perangsang enzim menyahtoksik semulajadi.. Indoles pula adalah untuk mengelakkan sel-sel tubuh daripada mengalami kerosakan dan penyakit kanser.. Semakin gelap warna hijau pada sayuran, semakin banyak klorofil dan semakin besar kelebihannya sebagai agen anti-oksidan..
Kebanyakan sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis dan kubis bunga mampu mengurangkan risiko anda untuk menghidap kanser.. Brokoli kaya dengan vitamin A, C, beta-karotene dan asid folik.. Kubis tidak mengandungi kolestrol, berkalori rendah dan merupakan sumber vitamin C yang bagus manakala, kubis bunga pula merupakan sumber folat yang baik..

WARNA PUTIH 

Bawang putih, bawang merah, kucai dan bawang perai (leek) adalah golongan makanan warna putih.. Antara makanan lain yang tergolong didalam kumpulan warna putih adalah seperti tauhu, keju rendah lemak, yogurt dan susu yang sangat bagus utnuk tubuh kerana mengandungi banyak flavonoid yang dapat melindungi membran sel..
Kebanyakan makanan di dalam kumpulan ini mengandungi allyl sulfides di mana sebatian sulfur ini menjadikan makanan berasa berasa pedas atau berbau tajam.. Bagaimanapun, makanan dalam kumpulan ini merupakan agen anti-tumor..


WARNA UNGU-BIRU 

Anggur unggu, beri biru, beri hitam, raspberi, kranberi, plum, prun, kismis, blackcurrant, terung dan kubis ungu adalah dalam kumpulan warna ungu-biru.. Anthocyanin yang menyebabkan kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna merah, violet (ungu), ungu dan biru.. Ia adalah merupakan pigmen yang mudah larut dalam air dan mampu memantulkan warna merah hingga ke biru.. Anthocyanin berfungsi sebagai agen anti-oksida di mana ia mampu melindungi tubuh daripada penyakit jantung, kanser dan masalah penuaan..
Anggur dan kismis mengandungi magnesium yang sangat diperlukan untuk pergerakan najis yang baik apatah lagi kulit anggurterbukti juga merupakan julap semulajadi yang baik.. Malah kandungan airnya juga sangat banyak sehingga mampu meningkatkan jumlah cecair yang diperlukan oleh tubuh.. Terung pula mengandungi pectin yang berupaya menurunkan kadar kolestrol dan asid hempedu di dalam usus lalu menyingkirkannya dari tubuh..


WARNA MERAH

Sayur dan buah berwarna merah mengandungi banyak pigmen khusus untuk melawan penyakit.. Pigmen tersebut dikenali sebagai lycopene yang berperanan menjaga kesihatan sel dan mampu mengurangkan risiko kanser.. Disamping itu, ia turut bertindak sebagai agen anti-oksidan yang membantu tubuh menyerap radikal bebas dan memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak.. 
Selain itu, lycopene juga mampu melakukan proses nyahtoksik yang dapat menghalang penghasilan sel-sel barah.. Tomato, strawberi, tembikai, epal, anggur merah, ubi bit dan cili merah adalah antara sayur dan buah yang mengandungi lycopene.. Terdapat juga buah yang bukan berwarna merah mengandungi lycopene contohnya adalah jambu batu tetapi, kandungan lycopene di dalam jambu batu amat rendah berbanding sayur dan buah berawrna merah..

       
   
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

3 comments:

  1. saya suka warna anggur sbb saya suka vivix:)

    ReplyDelete
  2. Good Info :-)

    Atasi Masalah Angin Dalam Badan
    http://raikankasih.blogspot.com/2014/09/angin-dalam-badan.html

    ReplyDelete
  3. pentingnya makan buah-buahan yang banyak khasiat :)

    ReplyDelete