Tuesday, September 2, 2014

RESEPI TAUHU TELUR

FENOMENA TAUHU TELUR KINI MELANDA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini ida hendak cerita tentang resepi tauhu telur yang menjadi kegemaran ibu-ibu untuk memasak kepada keluarga mereka termasuklah ida juga.. Ida cuba membuat resepi ini malam semalam.. Malas hendak masak nasi, ida pun mencuba la resepi tahu telur ini..

Tidaklah susah mana pun nak buatnya, senang dan mudah sangat.. Bahan-bahannya pun mudah hendak dicari.. Bila ida cerita ke suami ida Encik Fadil yang ida nak cuba buat resepi ini, berkali-kali dia bertanya macam mana rupa makanan tu, sedap ke tidak? Haa, soalan itu akan terjawab apabila sesi memasak sudah selesai la kan.. Jom kita baca resepi dia dulu..

BAHAN-BAHAN TAUHU TELUR


  1. 4 keping tauhu putih
  2. 2 tiub tauhu lembut & tauhu telur
  3. Segenggam isi udang ( disebabkan tiada udang, ida letak isi ayam dan 1 biji kentang.. korang boleh juga letak daging)
  4. 2 biji telur
  5. 2 biji lada merah (dicincang halus) (jika nak lagi pedas boleh ditambah lagi)
  6. Sedikit daun bawang (di mayang halus) (boleh juga nak guna daun sup)
  7. Sedikit serbuk secukup rasa Maggie ( ida guna garam je sebab tak ingat nak beli)

CARA MEMASAK


  1.  Bahan dari nombor 1 hingga 4 hendaklah di blender sehingga lumat.. Jangan di letak air kerana nanti adunan akan cair dan lembik
  2. Setelah diblender kesemuanya, tuangkan di dalam bekas lain dan campurkan kesemua bahan dari nombor 5 hingga 7
  3. Gaulkan sebati kesemua bahan-bahan tersebut
  4. Setelah sebati, masukkan didalam loyang ( ida guna bekas plastik aiskrim je)
  5. Kukus adunan tersebut selama 20 hingga 30 minit
  6. Apabila siap dikukus, biarkan sejuk dahulu baru dipotong ( betul-betul sejuk tau, sebab ida buat semalam tak tunggu sejuk betul-betul terus potong.. tauhu telur jadi berkecai isi dia)
  7. Setelah itu, ambil lagi 2 biji telur dan dadarkan telur tersebut
  8. Celupkan tauhu telur yang dipotong tadi kedalam telur
  9. Gorengkan sehingga kekuningan
  10. Selamat untuk dihidangkan


Itulah bahan-bahan dan cara-cara untuk buat Tauhu Telur.. Setelah selesai masak, sedap dimakan dengan sos cili.. Anda boleh juga nak cicah dengan apa-apa jenis pencicah.. Sebenarnya, tauhu telur sedap dimakan masa minum petang sambil santai-santai dengan keluarga.. Selamat mencuba resepi tauhu telur ni ye kawan-kawan..

Ini antara gambar yang ida sempat ambil ketika memasak tauhu telur ini..








 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com 
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

1 comment: