Wednesday, November 26, 2014

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN HINGGA MENAMPAKKAN KEPALA BOTAK : CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR??

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Rambut gugur selepas bersalin?? Masalah rambut gugur selepas bersalin ini bukanlah perkara asing lagi.. Ramai yang mengalami masalah rambut gugur selepas bersalin ini.. Pernah ada seorang teman mengadu kepada ida bahawa rambutnya banyak sangat gugur selepas bersalin, sentuh, usap rambut pasti ada yang gugur.. Masa menyapu rumah, rambut yang gugur memang banyak atas lantai, itu tak campur waktu mandi lagi.. Rimas juga kan bila rambut gugur dengan banyak ni, botak dikepala tak usah cerita la, ditambah dengan rambut bersepah merata tempat.. Tak usah dicerita lah perasaan tu, malu, sedih semua ada..

Jom kita lihat, mengapakah terjadinya rambut gugur selepas bersalin ini..


9 PERKARA PERLU MAMA TAHU MENGAPA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN


1 - BARU BERSALIN
Masalah keguguran rambut selepas bersalin dialami oleh hampir semua ibu.. Seseorang ibu yang baru lepas bersalin boleh hilang antara 50-100 helai rambut setiap hari..

2 - HORMON
Untuk pengetahuan anda, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut berlaku..

3 - TIDAK AKAN BOTAK
Anda tidak perlu risau walaupun di awal kelahiran rambut banyak gugur tetapi ianya tidak akan buat anda menjadi botak.. Sebaliknya ia akan menjadi normal apabila anak menyambut ulang tahun pertamanya..

4 - RAMBUT DALAM FASA BEREHAT
Kebiasaannya, lebih kurang 85 hingga 95 peratus rambut tersebut terdapat 5 hingga 15 peratus rambut dalam fasa berehat..

5 - RAMBUT TUMBUH BAHARU
Selepas melalui fasa berehat, rambut tersebut akan gugur.. Kebiasaannya rambut akan gugur apabila kita menyikat atau ketika bersyampu rambut.. Tetapi jangan risau, rambut tersebut akan tumbuh baharu semula.. Purata rambut yang gugur bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari..

6 - PENINGKATAN HORMON ESTROGEN
Sewaktu kita hamil, tahap hormon estrogen akan meningkat dan menyebabkan lambatnya peringkat pertumbuhan.. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari..

7 - PENURUNAN HORMON ESTROGEN
Selepas kita bersalin, hormon estrogen akan menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk ke peringkat berehat.. Ini menyebabkan lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat..

8 - KEGUGURAN BERKURANGAN
Keguguran rambut yang luar biasa akan semakin berkurang dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung.. Ini akan mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin..

9 - RAMBUT PANJANG
Kebiasannya mereka yang memiliki rambut yang panjang lebih mudah perasan akan masalah keguguran rambut ini berlaku kepada mereka..

APA YANG MAMA PERLU LAKUKAN UNTUK MENANGANI MASALAH RAMBUT GUGUR


1 - MENCUBA PELBAGAI GAYA RAMBUT
Kita memang tidak dapat hentikan masalah keguguran rambut ini tetapi kita boleh mencuba pelbagai gaya rambut atau produk bagi menonjolkan gaya rambut lebat ketika dalam tempoh ini..

2 - MEMOTONG RAMBUT PENDEK
Ida pernah diperli suami ida tau berkaitan dengan rambut panjang ni.. Iayalah bila rambut panjang dan mengalami masalah rambut gugur memang nampak sangat la kan bila banyak rambut atas lantai.. Suami ida pernah cakap, potong botak jela rambut tu.. baru takde rambut gugur.. Sedih kan, bila suami cakap macam tu.. Penyelesaiannya, ida potong rambut pendek.. Selain mudah untuk diurus, rambut juga kurang gugur berbanding semasa rambut panjang..

3 - MEMILIH SYAMPU YANG SESUAI
Anda boleh juga memilih untuk membeli syampu yang diperkaya dengan vitamin B, yang mengandungi khasiat bunga telang atau syampu/krim berasaskan minyak kelapa/pati santan.. Ia dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur serta menjadikan rambut tebal dan cantik seperti sedia kala..

4 - SIKAT RAMBUT
Anda boleh memilih sikat rambut jenis lembut dan sikat dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak.. Seeloknya pilihlah sikat yang bergigi jarang.. Selain itu, anda boleh juga mengelakkan menyikat rambut ketika rambut basah.. Ketika keringkan rambut dengan tuala, jangan terlalu kuat kerana ketika rambut basah, struktur rambut tersebut lebih rapuh dan lebih mudah gugur..

