Thursday, August 7, 2014

PUNCA TIDAK SUBUR WANITA

PUNCA KETIDAKSUBURAN DIKALANGAN WANITA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Terdapat pelbagai masalah yang dapat dikaitkan dengan ketidaksuburan dikalangan wanita.. Gaya hidup juga dapat dikaitkan dengan punca ketidaksuburan dikalangan wanita ini.. Dalam 25% - 30% kes, punca ketidaksuburan ini tidak dapat dikenal pasti..Antara masalah ketidaksuburan dikalangan wanita adalah seperti berikut :-

GANGGUAN OVULASI

Kebiasaannya ketidaksuburan disebabkan oleh ovulasi iaitu masalah untuk mengeluarkan bulanan telur.. Sesetengah masalah akan menyebabkan ovulasi wanita akan terhenti daripada menghasilkan telur, manakala sesetengahnya pula akan menyebabkan telur keluar untuk beberapa kitaran sahaja.. Masalah ovulasi juga boleh berlaku oleh beberapa sebab seperti dibawah :-
  • SINDROM OVARI POLISISTIK ( PCOS ) - Keadaan yang menyukarkan ovari untuk menghasilkan telur.. Ia merupakan gangguan hormon iaitu keadaan dimana ovari menghasilkan terlalu banyak hormon lelaki iaitu testosteron dan hyperprolactinemia apabila anda menghasilkan terlalu banyak prolaktin untuk penghasilan susu ibu.. 
  • TIROID - Kedua-dua kelenjar tiroid terlalu aktif ( hyperthyroid ) ataupun kelenjar tiroid yang kurang aktif ( hypothyroid ) akan mengganggu kitaran haid dan juga ovulasi..
  • OVARI PRAMATANG ( EARLY MENOPAUSE ) - Ovari wanita berhenti bekerja sebelum berusia 40 tahun.. Puncanya tidak diketahui tetapi dapat dikaitkan dengan penyakit imun, merokok, radiasi dan rawatan kemoterapi..

TIUB FALLOPIO DAN RAHIM

Tiub fallopio adalah tempat untuk telur bergerak dari ovari ke rahim dan telur akan disenyawakan semasa ia bergerak di tiub fallopio.. Apabila ia sampai ke rahim, ia akan melekat kedalam dinding rahim dan ia akan terus berkembang menjadi janin..

Sekiranya tiub fallopio atau rahim rosak atau berhenti berkerja, ini mungkin akan menyukarkan wanita untuk hamil secara semulajadi.. Ini boleh berlaku atas sebab beberapa fakto seperti di bawah :-
  • PARUT PEMBEDAHAN - Pembedahan pelvik kadang-kadang boleh menyebabkan parut dan kerosakan pada tiub fallopio.. Pembedahan pangkal rahim juga kadang-kadang boleh menyebabkan parut atau memendekkan serviks ( leher rahim )..
  • KECACATAN MUKUS SERVIKS - Apabila anda berovulasi, mukus didalam serviks anda menjadi nipis supaya sperma dapat berenang dengan mudah untuk melaluinya.. Jika anda ada masalah dengan mukus serviks, anda akan menjadi lebih sukar untuk hamil..
  • SUBMUCOSAL FIBROID - Fibroid adalah benigna ( bukan kanser ) ketumbuhan yang membesar sekitar atau dalam rahim.. Submucosal fibroid membesar didalam otot dibawah lapisan dinding rahim dan berkembang hingga ketengah rahim.. Fibroid boleh menghalang embrio dari melekat kedalam rahim..
  • ENDOMETRIOSIS - Keadaan dimana cebisan lapisan rahim yang dikenali sebagai endometrium mula berkembang ditempat lain seperti ovari.. Ini boleh menyebabkan kemandulan akibat cebisan tersebut membentuk adhesion (kawasan melekit tisu) atau cyst (kantung berisi cecair) yang boleh menghalang dan mengganggu pelvis.. Ini menyebabkan telur sukar untuk dikeluarkan dan ditanam kedalam rahim.. 
  • PENYAKIT KERADANGAN PELVIS ( PID ) - Jangkitan atas saluran kemaluan wanita termasuk rahim, tiub fallopio dan ovari.. Ia sering terjadi akibat dari jangkitan kelamin ( STI ).. PID boleh merosakkan dan melukakan tiub fallopio dan menjadikannya hampir mustahil untuk telur bergerak pergi ke rahim..

UMUR 

Ketidaksuburan dikalangan wanita juga dikaitkan dengan faktor usia.. Penurunan terbesar dalam kesuburan bermula pada pertengahan tiga puluhan . Di kalangan wanita yang berusia 35 tahun, 95% akan hamil selepas tiga tahun melakukan hubungan seks tanpa perlindungan biasa. Bagi wanita yang berusia 38, hanya 75% akan hamil selepas tiga tahun melakukan hubungan seks tanpa perlindungan biasa. 

credit
         
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

No comments:

Post a Comment