Tuesday, November 25, 2014

BAGAIMANA MAHU KEKALKAN BERAT BADAN SIHAT DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BETUL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Bagaimana mahu kekalkan berat badan yang sihat?? Sebenarnya, tidaklah sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat jika anda tahu caranya.. Selain mengamalkan pemakanan seimbang, anda juga perlu melakukan aktiviti fizikal atau bersenam dengan konsisten.. Dengan melakukan dua perkara ini secara konsisten tanpa culas, insyaallah anda dapat mengekalkan berat badan yang sihat.. Disini ida akan kongsikan lapan panduan yang kita boleh amalkan untuk memulakan kehidupan lebih sihat.. 

Artikel ini disediakan oleh Prof Madya Dr Zaitun Yassin, Bendahari Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia & Dr Mahenderan Apukutty, Penolong Setiausaha Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia..

8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL SIHAT


Jom kita ikuti apakah lapan panduan makan untuk kekalkan berat badan yang sihat..

1 - MAKANAN YANG SEIMBANG DAN PELBAGAI
Di dalam diet harian kita perlulah ada kelima-lima kumpulan makanan seperti di dalam piramid makanan iaitu bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan produk tenusu.. Selain daripada mengambil makanan seimbang, kita perlu makan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan tersebut.. Ini bukanlah bermakna  kita perlu makan banyak dalam satu-satu masa tetapi makan makanan yang berlainan jenis daripada kumpulan makanan yang sama..


2 - AWASI SAIZ HIDANGAN
Bilangan sajian yang disarankan setiap hari adalah seperti berikut :


3 - KURANG LEMAK DAN MINYAK
Sekiranya anda makan di luar, pilihlah makanan yang disediakan dengan kaedah memasak yang lebih sihat seperti kurang minyak dan kurang lemak.. Semasa masak di rumah juga anda perlu mempraktikkan perkara yang sama iaitu ketika memasak kurangkan minyak.. Sekiranya anda memasak sendiri dirumah, anda boleh mengawal jenis bahan dan rempah yang dimasukkan ke dalam makanan agar dapat mengurangkan kandungan lemak dan minyak..
 
4 - KURANGKAN GULA DIDALAM MAKANAN ATAU MINUMAN
Anda perlu kurangkan keinginan makan makanan manis selepas makan.. Gula yang terkandung di dalam makanan atau minuman dianggap sebagai kalori tidak perlu di mana boleh menyebabkan pertambahan berat badan.. Kita perlu berhati-hati dengan gula yang tersembunyi di dalam makanan.. Sekiranya anda terlalu inginkan makanan yang manis, anda boleh menggantikannya dengan buah-buahan..


5 - KENYANG DENGAN SERAT
Diet yang kaya dengan sert dapat membantu anda untuk berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.. Ini dapat mengelakkan anda daripada terlebih makan untuk satu hidangan dan kurang makan sepanjang hari.. Sumber terbaik bagi serat diet adalah kekacang.. Selain itu, anda boleh juga dapatkan sumber serat yang lain daripada bijirin penuh dan produk bijirin penuh seperti beras perang, oat, jagung dan roti bijirin penuh..




6 - AMALKAN MASA MAKAN YANG TETAP 
Sekiranya anda meninggalkan waktu makan atau mengambil masa yang lama antara waktu makan, badan anda akan mengganggap bahawa anda sedang lapar.. Ini akan  menyebabkan anda makan terlalu banyak pada waktu makan yang berikutnya.. Anda hanya perlu memastikan masa makan anda adalah tetap dan ini akan dapat mengurangkan rasa lapar dan pengambilan makanan yang berlebihan..
 
7 - RANCANG HIDANGAN TERLEBIH DAHULU
Kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita makan sepanjang hari dengan cara menerapkan rancangan atau jadual makanan yang seimbang dan mudah dalam pengambilan makanan.. Kita hanya perlu rancang makanan kita dan keluarga sama ada harian atau mingguan untuk memastikan kita dapat mengawal apa dan berapa banyak kita mahu makan setiap hari.. Dengan cara ini, kita dapat mengambil makanan mengikut kadar pengambilan harian seperti yang disarankan dan mengekalkan pengambilan tenaga yang seimbang..

