Saturday, August 23, 2014

CoQHEALTH PLUS SHAKLEE

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN MENGAMBIL CoQHEALTH PLUS SHAKLEE


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Jantung anda mengepam hampir 2000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh anda setiap hari.. Sebagai otot yang bekerja keras didalam tubuh anda dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung anda memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap.. Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10), yang juga berperanan membantu kesihatan salur darah.. 


CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud didalam semua sel.. Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10, akan tetapi amaun CoQ10 yang diperolehi dari pemakanan secara tipikal adalah kurang dari 10mg sehari.. Perlu diingat, faktor seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia dan pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas meningkatkan lagi keperluan untuk nutrien yang amat penting ini..

ADAKAH ANDA TAHU??


  • Jantung anda berdenyut 100,000 kali setiap hari..
  • Aorta, arteri terbesar didalam tubuh dan diameternya hampir menyamai hos taman anda..
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu akan mengurangkan tahap CoQ10 didalam darah..

CoQHEALTH PLUS MEMBANTU MENJANA JANTUNG YANG SIHAT


CoQHealth menampilkan campuran semulajadi proprietari 100mg CoQ10 dan resveraterol didalam softgel yang bioavailable.. CoQ10 juga telah dibuktikan :

  • Membantu penghasilan tenaga didalam organ jantung
  • CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga didalam otot jantung, menambah kekuatan mengepamnya.. Penyelidikan juga menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah, mengurangkan episode serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung..
  • Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL..
  • Banyak kajian telah menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan.. Tindaka CoQ10 sebagai antioksidan yang kuat menghalang oksidasi LDL kolestrol ''tidak baik'' dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah..
  • Membantu menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 didalam darah..
  • Meningkatkan tenaga..
  • CoQ10 berupaya meningkatkan tahap tenaga, menambahkan stamina dan mengurangkan kelesuan.. Kajian juga mendapati supliment harian CoQ10 dapat mengatasi simptom-simptom kelesuan..
  • Kecerdasan mental..
  • CoQ10 merancakkan sel-sel otak yang seterusnya meningkatkan kecerdasan mental, memori dan keupayaan kognitif.. Kajian juga menunjukkan supliment CoQ10 dapat mengurangkan serangan migraine, pening dan perasaan loya..
  • Kulit yang lebih muda..
  • CoQ10 meningkatkan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan cukup oksigen dan nutrisi untuk pemulihan, rejuvenasi dan penghasilan kolagen.. Ini membantu kulit agar lebih tegang, lebih cerah dan berseri..
  • Meningkatkan kesuburan..
  • CoQ10 mengurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan kiraan sperma, pergerakan sperma dan mutu sperma.. Ia juga membantu meningkatkan mutu ovum wanita..
  • CoQHealth juga mengandungi resveratrol yang terbukti merehatkan salur darah dan membantu pengaliran darah..

KEBAIKAN SETERUSNYA MENGAMBIL CoQHEALTH PLUS


  • CONGESTIVE HEART FAILURE (CHF) - Belum terdapat bukti kukuh yang mengaitkan pengambilan koenzim Q10 sahaja akan menghentikan kegagalan jantung.. Tetapi terdapat bukti (walaupun kontroversi) bahawa ianya menolong bila dikombinasikan dengan perubatan dan rawatan jantung yang lain..
  • Mengurangkan risiko masalah jantung tambahan bagi mereka yang baru mengalami serangan sakit jantung ( myocardial infarction, MI) - Apabila dimulakan dalam masa 72jam dari terjadinya MI dan diambil selama satu tahun, koenzim Q10 didapati mampu mengurangkan serangan sakit jantung dan MI..
  • Penyakit Huntington (a rare genetic neurological disorder) - Ubiquinol, satu bentuk koenzim Q10 yang telah dianugerahkan ''Orphan Drug Status'' oleh Federal Food and Drug Administration (FDA).. Ini memberi pembuat Ubiquinol memperolehi insentif kewangan untuk mengkaji keberkesanan penyakit Huntington, satu keadaan yang jarang berlaku (melibatkan kurang dari 200,000 pesakit) yang mana syarikat pharmaseutikal tidak akan membangunkan ubat untuknya.. Walaubagaimanapun pengambilan koenzim Q10 dalam dos 600mg atau kurang, sehari didapati tidak berkesan melambatkan perkembangan penyakit ini..
  • Menghalang komplikasi salur darah selepas pembedahan ''heart bypass'' - Wujud bukti yang menunjukkan pengambilan secara oral koenzim Q10 selama seminggu sebelum pembedahan dapat membantu mengurangkan kerosakan salur darah.. Walaubagaimanapun tidak semua para penyelidik bersetuju dengan penemuan ini..
  • Tekanan darah tinggi (hypertensi) - Pengambilan koenzim Q10 bersendirian atau bersama-sama perubatan untuk tekanan darah tinggi, menurunkan tekanan darah dengan lebih berkesan lagi..
  • Menghalang serangan migraine - Mengambil koenzim Q10 secara oral membantu menghalang serangan migraine.. Kajian menunjukkan ianya mampu mengurangkan kekerapan pening kepala sebanyak 30% dan hari-hari serangan dimana keadaan loya berkaitan dengan pening kepala berkurangan sebanyak 45% bagi dewasa.. Pengambilan koenzim Q10 juga mengurangkan serangan migraine bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap koenzim Q10 yang rendah.. Ianya mungkin mengambil jangkamasa 3 bulan untuk menunjukkan kesan.. Malangnya koenzim Q10 tidak berkesan dalam rawatan migraine apabila ianya telah terjadi..
  • Penyakit parkinson - Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa pengambilan supliment koenzim Q10 mampu melambatkan kemerosotan kesihatan dengan mereka yang menghidapi tanda awal penyakit Parkinson.. Akan tetapi pengambilan bagi pesakit yang berada diperingkat pertengahan penyakit Parkinson tidak menunjukkan kesan yang positif..
  • Memperbaiki sistem imun bagi pesakit HIV / AIDS
  • Muscular distrophy (distrofi otot), satu masalah membabitkan kerosakan otot - Pengambilan koenzim Q10 secara oral memberi kesan positif bagi penghidap distrofi otot..      

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

No comments:

Post a Comment