5 - ELAK MEMBUAT RAWATAN RAMBUT
Anda perlu mengelakkan melakukan rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarna, melurus sehingga keadaan rambut kembali normal.. Selain itu, elakkan memakai wig kerana ia akan menyebabkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut..

6 - AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Perkara ini sangat penting sebenarnya tetapi ramai para ibu tidak mengamalkannya.. Pengambilan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi amat membantu pertumbuhan rambut yang sihat.. 

7 - BERJUMPA DOKTOR
Sekiranya anda mengalami masalah r\keguguran rambut yang sangat serius, segeralah berjumpa dengan doktor.. Ini kerana mungkin terdapat gejala lain seperti petanda penyakit postpartum thyroiditis..

Nanti ida akan kongsikan apakah makanan yang dapat membantu mengurangkan terjadinya masalah keguguran rambut ye.. Tapi ida nak kongsi satu rahsia.. Selain mama, ibu, ummi, melakukan perkara yang ida kongsikan di atas, kalian boleh amalkan pengambilan supliment juga tau.. 

Sebelum ida kongsikan apakah supliment yang sesuai untuk mengatasi masalah keguguran rambut ini, jom kita lihat apa kata akak comel ni tentang masalah yang dihadapinya.. 


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

SUPLIMENT MEMBANTU MENCEGAH MASALAH KEGUGURAN RAMBUT


Supliment yang ida maksudkan itu adalah supliment dari Shaklee iaitu untuk masalah keguguran rambut.. Jom kita lihat supliment apakah yang dapat membantu mengurangkan masalah keguguran rambut daripada berlaku..

1 - ZINC COMPLEX : Berfungsi mengawal hormon didalam badan dan membantu penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan pada kulit kepala..


2 - BCOMPLEX : Inositol salah satu vitamin B membantu pertumbuhan rambut.. B12 pula adalah satu lagi vitamin B yang menghalang keguguran..


3 - ESP : ESP mengandungi protein dimana dapat membantu pertumbuhan rambut yang sihat..


4 - REVITALIZING SHAMPOO (RAMBUT GUGUR / KELEMUMUR) : melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.. Sistem pembersihan yang lembut dan berpaten,, Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringka rambut..



5 - LIGHTWEIGHT CONDITIONER (RAMBUT GUGUR / KELEMUMUR) : Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit.. Mengembalikan eleman struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat.. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus..


6 - PURIFYING SHAMPOO (RAMBUT GUGUR / BERMINYAK/ BERKELEMUMUR) : Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain.. Mengekalkan keseimbangan lipis dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut.. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat dan rambut juga tidak berkelemumur..


7 - REPLENISHING CONDITIONER ( RAMBUT GUGUR / BERMINYAK / BERKELEMMUMUR) : Perapi dan pelembap yang pekatbagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera.. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi..                                     






ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

11 comments:

  1. Masalh yang selalu dihadapi selaps hamil..kalau saya semas hamil pun ada hadapi masalh ni..

    Tips Cepat Hamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dsebabkan perubahan hormon kn.. Ida plk masa hamil kurang rambut gugur tp lps bslin bnyk sgt..

      Delete
  2. majoriti selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut...saya amalkan zinc dan ESP utk keguguran rambut

    ALFALFA BAGUS UNTUK KESIHATAN DALAMAN WANITA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya amalkan zinc n esp pun dah dapat kawal keguguran rambut kan..

      Delete
  3. Teringin jugak nak cuba syampu shaklee ni...kawan-kawan kata sangat best guna syampu ni...insyaallah bulan ni nak order lah.

    9 makanan pantas bakar lemak

    ReplyDelete
  4. saya amalkan shampoo dari shaklee dan ambik zinc untuk atasi masalah rambut gugur selepas bersalin, sekarang alhamdulillah dah semakin ok

    Kepentingan Lecithin Nyata Diperlukan Badan Anda

    ReplyDelete
  5. Saya cuma alami masalah ni selepas bersalin anak yg pertama sahaja. Info yg jelas, terima kasih

    ReplyDelete
  6. Thanks, Info menarik. kak Tun pun memang pakai syampu ni. Tambah dengan ESp dan zinc juga

    Kerana Alfalfa Complex Shaklee.....Suamiku Kini BERUBAH!!

    ReplyDelete
  7. Suka sangat shampoo ni. Testimoni semua kata rambut kekal wangi walau bertudung. :)

    ReplyDelete
  8. Wangi x shampoo ni?sbb x de kesempatan nak beli..sy pun ada masalah rambut gugut tp belum di tahap yg serius dan merisaukan

    ReplyDelete