BAGAIMANA MAHU MATA CANTIK DAN SIHAT SERTA MENJAGA KESIHATAN GIGI
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Hari ini ida akan kongsikan beberapa tips tentang penjagaan mata serta gigi.. Haa, kalau berkaitan mata ni selalu orang akan cakap dari mata turun ke hati.. Betul tak?? Senyuman yang manis, datang dari gigi yang cantik.. Jadi bagaimana mahu menjaga dua anggota badan ini yang sering orang akan lihat dahulu apabila pandang kita??
Ida ada beberapa tips dan petua yang anda boleh praktikkan di rumah.. Senang je petua ini.. Bila-bila masa pon anda boleh buat.. Jom kita lihat apakah tips dan petua itu..
KEKALKAN MATA YANG CANTIK DAN SIHAT
HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Untuk menghilangkan lebam dibawah mata, ambil timun dan hiris dengan ketebalan yang sederhana.. Kemudian tekapkan diatas mata.. Selain daripada timun, anda juga boleh gunakan tomato..
SEMBUHKAN SAKIT MATA
Sekiranya anda mengalami sakit mata, ambil sedikit garam dan isikan didalam besen yang berisi air.. Larutkan garam tersebut dan masukkan muka anda didalam air larutan garam tersebut.. Kelipkan beberapa kali mata anda didalam air tersebut.. Buat beberapa kali.. Insya allah sakit mata anda akan berkurangan..
REDAKAN MATA YANG GATAL
Ambil beberapa helai daun sireh, ramas dan rendamkan dalam air suam selama 10 minit.. Kemudian, tapis air tersebut.. Gunakan air yang ditapis tadi untuk dibasuh pada mata anda sehingga gatal tersebut hilang..
SEGARKAN MATA
Untuk dapatkan mata yang segar, ambil dua uncang teh yang telah digunakan dan tekapkan pada kedua belah mata selama lima minit.. Amalkan selalu dan anda akan dapati mata anda akan lebih segar dan bersinar..
RAWATAN UNTUK MATA RABUN
Sekiranya mata anda rabun, amalkan pengambilan pemakanan yang mempunyai sumber vitamin A dan D seperti kangkung, lobak merah, epal, mangga dan betik.. Semoga tahap rabun anda akan semakin berkurangan..
TINGKATKAN KESIHATAN GIGI
SAKIT GERAHAM BONGSU
Sekiranya geraham bongsu anda sakit, anda boleh mencuba petua ini.. Ambil sebiji limau nipis dan belahkan empat.. Kemudian rebus bersama garam dan air sehingga mendidih.. Setelah itu, biarkan air rebusan itu menjadi suam dan kumurlah sekerap yang mungkin.. Lakukan setiap hari sehingga sakit itu berkurangan..
MENGUATKAN GIGI
Jika mahu gigi yang kuat, tumbuk sedikit halia bersama garam dan campurkan dengan air.. Berkumur dengan menggunakan campuran air halia tersebut setiap hari.. Hasilnya gigi anda akan menjadi lebih kuat..
GIGI PUTIH
Gigi putih adalah idaman setiap orang.. Untuk mendapatkan gigi yang putih, campurkan daun bay yang kering dengan kulit oren kering dan gunakannya sabagai penyental gigi.. Amalkan setiap hari untuk hasil yang memberangsangkan..
REDAKAN SAKIT GIGI
Untuk meredakan gigi yang tengah sakit, ambil putik kapas dan celupkan dalam esen pisang.. Kemudian, tekan atau sapukan pada gigi yang tengah sakit tersebut..
GIGI BERSERI-SERI
Supaya gigi anda bertambah seri, amalkan petua ini.. Mula-mula sekali, ambil satu sudu garam halus dan campurkan dengan beberapa titisan air tetapi ingat jangan terlalu banyak memadai garam tersebut menjadi lembap agar anda mudah mencoleknya.. Kemudian, gosok garam tadi pada gigi anda.. Sebaik-baiknya, gunakan berus gigi yang rapat.. Beruslah berulang kali dan ulangi sehingga satu hingga dua minggu.. Hasilnya, gigi akan menjadi bersih dan berseri..
Itulah diantara petua dan tips yang berkaitan dengan mata serta gigi..
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA??
JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
best kan petua di atas..boleh guna bahan2 sedia ada di sekeliling kita untuk jaga kesihatan mata dan gigi....
ReplyDeleteBahayakah Plasenta Privia
betul tu.. senang je nak cari barang tu dan murah..hihi
DeleteTak de la susah nk dptkan bahan-bahan untuk menjaga gigi dan mata..ni dh tahu blh la di praktis kan
ReplyDeletebolehkah kurus dengan minyak ikan?
betul tu, mudah dan senang di cari.. sambil tu bolehla mkn supliment jg..
DeleteMenarik, petua semudah menggunakan garam utk kedua-duanya
ReplyDeletebetul tu.. bahan yang sememangnya ada dalam dapur kita kan..
DeletePetua yang sennag untuk diamalkan..tq for sharing the info..
ReplyDeleteIkan Budu
Petua yang bagus...bahan pon mudah didapati..
ReplyDeletePetua tradisional lagi elok sebenarnya..lemon pun bagus utk putihkan gigi..masker timun elok utk segarkan wajah
ReplyDeleteSELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014
owh, yeke?? boleh try la buat masker timun lepas ni..
DeleteDaun bay ni yang orang selalu guna untuk masak kan.
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> TERLAMPAU KEMARUK MAKANAN UNDANG PELBAGAI MASALAH
aah huda, biasa tgk raancangan memasak org putih mesti ada guna daun bay ni..
DeleteBagus petua ni.tqsm for sharing
ReplyDeletemitos-cantik-faktaauta
Kebetulan tgh sakit gigi ni..bolehla eden torai..
ReplyDeleteTips & Info Checklist: Apa yang perlu ada dalam 'Beg Hospital'?
bagusnya petua ni. tapi ina tak pernah lagi mencuba.. hehe,,
ReplyDeletenanti kalau rajin boleh lah cuba..
http://anakummicomel.blogspot.com/
Wahh.. Bagusnya.. Selalu Cuba, teh,timun dan garam.. Tapi Kalau garam tu utk gigi Mmg berkesan.. Bengkak mulut pun surut..
ReplyDeleteCegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar
nice sharing, gud info, tq 4 sharing
ReplyDeleteYang timun tu selalu gak buat... memang best... Sejuk je mata kita kan... Jap lagi nak tepek gak sebelum terlelap...
ReplyDeleteKisah Benar!!! Sembelit Ibu Muda Ketika Berpantang Undang Masalah Jiwa
Masa kecik-kecik dulu gunakan arang untuk putihkan gigi... berkilat!! cubalah..
ReplyDeleteMakanan yang menurunkan kandungan gula di dalam darah
petua dulu2 sangat bagus untuk diamalkan..tradisi katakan hehehe, suka letak timun dimata rasa segar je dan hlgkan lebam mata, sesuai la untuk kak kiah yg jenis burung hantu ini heheheh
ReplyDeletehttp://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/11/tip-menjayakan-penyusuan-badan-hingga-2.html
Bagus petua ni..boleh jadi rujukan
ReplyDeleteTenaga Terlebih Tak Boleh Tidur
Selalu zai gunakan garam untuk kumur bila sakit gigi. guna arang untuk putihkan gigi.yang lain2 nanti bolehla nak cuba.terma kasih atas tips yang diberikan.
ReplyDeletePesakit Diabetes Sujud Syukur Kerana Kaki Tak Jadi...