Saturday, November 1, 2014

RESTORAN SEDAP DAN MURAH DI KUANTAN

JOM DATANG KE RESTORAN INI DI KUANTAN!!

Hai kawan-kawan.. Hari ini ida nak berkongsi satu cerita dengan kawan-kawan.. Semalam ida keluar makan dengan keluarga ida, kira macam makan besar la.. Restoran yang sentiasa menjadi pilihan kitorang adalah Restoran Sinar Mesra Seafood dan lokasinya di jalan batu 12, bersebelahan dengan stesen minyak Shell dan Petronas..

Restoran ini menjadi pilihan kami kerana harganya berbaloi dengan apa yang kami order.. Rasanya restoran ini menjadi pilihan kami semenjak dari tahun 2010 atau 2011 lagi.. Restoran ini dibuka awal, mungkin dari jam 5 atau 6 petang kerana semalam ida pergi lebih kurang jam 7 lebih, pelanggan sudah ramai berada di restoran berkenaan.. Jika mahu makan ikan seperti siakap, kerapu dan lain-lain, anda perlu datang awal kerana ikan-ikan tersebut akan habis.. Jadi, rugilah rasanya datang jika tidak dapat order ikan-ikan itu..

Lagi satu yang ida suka tentang restoran ini, servisnya cepat.. Kebiasaannya, pelayan di kedai ini adalah lelaki.. Sebaik kita duduk, mereka akan datang ambil order dan rasanya tak sampai kot setengah jam semua makanan dan minuman yan diorder telah sampai (tak ingat semalam nak tengok jam berapa lama, tapi memang sekejap sahaja kami menunggu makanan sampai)..

Ida kongsikan apa yang kitorang order semalam ye..
Nasi (8 orang makan)
Ikan siakap - 2 ekor (masak stim halia dan sweet sour)
Sayur kailan (2 orang makan)
Sayur kangkung (2 orang makan)
Sup perut (1 orang makan)
Sup tulang (1 orang makan)
Telur dadar (2 orang makan, 2 pinggan)
Udang celup tepung (2 orang makan)
Sotong celup tepung (2 orang makan)
Mee goreng takde sayur dan tak pedas (haikal punya)
Tom yam (2 orang makan)
Air carrot susu, laici (2), tea o ais laici, milo tabur, honey dew, fresh orange, air batu kosong (3)
Jumlah kesemuanya - rm160 (sepatutnya rm162, tapi tokey bagi rm160.. Semoga murah rezeki tokey ni)

Agak-agak anda kan, murah ke mahal harga yang ida bagi tu mengikut apa yang kitorang order?? Bagi ida murah dah tu, kalau tak salah harganya memang lebih kurang je dulu dan sekarang, servisnya pon masih sama macam dahulu (cepat).. Jika kami sekeluarga mahu makan besar macam ni, pilihan restoran kami hanyalah restoran ini..

Jika anda mahu mencuba dan ingin datang ke restoran ini senang sangat hendak mencarinya.. Jika anda dari Kuantan ke Gambang, restoran tersebut terletak betul-betul bersebelahan stesen minyak Shell dan Petronas batu 12.. Jika anda dari Gambang menghala ke Kuantan, anda perlu pusing semula untuk ke restoran tersebut.. Anda juga boleh menelefon dan menempah dahulu makanan jika anda mahu datang lewat dan risau kehabisan makanan yang anda mahu order ke no 016-973 7248..

Semoga entry ini dapat menbantu anda mencari restoran yang murah dan sedap di Kuantan..

























6 comments:

  1. Nampak menyelerakan masakannya. Tapi nak cuba makan kat sana jauh pulak...takpe lain kali kalau berkesempatan jalan ke kuantan kaminakan singgah makan di restaurant ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau k.nila dtg kuantan, boleh la kita jumpa.. jgn lupa roger2 ye kalau datang kuantan.. hihihi

      Delete
  2. memang best makan kat sini..sedap sngt2...servis cepat...

    ReplyDelete
  3. sedapnya tengok ikan tu...terliur jadinya. kalau jalan2 ke kuantan bila2 nanti boleh la singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ni fiza.. mari jalan-jalan kat kuantan.. boleh jumpa geng-geng kuantan.. hihihi

      Delete