Saturday, September 20, 2014

BERKELAH DI PASIR KUBUR, SUNGAI LEMBING

SANTAI DI HARI SABTU BERSAMA MAK MERTUA 


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Sebenarnya hari ini tak rancang pun nak pergi berkelah di Pasir Kubur, Sungai Lembing.. Kebiasaannya ida sekeluarga akan pergi berkelah pada hari ahad je.. Iyelah, hari ahad je semua orang cuti.. Rancangan berkelah pada hari ini rancangan tergempar yang dibuat oleh kawan sekerja mak mertua ida..

Pasir Kubur , Sungai Lembing ini adalah tempat perkelahan yang popular juga sebenarnya.. Kebiasaannya jika pergi pada hari ahad pasti akan penuh dengan orang berkelah disitu.. Masing-masing akan bawa bekalan makanan dan khemah untuk berteduh.. Ada juga yang panggang ayam disini.. 

Kami sekeluarga sangat suka berkelah di Pasir Kubur, Sungai Lembing ini kerana disini kawasan semulajadinya masih lagi tidak bersentuh, airnya yang sejuk dan sangat sesuai untuk dijadikan kawasan berkelah sambil melihat alam semulajadi.. Mak mertua ida juga bercerita tentang sejarah di Pasir Kubur ini bahawa masa zaman popular Sungai Lembing dahulu kapal-kapal dagang selalu lalu di kawasan tempat perkelahan itu..

Sungai Lembing dahulu popular dengan lombong bijih timahnya, kapal-kapal besar sering melalui di kawasan tempat perkelahan kami ini untuk pergi ke Sungai Lembing untuk mengambil hasil lombong bijih timah tersebut.. Kini airnya telah surut dan hanya tinggal alur sungai kecil sahaja dan sebahagiannya penuh dengan batu menjadi tempat untuk kami berkelah..

Jom lihat sebahagian gambar yang sempat ida rakamkan ketika berkelah di Pasir Kubur, Sungai Lembing..

baru selesai makan.. khemah tak berapa nak jadi sbb tuan punya khemah takde..
haezhal dan moksu
haezhal dan moksu lagi..
sejuk airnya.. adik dan ibu
kami berdatim tiga orang je.. ayah keje, tak dapat ikut.. adik, ibu dan abg long
dah berendam lama dalam air, lapar pulak.. makan keropok je adik oii, beria makan guna sudu
kebetulan kami datang, ada tinggalan kolam.. cantikkan airnya, jernih je..
 
Bagi yang tak pernah berkunjung dan berkelah disini, boleh la jadikan tempat ini dalam senarai tempat berkelah anda.. Untuk pengetahuan anda, sebelum anda sampai di Pasir Kubur, Sungai Lembing ini anda boleh juga lawati Gua Charas yang juga terkenal disini.. 

Banyak tempat-tempat menarik di Sungai Lembing ini yang anda boleh lawati sebenarnya seperti Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi, Ladang Rusa dan yang terbaru sekali di Sungai Lembing ini, anda boleh masuk kedalam bekas tempat lombong dan rasai pengalaman di dalam lombong itu sendiri..

Jangan lepaskan pelunag untuk lawati tempat bersejarah ini, boleh la bawa anak-anak berkunjung di tempat yang bersejarah ini.. 

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

1 comment:

  1. Macam best jer kat situ.....berkelah bersama keluarga memang menyeronokkan....

    Jemput berblogwalking ke blog sy http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete