Tuesday, September 23, 2014

ATASI MASALAH KESUBURAN ANDA

TIPS ATASI MASALAH KESUBURAN ANDA DENGAN CARA MODEN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Dari sudut perubatan sains, bagi pasangan yang sudah berkahwin yang mengalami masalah kesuburan adalah sekiranya mereka sudah berkahwin lebih dari setahun namun masih tidak hamil.. Masalah ketidaksuburan bagi pasangan yang sudah berkahwin terbahagi kepada dua iaitu utama ( pasangan baru berkahwin ) dan sekunder ( pasangan yang telah hamil sebelumnya ) dalam tempoh 1 tahun setelah melunaskan syarat seperti melakukan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu dan dilakukan secara normal tanpa menggunakan sebarang alat kontraseptif..


Untuk wanita yang ingin hamil mesti mempunyai kilang telur (ovari) yang berfungsi mengeluarkan benih wanita (ovum) dan mempunyai tiub fallopio bagi mempertemukan benih lelaki (sperma) dan ovum untuk persenyawaan.. Wanita tersebut juga memerlukan rahim dan pangkal rahim yang normal.. Bagi lelaki pula, mereka perlu mempunyai sperma yang normal dan tiada masalah ereksi malah perlu melakukan hubungan kelamin ketika waktu subur..



MASALAH LELAKI

Bagi lelaki, masalah kesuburan mereka kebiasaannya berpunca dari sperma yang tidak normal sama ada rupa bentuk fizikalnya atau kuantiti sperma berkurangan ataupun tiada langsung sperma (azospermia) atau/dan sperma tidak bergerak aktif / tidak bergerak langsung / mati.. Masalah ereksi juga menjadi faktor penyumbang kepada masalah ketidaksuburan kerana ia mungkin berpunca daripada segi psikologi, penyakit kronik (diabetes, multi sclerosis), kecederaan (kemalangan di kemaluan, pinggang dan tulang belakang) dan kesan ubat-ubatan tertentu untuk merawat penyakit kronik seperti darah dan lain-lain..


Punca-punca seperti di atas dikenalpasti berpunca daripada amalan minum arak dan merokok, pendedahan kepada radioaktif atau kemoterapi, masalah genetik seperti kromosom abnormal, penyalahgunaan steroid (anabolic steroid) yang boleh mematikan sel-sel pada kilang buah zakar (testis).. Terdapat juga pekerjaan yang boleh merosakkan kualiti dan kuantiti sperma seperti pekerjaan yang membabitkan bahan kimia, racun serangga, x-ray atau bekerja berhampiran dengan sumber api..

Selain itu, jangkitan kuman pada alat kelamin disebabkan oleh kerap bertukar pasangan yang menyebabkan penyakit kelamin seperti (STD) seperti siflis, gonorea, herpis dan lain-lain lagi yang boleh menyebabkan saluran alat kelamin seperti vas deferan tersumbat.. Disamping itu, jika lelaki tersebut pernah mengalami beguk ketika waktu kecil dan terkena jangkitan pada alat kelamin (mumps orchitis) juga bakal menghadapi masalah untuk mendapat zuriat..

MASALAH WANITA


Kebiasaannya, masalah bagi wanita disebabkan oleh benih yang tidak keluar (tiada ovulasi) dan ini mungkin juga disebabkan oleh tekanan, PCOS (polycystic ovary), ketumbuhan pada otak (pituitary adenoma), endometriosis, tiroid, obesiti dan menopous pra-matang.. Selain daripada itu, masalah yang sering berlaku oleh wanita adalah tiub fallopio tersumbat ataupun rosak disebabkan oleh penyakit endometriosis dan penyakit radang pelvis (PID).. PID biasanya disebabkan oleh STD malah ada juga yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada apendiks yang pecah (perforated appendix)..


