Thursday, November 27, 2014

SUMBER MAKANAN YANG MAMPU MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Semalam ida ada kongsikan entry tentang rambut gugur selepas bersalin kan.. Dan ida menjanjikan pada hari ini ida akan kongsikan sumber makanan yang boleh mencegah keguguran rambut.. Bagi anda yang tidak sempat membaca entry ida semalam, mari klik link entry ini CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN ..

Sebelum ida kongsikan apakah sumber makanan yang dapat menangani masalah keguguran rambut, jom kita lihat dahulu apakah punca terjadinya masalah keguguran rambut ini..

PUNCA KEGUGURAN RAMBUT TERJADI


Kita mula menyedari terjadinya keguguran rambut apabila kita sedang menyikat rambut atau ketika mandi, rambut banyak gugur di lantai atau terlekat di sikat.. Mungkin jika awal-awal kita tidak memandang serius tentang masalah ini, tetapi jika lama kelamaan dibiarkan mungkin akan menyebabkan kepala kita botak jika tidak ditangani dari awal..

Jom kita teliti apakah punca terjadinya keguguran rambut tersebut..

1 - MELAHIRKAN ANAK
Selepas seseorang wanita itu melahirkan anak, pusingan rambut akan mengalami fasa berehat yang agak lama dimana ketika ini rambut akan banyak keguguran dalam tempoh 1 hingga 6 bulan pertama.. Namun jangan risau, dalam tempoh 6 hingga 12 bulan seterusnya, keadaan rambut akan kembali normal..

2 - MENGALAMI PENYAKIT THYROID
Kelenjar thyroid yang terlalu aktif aau pasif juga boleh menyebabkan berlakunya keguguran rambut tidak kira lelaki ataupun wanita..

3 - DEMAM, JANGKITAN DAN SELSEMA YANG SERIUS
Selepas empat minggu atau tiga bulan mengalami masalah demam, jangkitan atau selsema yang serius, seseorang mungkin akan terkejut melihat rambut gugur dengan banyak.. Anda tidak perlu risau kerana keadaan rambut akan kembali normal..

4 - PENGAMBILAN PEMAKANAN IAITU PROTEIN TIDAK SEIMBANG
Protein adalah sumber makanan kepada rambu.. Jika anda mengamalkan pengambilan diet yang tidak seimbang seperti tidak ambil sumber protein, ini antara punca terjadinya keguguran rambut..

5 - UBAT-UBATAN
Sesetengah ubat-ubatan akan menyebabkan terjadinya keguguran rambut.. Antara ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant).. Selain itu, pengambilan vitamin A secara berlebihan juga akan menyebabkan keguguran rambut..

6 - RAWATAN KANSER
Terdapat sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang boleh mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala..

7 - RAMBUT ROSAK
Selalu buat treatment seperti meluruskan, mengerintingkan, mewarna, menggunakan pengering rambut dan sebagainya akan membuatkan rambut cepat rosak sekaligus menyebabkan rambut gugur..

Dah faham apakah punca terjadinya rambut gugur?? Ok, sekarang kita lihat, apakah makanan yang dapat membantu mengurangkan dan mencegah terjadinya keguguran rambut..

 

MAKANAN MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT


1 - TELUR DAN DAGING AYAM
Seperti yang kita tahu, telur ayam, daging ayam, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi adalah sumber dari protein.. Kebanyakan rambut terbina daripada protein, dan jika kita memakan makanan tersebut akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut..

2 - GANDUM
Untuk mempertahankan warna rambut serta mencegah keguguran rambut, makanlah gandum secara teratur malah ianya juga dapat meningkatkan tenaga kita.. Buah kering dan kekacang pula mengandungi biotin, zat besi dan sulfur.. Ini akan membolehkan mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran..

3 - TAUGE
Tauge mengandungi satu gizi yang dapat memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika.. Silika ini digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang dapat membuatkan rambut kuat dan sihat..

