Wednesday, September 17, 2014

INGIN MENGETAHUI PUNCA BAYI MENANGIS??

TEKNIK KETAHUI PUNCA BAYI MENANGIS


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Bagi wanita yang baru bergelar ibu pasti akan mula resah apabila bayi menangis.. Ini kerana kita masih tidak pandai untuk memahami punca bayi menangis.. Bagi yang telah lama bergelar ibu bapa pasti tidak menjadi masalah kepada mereka untuk menangani masalah ini, tetapi tidak kepada yang baru bergelar ibu bapa..

Sebelum anda mahu menenangkannya, cuba ketahui punca kenapa bayi anda menangis.. Setelah mengetahui kenapa bayi anda menangis, barulah senang untuk anda menenangkannya mengikut punca bayi anda menangis.. Disini terdapat beberapa panduan untuk anda mengetahui punca bayi anda menangis..


PUNCA BAYI MENANGIS

1 - PENYAKIT
 Kemungkinan bayi anda menangis disebabkan oleh demam, selsema, batuk atau penyakit lain, terutama bunyi tangisannya berbeza daripada biasa.. Sekiranya bayi anda mengalami selsema, mungkin hidungnya tersumbat dan menyebabkannya sukar untuk menyusu dan menghisap jarinya.. Disebabkan itu, dia sukar untuk menenangkan dirinya dengan cara yang biasa walaupun tidak begitu teruk sakitnya.. Seringlah bawa berjumpa dengan doktor sekiranya bayi menunjukkan simptom yang luar biasa..

2- RUAM
Sekiranya bayi anda mengalami masalah ruam seperti ruam lampin atau ruam panas yang menyebabkannya berasa gatal boleh menyebabkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.. Sekiranya bayi anda mengalami masalah ruam lampin sehingga menyebabkan punggungnya sakit, tanggalkan lampinnya dan bersihkan punggungnya dengan sempurna.. Biarkan bayi anda tanpa lampin sepanjang hari supaya kulitnya dapat bernafas dan dapat mengurangkan rasa gatal dipunggungnya.. Ambil langkah untuk menghentikan ruamnya daripada menjadi teruk dengan menyapu krim yang sesuai untuk masalah ruam..

3 - KOLIK
Masalah kolik secara kasarnya dikatakan sakit yang mencengkam didalam perut.. Ia dicirikan oleh satu corak jeritan yang tetap, asyik dan tidak dapat ditenangkan, yang berlaku pada satu masa tertentu setiap hari, biasanya lewat tengah hari atau petang.. Masalah ini timbul biasanya pada usia kira-kira 3 minggu dan berterusan hingga usia 12 atau 14 minggu.. tangisan bayi anda mungkin berlanjutan sehingga 3 jam.. Masalah kolik tidak berbahaya tetapi anda mungkin tidak dapat kenalpasti dan tidak menyedari kewujudan simptom lain yang serius..

4 -  KEADAAN PERSEKITARAN
Masalah persekitaran yang tidak selesa juga boleh menjadi punca bayi anda menangis.. Bayi anda mungkin berasa terlalu panas ataupun sejuk dan menjadi rimas dengan keadaan itu.. Sekiranya bahagian belakang lehernya berasa panas dan lembap ketika mahu tidur, jangan pakaikan bayi anda dengan pakaian yang terlalu banyak.. Ini akan menyebabkannya rimas dan tidak selesa.. Cahaya yang terang juga boleh menyebabkannya menangis untuk tidur.. Pastikan lampu atas atau cahaya matahari tidak menyinari matanya..


5 - KEPENATAN
Sekiranya bayi anda kepenatan, dia akan menunjukkanmenerusi rengekan, mengamuk, kemarahan dan akhirnya menangis.. Punca bayi kepenatan ini biasanya ditunjukkan oleh bayi yang sudah pandai meniarap, merangkak, berjalan dan berlari.. Ini kerana mereka berasa teruja untuk menerokai persekitarannya.. Apabila mereka sudah keletihan, mereka akan mula menunjukkan tanda-tanda untuk menangis.. Mandikannya agar badannya segar dan mudah untuknya lelapkan mata dan berehat..

6 - AKTIVITI YANG TIDAK DISUKAI
Aktiviti seperti memakai, membuang dan mandi merupakan rutin harian yang tidak dapat dielakkan malah mungkin akan membuatnya tidak selesa dan menangis.. Kebanyakan bayi baru lahir tidak sukakan aktiviti ini.. Apa yang anda perlu lakukan adalah lakukan aktiviti ini dengan secepat mungkin, kemudian belailah bayi anda untuk menenangkannya..

7 - TERLALU BANYAK KEKALUTAN
Sekiranya anda sering mendukungnya silih berganti antara anda dan suami, sering menukar lampin yang tidak perlu ditukar, bercakap dengan suara yang cemas dalam membincangkan tangisannya dan lain-lain malah tanpa anda sedari situasi tersebut membuatkan bayi anda semakin kuat menangis dan bayi akan lebih terganggu.. Dia mungkin hanya mahukan belaian dari anda..

Kenalilah bayi anda sebaik-baiknya dan semoga dengan info ini dapat membantu anda dalam menangani situasi anda ketika berhadapan dengan bayi menangis..
  
sumber rujukan MAJALAH PA&MA
            
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

1 comment: