Friday, November 28, 2014

NUTRISI UNTUK OTAK KANAK-KANAK YANG SEDANG MEMBESAR : SUMBER MAKANAN TERBAIK UNTUK SIMANJA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk perkembangan otak dan fizikal kanak-kanak.. Pada peringat awal usia mereka, otak kanak-kanak sedang berkembang degan pesat dan memerlukan nurient yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum.. Dengan pengambilan pemakanan yang berkhasiat serta nutrient yang mencukupi, otak mereka akan berkembang sehingga 90% pada usia 5 tahun..



NUTRIENT YANG PENTING KEPADA OTAK KANAK-KANAK


Untuk perkembangan otak yang optimum, terdapat beberapa keperluan nutrient yang diperlukan oleh simanja didalam pemakanan mereka.. Antara nutrient tersebut adalah DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zinc dan asid folik.. Jom kita kupas mengapa ke empat-empat nutrient tersebut penting kepada otak kanak-kanak..


1 - DHA
Asid dokosaheksaenoik atau lebih dikenali sebagai DHA adalah sejenis asid lemak omega-3 yangboleh didapati didalam setiap sel pada tubuh..  Selain otak, DHA juga amat penting kepada mata dan sistem saraf pusat.. Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati bahawa kanak-kanak yang berusia enam bulan sehingga berusia dua tahun memerlukan sumber DHA sebanyak 100 miligram untuk perkembangan otak mereka..

DHA adalah elemen utama yang diperlukan bagi membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain.. Selain itu, DHA juga dapat mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetylcholine sekaligus membantu sel otak berhubung.. Apabila kita memberi anak diet harian yang kaya dengan sumber DHA, ianya akan membantu kanak-kanak lebih fokus dan dapat memberi tumpuan ketika bermain dan belajar.. Antara makanan yang mengandungi sumber DHA adalah ikan, telur dan ayam..

2 - ZAT BESI
Untuk mencegah anemia, zat besi sangat diperlukan dalam pembentukan haemoglobin dalam sel darah merah.. Untuk pengetahuan anda, otak kanak-kanak sangat sensitif terhadap paras zat besi yang rendah..Akibat kekurangan zat besi yang berlaku dikalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan belajar mereka.. Kanak-kanak yang mempunyai simptom seperti Attention Deficit Hyperactivity Disoder (ADHD), pucat dan lesu adalah akibat daripada kekurangan zat besi malah turut menyebabkan mereka hilang tumpuan.. Antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti daging merah, limpa, hati, ikan bilis, tauhu dan juga tempe..

3 - ZINK
Zink sangat penting kepada fungsi otak yang betul, malah kekurangan zat besi juga dikaitkan dengan kelemahan kognitif kanak-kanak.. Punca tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kekurangan selera makan adalah akibat dari kekurangan zink.. Sumber terbaik zink adalah daging dan makanan laut.. Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink yang tinggi..

4 - ASID FOLIK
Asid folik atau folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak.. Asid folik penting untuk pembinaan DNA di dalam setiap sel.. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut.. Kanak-kanak yang sering letih, lesu, kurang tumpuan cepat marah dan pelupa adalah kesan daripada kekurangan asid folik.. Sumber terbaik bagi asid folik adalah sayur-sayuran hijau..

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KEPADA KANAK-KANAK


Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu ibu-ibu elakkan daripada memberi anak-anak makan.. Antaranya ialah makanan bergaram, makanan yang mengandungi MSG dan plumbum.. Makanan-makanan jenis tersebut akan memberi kesan yang tidak baik kepada tumbesaran kanak-kanak.. Jom kita lihat, apakah kesan mudarat kepada kanak-kanak jika diberi makanan sedemikian..

MAKANAN BERGARAM
Sekiranya kita memberi anak-anak makan makanan yang bergaram, bukan sahaja akan menjadi pemangkin kepada masalah tekanan darah tinggi dan arteriosclerosis tetapi juga akan menyebabkan arteri rosak.. Sekiranya keadaan ini berterusan akan menyebabkan bekalan darah ke tisu otak yang akan menyebabkan sel-sel otak mengalami ischaemia dan hypoxia yang menyebabkan otak terencat dan hilang memori.. Keperluan garam bagi tubuh orang dewasa adalah 7 gram sahaja manakala untuk kanak-kanak pula kurang daripada 4 gram sehari.. Disebabkan itu, ibu bapa tidak digalakkan memberi anak-anak makanan yang banyak garam seperti jeruk dan makanan ringan..