4 - SAYURAN HIJAU
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C yang sangat diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut..

5 - BUAH-BUAHAN SEGAR
Buah-buahan segar seperti tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut..

6 - MAKANAN LAUT
Kandungan zink yang terdapat pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram dapat membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut.. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin dengan lebih baik untuk pertumbuhan rambut yang sihat..

7 - SALMON
Salmon adalah sumber protein yang mengandungi asid lemak penting seperti omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala..

8 - KUNYIT DAN JINTAN
Kedua-dua makanan ini adalah makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut agar lebih sihat..

9 - AIR MASAK
Kita perlu minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat..

Itulah diantara sumber makanan yang dapat mengurangkan dan mencegah keguguran rambut dari berlaku.. Selain itu, kita boleh juga amalkan pengambilan supliment seperti ZINC COMPLEX, BCOMPLEX, ESP dan rangkaian produk PROSANTE..

SUPLIMENT DAN RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT                  

1 - ZINC COMPLEX : Berfungsi mengawal hormon didalam badan dan membantu penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan pada kulit kepala..


2 - BCOMPLEX : Inositol salah satu vitamin B membantu pertumbuhan rambut.. B12 pula adalah satu lagi vitamin B yang menghalang keguguran..


3 - ESP : ESP mengandungi protein dimana dapat membantu pertumbuhan rambut yang sihat..


4 - REVITALIZING SHAMPOO (RAMBUT GUGUR / KELEMUMUR) : melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.. Sistem pembersihan yang lembut dan berpaten,, Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringka rambut..



5 - LIGHTWEIGHT CONDITIONER (RAMBUT GUGUR / KELEMUMUR) : Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit.. Mengembalikan eleman struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat.. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus..


6 - PURIFYING SHAMPOO (RAMBUT GUGUR / BERMINYAK/ BERKELEMUMUR) : Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain.. Mengekalkan keseimbangan lipis dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut.. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat dan rambut juga tidak berkelemumur..


7 - REPLENISHING CONDITIONER ( RAMBUT GUGUR / BERMINYAK / BERKELEMMUMUR) : Perapi dan pelembap yang pekatbagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera.. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi..                                     



ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

10 comments:

  1. Lepas bersalin ni rambut gugur...nasib baik ada vitamin shaklee yang bantu atasi masalah saya ini. Memang suka sangat ngan produk shaklee ni.


    Kurus dengan teknik yang mudah dan berkesan tanpa bahan terlarang

    ReplyDelete
  2. Keguguran rambut dh makin berkurangan hasil dr mengamalkan suplemen utk rambut

    IDAMAN SETIAP WANITA

    ReplyDelete
  3. Mmg puas hati guna purifying shampoo. Jerawat pun dah tak ada di kepala

    ReplyDelete
  4. Sebelum ni sikat rambut..memang penuh kat sikat..kini dua tiga urat je..set ni berkesan..cubalah

    ReplyDelete
  5. Kekadang rambut gugur terlalu banyak pun takut jugak. Takut botak satu hal. Takut penyakit lain pun satu hal jugak.huhuu..
    JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

    ReplyDelete
  6. Lepas bersalin memang nampak ketara rambut banyak gugur walau hanya sisir rambut guna tangan. Mungkin hormon. Sebab tu akak ambil shaklee untuk betulkan hormon sambil mengambil esp untuk bekalkan protein

    ReplyDelete
  7. Saya guna syampoo revita dan conditioner Shaklee sekarang, memang best.
    Jom Lawat Blog Raikankasih 

    ReplyDelete
  8. Info yang bagus untuk mereka yang mempunyai masalah keguguran rambut

    Pertambahan Berat Badan Ketika Hamil

    ReplyDelete
  9. Dulu pun ada masalah gugur..skang dah kuramg skit lepas ambil esp.kalau ambil shampoo shaklee dan zinc mesti lg ok

    ReplyDelete