Saturday, September 27, 2014

HARI SUKAN TADIKA PERPADUAN

PERTAMA KALI TERLIBAT SUKAN TADIKA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Pada hari ini telah diadakan Karnival Kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Kuantan Sempena Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2014 yang diadakan di UIA INDERA MAHKOTA.. Sempena karnival ini, kesemua Tabika Perpaduan di daerah Kuantan terlibat dalam menjayakan karnival ini.. Pelbagai acara yang dilakukan di karnival ini.. Bukan pelajar tadika sahaja yang mempunyai program tetapi ibu bapa dan adik beradik yang lain juga turut disediakan program untuk mereka..

Antara program yang disediakan untuk para pelajar ialah baling bola dalam bakul, susun warna, susun gambar bendera, jom ke sekolah (seorang pelajar jadi model manakala pelajar lain memakaikan pakaian sekolah) dan susun perkataan.. Untuk ibu bapa dan anak-anak lain, program yang disediakan adalah seperti pertandingan mewarna, permainan dam dan permainan roda.. Permainan dam dan roda adalah permainan menguji minda kerana setiap kali berhenti dam dan roda tersebut akan ada soalan yang disediakan mengikut kategori..

mari bersenam dulu sebelum tengok abang bersukan..



nyanyi lagu negaraku


jom ke sekolah..

dapat no 2 bagi kategori 'jom ke sekolah'

Tahun ini tahun terakhir haikal terlibat dengan program tadika.. Tahun hadapan haikal dah darjah satu.. Nak dapat ikut program macam ni lagi tunggu adik haezhal masuk tadika la pulak.. Sebenarnya ada video yang sempat di rakam masa acara tersebut, tapi disebabkan internet mencemburui, tak dapat la ida nak upload video tersebut..

Sekian cerita aktiviti ida pada hari ini, esok ida ada lagi program dengan keluarga.. Nantikan ceritanya ye..  

1 comment:

  1. Bestnya dapat melihat kanak-kanak tumbuh berkembang dengan ceria dan sihat. Kepada anda yang ingin memberikan vitamin terbaik untuk kanak-kanak. .boleh menghubungi saya yer....

    ReplyDelete