8 - FAHAMI PANEL MAKLUMAT PEMAKANAN PADA LABEL MAKANAN UNTUK PRODUK MAKANAN YANG DIBUNGKUS
Produk makanan yang dilabelkan sebagai 'rendah lemak' tidak bermakna produk makanan tersebut rendah kalori.. Sama juga halnya dengan produk yang dilabelkan 'bebas kolestrol' tetapi mungkin ianya masih tinggi kandungan lemaknya.. Dakwaan pemakanan seperti ini tidak semestinya bermaksud produk makanan tersebut adalah pilihan makanan yang sihat.. Justeru itu, jangan membuat keputusan berdasar dakwaan itu sahaja tetapi turut mengambil kira kandungan nutrien dalam Panel Maklumat Pemakanan..


Itulah diantara 8 panduan makan untuk kekalkan berat badan yang sihat.. Selain itu, kita boleh lakukan latihan fizikal.. Untuk ketahui latihan fizikal apa yang kita boleh lakukan, jom lihat di 10 LATIHAN TOP UNTUK KURUS DAN LANGSING DENGAN MUDAH DAN PANTAS.. 

sumber rujukan MAJALAH RAPI
 
         
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

23 comments:

  1. perkongsian menarik...di samping menjaga pemakanan, boleh juga amalkan makanan tambahan

    SET SLIMMING PUJAAN HATI

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat dear...manjaga berat badan sangat penting agar kesihatan tetap terjaga.


    rawat kayap segera sebelum terjadi komplikasi yang teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu k.nila.. Kena la jaga kecantikan bdn dan kesihatan jg kn..

      Delete
  3. Sebelum nie tak kisah sangat pasal nutrition facts. Siap ada bahagian color lagi ye. Now i know..hehe. tq dear..^_^*

    JommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la.. Sblm ni tak tahu pun maksud yg dia catatkn tu.. Skrg blh la bhati-hati dlm pmilihan produk mknn kn..

      Delete
  4. Info yang sangat bagus, selama ni main makan je selagi lapar asalkan bukan makanan yang manis dan tinggi garam, hihi.
    Terlalu Kurus? Jom Tambah Berat Badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Betul tu.. Kalau kena mknn yg manis, terus surrender.. Klau mknn masin plk mesti pening kple.. Hihi

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Amalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat

    Panduan Untuk Si Manja minum guna cawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Semoga bermanfaat untuk asma ye..

      Delete
  6. Info yang sangat berguna untuk mereka yang betul-betul menjaga kesihatan diri.

    ketahui kepentingan kalsium

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Kita pun blh praktikkan cara hidup sihat ni kan..

      Delete
  7. Ramai org yang tak faham konsep atau gaya pemakanan.. Yg tau hny nak diet.. Nak diet, tapi tak makan.. Itu pn dah salah..Nak diet n mkn cucur bergoreng seharian.. Dah salah.. So, crilah Sid yg blh bntu diet anda dgn Cara yg betul, dgn bntuan supplement. Insyaallah berkesan..
    Jom Join Segmen Blogwalking!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Maksud diet bukanlah tidak makan langsung.. Kita perlu ambil serba sedikit dr setiap kumpulan mknn.. Dgn cara pengambilan supliment yg btl jg dpt mbantu, yg penting SID tu dapat memberi panduan yg betul..

      Delete
  8. Komited tu penting kalau nak jaga pemakanan agar lebih seimbang..

    ReplyDelete
  9. Makan jangan ikut tekak. Ikut keperluan. Sebab tu Rasulullah s.a.w ajar kita berhenti makan sebelum kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak.. Makan berpada-pada.. Jangan tertipu dgn rupa mknn yg sedap tu kn..

      Delete
  10. Nak naikkan berat sangat senang bagiku. Tapi bila nak turun nauzubillah. Apapun, yang penting pastikan gizi seimbang..dan saya amalkan senaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita.. Teruskan bersenam ye nadia.. Wlaupun berat susah nk turun tp tahap kesihatan seperti paras kolestrol ok, mungkkin xperlu risau sgt kn.. Blh cbe turunkn berat slow2..

      Delete
  11. Nice sharing... thanks untuk info ni. Ramai yang main belasah je kalau beli ape2 termasuk lah saya. tak baca kandungan nutrisi nya kan... hihihi

    Cara Meningkatkan Selera Makan Anak-anak Agar Suka Makan Makanan Berkhasiat

    ReplyDelete