Saturday, November 29, 2014

HARI JADI ANAK SEMAKIN DEKAT DAN TIDAK TAHU MAHU BUAT APA?? : TIPS DAN LANGKAH RAIKAN HARI JADI ANAK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Setiap ibu bapa pasti ingin sambutan hari jadi anak disambut dengan meriah terutama jika anak itu adalah anak pertama yang lahir dari hasil perkongsian hidup anda berdua.. Ida juga masih ingat lagi, bagaimana meriahnya sambutan hari jadi yang pertama anak sulung ida.. Bagi ibu bapa yang baru pertama kali mahu meraikan hari jadi anak, pasti tidak tahu apakah yang perlu dirancang dan perlu dibuat untuk memastikan hari jadi anak meriah kan.. Yang penting sekali anak gembira dan selesa ketika sambutan hari jadi mereka nanti..

Sekiranya anak anda sudah bersekolah, pastinya dia teruja jika dia ikut serta didalam atur cara majlis yang dia impikan dan dia dapat memberi cadangan tema apa yang dia ingin buat ketika jamuan hari jadi dia nanti.. Sudah tentu anak-anak akan berasa gembira sekiranya dapat membantu anda membuat persediaan untuk hari jadinya nanti..

Jom ikuti apakah langkah-langkah yang boleh membantu anda untuk melancarkan sambutan hari jadi anak anda..

ihsan dari google dari laman web http://ladywa.blogspot.com/2013/06/asssalamualaikum-w.html

LANGKAH-LANGKAH RAIKAN HARI JADI SI MANJA


LANGKAH 1
¤ Memberi gambaran atau bercerita dengan si manja tentang idea jamuan hari jadinya enam minggu sebelum majlis berlangsung
¤ Berbual-bual dengan si manja untuk membayangkan suasana perjalanan majlis tersebut..
¤ Dengarlah impian serta imaginasi si manja..
¤ Berbuallah secara santai dan realistik.. Jika anda hanya mampu menjemput 8 orang sahaja rakannya dan tiada bajet untuk menyewa 'bouncy house'. beritahu si manja sejak dari awal..
Tips : Jika ada bajet, kebanyakan ibubapa kini lebih gemar mengadakan jamuan hari jadi di rumah atau menempah kek cawan untuk diberikan kepada seluruh rakan sepermainan si manja..

LANGKAH 2
¤ Rancang perjalanan majlis empat minggu sebelum majlis berlangsung..
¤ Pilih tema tertentu dan rancang satu atur cara yang menyeronokkan..
¤ Bantu simanja untuk memilih tema impiannya.. Apabila anda ada idea tertentu, anda boleh fokus dan merancang setiap eleman jamuan tersebut secara efektif..
¤ Tetapkan satu tarikh yang pasti, kronologi dan lokasi untuk majlis tersebut.. Tempoh 2 jam adalah peruntukan masa yang paling ideal untuk mengadakan majlis hari jadi si manja..
¤ Buat anggaran bajet berdasarkan senarai semak ( di bawah ) sebagai panduan anda..
¤ Mulakan tempahan seperti lokasi atau alatan tertentu dari sekarang..
Tips : Anda memerlukan masa tambahan (extra satu atau dua minggu) bagi merancang majlis hari jadi si manja jika jamuan tersebut ingin diadakan sewaktu cuti umum..

LANGKAH 3
¤ Kirimkan kad jemputan dua atau tiga minggu sebelum majlis berlangsung..
¤ Berseronoklah dengan si manja sebelum majlis berlangsung dengan menghasilkan kad jemputan..
¤ Peruntukkan satu masa khusus untuk menyusun senarai tetamu yang ingin dijemput..
¤ Nyatakan alamat penuh lokasi majlis agar jemputan boleh mencarinya dengan mudah..
Tips : Anda boleh mengirim jemputan secara online untuk menjimatkan kos pos serta mendapat maklum balas kehadiran dengan lebih pantas..

ihsan dari google

LANGKAH 4
¤ Membeli-belah keperluan jamuan seminggu sebelum majlis berlangsung..
¤ Buat satu bajet khusus serta senarai semak yang diperlukan dalam majlis tersebut..
¤ Buat senarai lengkap berpandukan senarai semak yang diberikan (dibawah) dan belilah keperluan untuk dekorasi serta peralatan jamuan tersebut..
¤ Pertimbangkan juga pembelian barangan untuk aktiviti bebas seperti peralatan kraftangan serta barangan untuk menjayakan permainan dalam jamuan tersebut..
¤ Tempah kek hari jadi.. Jangan beli makanan segaar atau mudah rosak seawal dua hari sebelum majlis..
¤ Hubungi pihak penyewa dan sahkan tempahan anda..
Tips ; Luangkan masa untuk membeli-belah barangan dekorasi dan peralatan jamuan..