Masalah ketidaksuburan juga turut berlaku akibat daripada kesukaran embrio untuk melekat didinding rahim.. Kebiasannya ia disebabkan oleh ketumbuhan seperti fibroid, endometrial polyp ataupun rahim yang tidak normal seperti bicornuate (rahim berbentuk hati akibat dari genetik).. Faktor lain ialah wanita yang mengalami masalah pada faraj dan pangkal rahim kerana ia mungkin disebabkan oleh pangkal rahim yang mengeluarkan cecair yang mengandungi antibodi yang boleh membunuh sperma..

LANGKAH-LANGKAH ATASI CARA MODEN 

 LANGKAH 1


Lelaki perlu membuat pemeriksaan alat kelamin dan ujian air mani malah ujian ini boleh dilakukan hanya selepas tiga hari pasangan tersebut tidak bersama.. Isteri digalakkan membantu suami untuk mengeluarkan sperma secara masturbasi (onani) supaya ia lebih cepat dan mudah.. Air mani tersebut perlu disimpan didalam bekas khas dan dikekalkan mengikut suhu badan dalam masa 1/2 jam dan dibawa ke hospital.. Ujian ini perlu dilakukan semasa keadaan si suami dalam keadaan tidak tertekan dan sihat.. Jika ia didapati tidak normal, ia perlu diulang dalam tempoh 1bulan atau 2bulan.. Walaubagaimanapun, jika ujian benih disahkan tiada langsung maka ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada si suami kekurangan hormon atau kromosomnya tidak normal..

LANGKAH 2


Bagi wanita pula perlu menjalani ujian darah pada hari ke-2 atau ke-3 haid kerana untuk mengeahui tahap hormon FSH, LSH dan prolaktin dalam badan.. Selain itu, ujian darah hormon progesteron perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ovulasi berlaku atau tidak pada hari ke-21 haid.. Disamping itu, ujian ultrasound rahim juga perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada wujud ketumbuhan dalam rahim atau kilang telur dan mengetahui kedudukan rahim sam ada terbalik atau tidak.. 

Bagi mengetahui sama ada tiub fallopio normal atau tersumbat, ada 2 pilihan sama ada melakukan ujian Hyster-salphinggram (HSG) atau laporoskopik.. Doktor dapat mengetahui sama ada tiub fallopio tersumbat atau tidak dengan melakukan ujian ini tetapi tidak dapat mengetahui puncanya.. Semasa prosedur ini dijalankan, wanita akan merasa tidak selesa dan sakit tetapikos prosedur ini agak murah..

LANGKAH 3


Setelah dapat ketahui punca ketidaksuburan, rawatan susulan akan dilakukan bergantung kepada faktor penyebabnya sukar hamil.. Tetapi, sebelum rawatan, anda perluambil langkah pencegahan iaitu berhenti minum alkohol, merokok, menyalahguna dadah, melakukan seks rambng dan mengurangkan berat badan jika obes..

RAWATAN


Jika si suami mengalami ereksi, dia akan diberi ubat seperti viagra atau cialis tetapi ia bergantung kepada penyebab masalah ereksi.. Jika ia disebabkan oleh penyakit kencing manis,  ianya perlu dikawal, jika menghadapinya disebabkan oleh ubat-ubatan seperti ubat merawat darah tinggi, si suami perlu menukar ubat lain atas nasihat doktor manakala yang menghadapi masalah benih kurang atau tidak normal, supliment seperti vita e, zinc dan tribestan perlu diamalkan..

Bagi isteri yang mengalami masalah telur tidak keluar (tiada ovulasi) ia memerlukan anda mengambil pil subur pada hari ke-2 dalam bentuk pil atau suntikan sehinggalah telur membesar ke saiz matang iaitu sekurannya 18mm.. Sekiranya si isteri mengalami masalah fibroid atau ketumbuhan yang menghalang embrio melekat pada dinding rahim (implantasi) maka pembedahan perlu dilakukan bagi membuang fibroid atau polyp tersebut..

sumber rujukan MAJALAH PA&MA NOVEMBER 2011

  
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

1 comment:

  1. Set kesuburan shaklee sangat membantu bagi anda yang inginkan cahaya mata....cubalah...

    ReplyDelete