Friday, August 8, 2014

PUNCA TIDAK SUBUR LELAKI

APAKAH PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI??

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Apabila kita membincangkan tentang masalah kesuburan, ramai akan mengatakan puncanya adalah dari wanita sedangkan hampir 50% masalah kesuburan membabitkan lelaki walaupun ramai yang tidak mengakui tentang ini..

Berdasarkan kajian, masalah kesuburan dapat dipecahkan kepada 20% membabitkan lelaki sahaja dan 30% membabitkan lelaki dan perempuan, manakala 15% lagi pasangan didapati normal.. Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan 50% masalah ketidaksuburan dikalangan pasangan yang tidak mempunyai anak.

Yang sebenarnya, lelaki hanya perlu menjalani ujian air mani berbanding perempuan yang perlu menjalani banyak ujian seperti ujian keseimbangan hormon, imbasan ultra-bunyi untuk mengetahui sama ada rahim dan saluran tiub fallopio tidak mengalami masalah dan tiada ketumbuhan, endometriosis atau fibroid serta pemeriksaan kualiti telur.. Jadi, lelaki harus merendahkan tahap keegoan mereka supaya masalah ketidaksuburan hanya diletakkan kepada perempuan sahaja sedangkan ianya sebaliknya..


Keputusan normal bagi lelaki yang menjalani ujian kesuburan ialah mempunyai jumlah sperma sebanyak 40 juta sperma/mililiter.. Secara kasarnya memang banyak tetapi sebahagiannya mungkin mati, cacat atau tidak boleh berenang.. Sekurangnya 20 juta sperma perlu bergerak pantas dan boleh berenang pantas untuk melepasi ruang saluran tiub fallopio dan sampai ke rahim.. 

PUNCA KETIDAKSUBURAN WANITA..

PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI :-

Punca ketidaksuburan lelaki adalah seperti berikut :-

1 - MASALAH SPERMA AKIBAT KECACATAN KONGINETAL ( SEJAK LAHIR ) PADA ORAGAN PERANAKAN LELAKI :-

* Ketiadaan vas deferens ( tiub panjang yang menyalurkan sperma ) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani.. Ini menyebabkan air mani tiada mengandungi sperma langsung..

* Vas deferens tersumbat menyebabkan air mani tidak keluar dan mengalir balik ke dalam pundi kencing.. Kemungkinan masalah ini berpunca dari kencing manis atau pengambilan ubat tertentu.. Tetapi kes ini jarang berlaku..

2 - GENETIK 

* Sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sistem sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang patut dimusnahkan.. Masalah autoantibodi biasanya melibatkan lelaki yang pernah menjalani pembedahan vasektomi ( kaedah pemandulan dengan cara mengikat vas deferens terutamanya dikalangan lelaki barat )

3 - MASALAH HORMON

* Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah.. Boleh diatasi dengan pengambilan ubat..

4 - GANGGUAN SEKS

* Mati pucuk atau ejakulasi awal.. Kebiasaannya disebabkan tekanan, pengambilan ubat anti-depresan, pengawalan tekanan darah tinggi dan kolestrol.. Ubat penguat seks seperti viagra hanya untuk ereksi, tidak mempengaruhi jumlah sperma..

5 - MASALAH URAT ( SALUR DARAH ) PADA TESTIS KEMBANG ATAU TIMBUL

* Aliran darah tidak lancar dan boleh menyebabkan epididimis rosak dan mengurangkan jumlah sperma.. 

6 - SENAMAN KETERLALUAN SEPERTI ANGKAT BERAT

* Badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma..

7 - OBESITI

*Kesuburan lelaki boleh menurun sekiranya terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan dengan masalah kekurangan ataupun tiada sperma langsung..

8 - PENGAMBILAN DADAH, MEROKOK DAN ALKOHOL

* Tiga faktor penting yang perlu dielakkan untuk mengekalkan kesuburan..

Berikut adalah sebahagian punca ketidaksuburan yang dihadapi oleh kaum lelaki.. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera mahupun mencari supliment yang dapat membantu merawat masalah kesuburan anda.. 

credit

                  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

No comments:

Post a Comment