Wednesday, September 10, 2014

BUAH KIWI TERBAIK UNTUK IBU HAMIL???

ANDA SIHAT, KANDUNGAN SIHAT


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Ketika hamil, perkara yang paling disukai oleh ibu hamil ialah ''makan''.. Mereka akan mula mengidam pelbagai jenis makanan dan akan makan tanpa rasa bersalah terhadap pertambahan kalori yang diambil.. Walaubagaimanapun, anda harus beringat bahawa, nikmat makan yang anda rasai itu haruslah ditambah juga dengan nutrient dan khasiat yang tinggi untuk mambantu perkembangan awal tumbesaran bayi..

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 nutrient penting yang diperlukan ketika hamil iaitu asid folik, vitamin c dan kalsium.. Ketika hamil, anda tidak semestinya perlu menggandakan pengambilan makanan tetapi, anda anda perlu menambah kuantiti nutreint didalam makanan ataupun minuman kerana itu adalah sumber penting yang diperlukan oleh janin..

Cara mudah untuk anda mendapat kandungan nutrient ialah anda hanya perlu melengkapkan pelan pemakanan dengan pelbagai jenis sayuran dan buahan.. Kebanyakan buah adalah sumber terbaik  nutrient dan cara terbaik untuk meningkatkan jumlah kalori harian.. Antara buah yang baik ialah buah kiwi kerana rasa masam manis tropikanya bukan sahaja mengurangkan masalah mual malah turut meningkatkan kandungan nutrient-nutrient penting kepada ibu hamil..



Walaupun buah kiwi ini saiznya kecil tetapi kebaikan yang terkandung didalamnya sangat banyak malah menjadikan buah kiwi ini aadalah buah yang paling padat dengan nutrient..

KEBAIKAN BUAH KIWI KEPADA IBU HAMIL


1 - KEKALKAN SISTEM IMUNITI
 - Buah kiwi mengandungi vitamin C yang sangat diperlukan oleh ibu hamil dan kandungannya.. Malah, buah kiwi adalah sumber terbaik untuk mendapatkan vitamin C berbanding buah oren.. Vitamin C adalah yang terbaik untuk meningkatkan imuniti badan untuk melawan bakteria.. Untuk mengambil sebarang ubatan ketika hamil adalah tidak baik untuk kandungan anda, oleh sebab itu anda perlu meningkatkan pengambila vitamin C untuk membantu anda kekal sihat..

 Vitamin C juga memainkan peranan yang penting dalam sintesis kolagen yang memegang membran korioamniotik.. Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin (hb) yang diperlukan oleh anda dan janin.. Selain dapat menghilangkan rasa lapar ditengah malam, dengan memakan kiwi anda dapat memastikan anda dan janin mendapat bekalan vitamin C secukupnya..

2- TINGGI ASID FOLIK
 - Salah satu sebab kenapa kiwi dijadikan makanan ideal kepada ibu hamil adalah kerana buah kiwi mengandungi asid folik yang tinggi.. Asid folik sangat penting ketika hamil adalah kerana untuk mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.. Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap.. Kebiasaan kecacatan ini berlaku ketika kandungan seawal waktu 28 hari pertama kehamilan dimana anda langsung tidak sedar tentang kehamilan..
 Disebabkan itu, anda digalakkan mengambil asid folik seawal 3bulan sebelum hamil untuk mengelakkan terjadinya kecacatan sewaktu lahir..


3- MENGURANGKAN SEMBELIT
 - Sewaktu hamil, kebanyakan wanita akan mengalami sembelit akibat perubahan hormon.. Buah kiwi mengandungi serat yang tinggi untuk mengelakkan masalah sembelit ini..Kandungan serat bagi sebiji buah kiwi bersamaan dengan semangkuk bijirin.. Serat memainkan peranan yang penting ketika hamil untuk mengurangkan masalah sembelit sepanjang tempoh kehamilan anda.. Serat juga dapat mengumpul dan membuang toksin daripada kolon dan dapat mengelakkan kanser usus..

4- TIDUR NYENYAK
 - Kebanyakan wanita hamil akan mengalami masalah sukar tidur.. Tidur yang tidak cukup akan mempengaruhi tumbesaran janin malah turut mengganggu keupayaan anda untuk melakukan kerja harian anda.. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur anda.. Ianya dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.. 

5- MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
 - Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda normal termasuklah masalah sembelit dan mual.. Tetapi, sekiranya tekanan darah naik mendadak akan membahayakan diri anda dan nyawa janin anda malah, boleh menjurus kepada masalah diabetes.. Seab terbaik kenapa anda harus mengamalkan buah kiwi ketika hamil adalah kerana kiwi mengandungi potassium malah lebih banyak berbanding pisang.. Fungsi potassium adalah untuk melawan efek garam (sodium) untuk mengurangkan tekanan darah tinggi..

Semoga info ini bermanfaat kepada wanita yang merancang untuk hamil malah yang sedang hamil.. Semoga anda mendapat manfaat daripada info ini..

Artikel sumbangan Zespri, new zealand, kiwifruit
Rujukan dari majalah PA&MA edisi keluaran Januari 2011

            
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

1 comment:

  1. terima kasih atas info yang menarik
    jemput berblog walking ke ink sy
    http://bit.ly/YwGoY4

    ReplyDelete