LANGKAH 5
¤ Mulakan persiapan sepenuhnya sehari sebelum majlis berlangsung..
¤ Peka dengan setiap perancangan yang telah dirangka sehari sebelum majlis berlangsung..
¤ Bersihkan rumah anda dan persiapkan ruang jamuan.. Mulakan dekorasi untuk jamuan..
¤ Sediakan beg aktiviti, permainan dan cenderahati..
¤ Ambil tempahan kek atau anda boleh mula menghasilkan kek sendiri di rumah..
¤ Pada hari jamuan berlangsung :
  • Jangan kelam kabut sekiranya ada perkara yang tercicir daripada senarai anda
  • Sediakan makanan sejak dari pagi
  • Sediakan belon yang berisi gas helium dan ais dua jam sebelum majlis bermula..
  • Hubungi dan tempah penghantaran makanan seperti pizza..
  • Sediakan hidangan makanan 30 minit sebelum majlis bermula dan tutup makanan tersebut agar tidak tercemar..

SENARAI SEMAK UNTUK ANGGARAN BAJET


Senarai ini anda boleh digunakan untuk membantu anda membuat anggaran untuk bajet anda.. Sekaligus, dapat merancang jamuan tersebut secara menyeluruh..

  • ALAT TULIS : Menyediakan dan mengirimkan kad jemputan..
  • DEKORASI PINTU MASUK : Belon dan banner pada pintu masuk
  • DEKORASI DALAMAN : Hiasan mengikut tema yang dirancang seperti poster, reben dan sebagainya..
  • DEKORASI MEJA : Buffet dan alas meja..
  • BEKALAN JAMUAN : Pinggan, cawan, tuala dan perkakas lain..
  • SEWAAN : Meja, kerusi, khemah
  • SEWAAN PERMAINAN : Bouncy haouse, badut
  • AKTIVITI : Mencari harta karun, permainan kreatif tertentu..
  • FOTO DAN VIDEO : Juru foto, jurukamera
  • MAKANAN : Menu utama dan makanan ringan
  • MINUMAN : Air, soda, ais
  • KEK DAN LILIN
  • CENDERAHATI : Hadiah, goody bags dan pembungkusan
  • LOKASI : Sewa, yuran

Berikut adalah langkah-langkah yang dapat memastikan jamuan hari jadi anak anda berjalan dengan lancar, teratur dan tentu sekali meriah.. Semoga tips kali ini dapat membantu anda membuat persediaan dengan rapi..              
     
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

9 comments:

  1. Wah.. Seriously Mmg teruja Kalau smbutan mcm ni.. Smua ibu nak happykan anaknya.. Bukan selalu.. Stahun hnya sekali.. Lagi save Kalau Rmai anak2 yg sama Bulan lahir.. Smbutan sekali, Tpi meriah.. Tq tips yg Berguna sis..
    TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS

    ReplyDelete
  2. Seriously huda xpernah sambut birthday anak walau sekali..huhu.kekadang tringin jugak. Tapi husband xmo..

    JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

    ReplyDelete
  3. Setiap sambut hari jadi anak memang kami kekurangan idea, terima kasih dear atas tips dan perkongsian ini, Moga hari jadi anak di tahun hadapan boleh buat special sikit untuk mereka.

    Pedas Yang Membawa Banyak Manfaat Bagi Kesihatan

    ReplyDelete
  4. saya biasa buat yang simple jer..bawak kek dan barang2 lain ke tadika jer..

    Masalah Kesuburan

    ReplyDelete
  5. kak tun pun buat simple je. ikut bajet katakan... tapi mereka tetap hepi... sebabnya ada KEK.... hihih

    Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

    ReplyDelete
  6. Saya sejak duk rumah parents ni rajin pulak buat birthday party anak-anak, mungkin sbb parents saya yang teruja nak buat. Ikutkan saya dan husband, beli kek sebiji dgn topi,topeng,belon dorg dh cukup happy

    ReplyDelete
  7. we provide kids table and chair for rental. Do SMS/Whatsapp at +60123288522 Let your child enjoy doing activity and dining at GREAT setting table!!

    ReplyDelete