MAKANAN YANG MENGANDUNGI MSG
            Terdapat kajian perubatan menunjukkan bahawa ibu hamil yang mengambil atau selalu makan makanan yang mengandungi MSG di akhir kehamilan mereka, boleh menyebabkan kekurangan zink kepada bayi yang dikandung.. Kekurangan zink ini boleh menyebabkan gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit turut terjejas.. Kita boleh melihat tanda-tanda seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink apabila mereka hilang selera makan, tiada deria rasa dan susah sembuh.. Oleh yang demikian, World Health Organization menggalakkan agar wanita hamil serta kanak-kanak tidak diberi makanan yang mengandungi MSG..


PLUMBUM
Kandungan plumbum yang tinggi didalam tubuh sangat membahayakan.. Plumbum boleh mengganggu fungsi otak manusia.. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan menjadi hiperaktif dan sawan.. Secara umumnya, plumbum boleh diperolehi daripada tanah yang tercemar, serpihan-serpihan cat, debu yang mengandungi plumbum, air yang dimasak atau disimpan dalam bekas yang mengandugi plumbum, buah-buahan terutama yang berasid diletakkan didalam bekas berplumbum dan pensel warna atau warna air (apabila dimasukkan kedalam mulut)

Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai pada tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil.. Oleh itu, kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan plumbum didalam darah adalah sifar.. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum kerana plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang.. Pengumpulan didalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semulajadi sel-sel di dalam tubuh..

Kanak-kanak mudah terdedah kepada kandungan plumbum tinggi terutama bagi yang gemar memasukkan apa jua barangan ke dalam mulut mereka.. Kanak-kanak juga berupaya menyerap 50 peratus plumbum lebih tinggi berbanding orang dewasa.. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami zat makanan.. Kajian perubatan menunjukkan bahawa plumbum boleh membunuh sel otak dan merosakkan otak..

sumber rujukan MAJALAH PAMA

SUPLIMENT YANG DAPAT MEMBERI NUTRIENT KEPADA PERKEMBANGAN OTAK DAN PEMBESARAN SI MANJA


1 - OMEGA GUARD : Omega guard mengandungi omega-3 yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting kepada perkembangan otak si manja.. Untuk ketahui lebih lanjut mengapa omega guard bagus untuk perkembangan kanak-kanak, anda boleh lihat di link ini -> MENGAPA OMEGA GUARD PENTING KEPADA KANAK-KANAK..


2 - MEALSHAKE : Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.. Mealshake membantu dalam tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium.. Anda boleh membaca di link entry ini untuk ketahui mengapa para ibu perlu memberi mealshake kepada simanja mereka -> 10 SEBAB MENGAPA KANAK-KANAK PERLU MEALSHAKE..


3 - CHEWABLE VITA C : Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging.. Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan.. Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang sukar menelan tablet.. Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan..






                           SAYA NAK BELI SET ANAK-ANAK SIHAT DAN BIJAK




ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

9 comments:

  1. omega adalah salah satu suplemen untuk anak-anak..masa makin suntuk jika ingin borong omega kerana promosinya sehingga 30.11.2014 sahaja

    SEJUKKAN BADAN ANAK YANG DEMAM

    ReplyDelete
  2. memang 3 serangkai ni mak jemah pastikan bagi kat anak setiap hari...

    ReplyDelete
  3. Anak-anak saya juga diberikan semua ketiga-tiga ni, alhamdulillah jarang jatuh sakit, kalau demam pun cepat sembuh dan ketara fokus lebih baik

    ReplyDelete
  4. Anak boleh terima mealshake.. Vit c dan omega memang la payah..

    Cara Bernafas Ketika Bersalin

    ReplyDelete
  5. Anak saya ambik omega dan mealshake jer ...vit c katanya masam..hadoi la tak tau nak uat cmne..

    Indeks Glisemik Rendah

    ReplyDelete
  6. Msg Mmg membunuh.. Bhaya betul.. Tak guna kat rumah, tapi Kalau mkn di luar, org guna.. Sbb tu kna make sure kita ambil supplement tmbahan utk bntu anak2 ini..

    BAHAN ASID APAKAH YANG TERDAPAT DI DALAM MINUMAN BERGAS??

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,sejak kecil lagi saya dah diajar amalkan minyak ikan. Memang sangat2 membantu saya dalam pelajaran.

    ReplyDelete
  8. Ramai tak kisah bagi je anak makan macam-macam makanan ringan. Tapi tak ramai yang kisahkan keperluan nutrisi buat mereka.

    ReplyDelete