Saturday, April 19, 2014

TIPS ; 16 MAKANAN TURUNKAN KOLESTROL

APA MAKANAN YANG DAPAT TURUNKAN KOLESTROL???

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini ida nk ceritakan tentang makanan yang dapat turunkan paras kolestrol.. Kita semua tahu kolestrol ade 2 jenis iaitu LDL (LOW DENSITY LIPOPROTEIN) dan HDL (HIGH DENSITY LIPOPROTEIN).. LDL lebih dikenali sebagai 'kolestrol jahat' manakala HDL sebagai 'kolestrol baik..
Sekiranya kolestrol LDL lebih tinggi daripada HDL individu terdedah kepada serangan jantung..

Sekarang ini, golongan muda juga terdedah kepada serangan jantung sekiranya tidak mengawal pemakanan seharian.. Tanpa disedari, pemakanan yang kita ambil itu mengandungi kolestrol yang tinggi lebih terdedah kepada serangan jantung jika tidak dikawal pengambilanya..

16 MAKANAN KURANGKAN KOLESTROL

1- KACANG SOYA

*Kacang soya mengandungi 48% protein , lesitin, vitamin dan zat galian.. Kacang soya mampu menghindarkan diri anda daripada penyakit jantung dan juga kencing manis.. Kandungan kalsium dan mineral di dalamnya juga dapat membantu memecahkan lemak dan mengurangkan kadar LDL dan meningkatkan HDL..

2- KUACI

*Kuaci kaya dengan kandungan zat besi.. Amalkan memakan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi didalam tubuh dan pada masa yang sama dapat kurangkan kolestrol..

3-BUAH-BUAHAN KERING

*Kurma kaya dengan serat serta kandungan flavanoid. Jadi,kurma mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan dapat kurangkan risiko serangan jantung.. Selain daripada kurma, flavanoid juga boleh didapati dalam sumber makanan yang lain seperti teh, brokoli, tomato, bawang, dan buah delima..

4- EPAL

*Hanya dengan memakan sebiji epal ataupun jusnya setiap hari, anda dapat mengurangkan kolestrol dalam badan.. Malah,terdapat kajian membuktikan bahawa dengan memakan sebiji epalataupun jusnya setiap hari selepas mengambil makanan segera, ia dapat mengimbangi kandungan zat dan dapat mencegah pembentukan lemak dalam tubuh..

5- IKAN TUNA

*Ikan tuna adalah salah satu sumber asid lemak omega-3 selain daripada salmon dan sardin.. Kandungan asid lemak omega-3 berupaya melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL dalam tubuh..

6- KACANG TANAH

*Kacang tanah yang dipanggang terutamanya mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E..
Vitamin E dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan pada masa yang sama mampu mengelakkan diri anda daripada serangan jantung..

7- MANGGA

*Mangga kaya dengan vitamin C dan berupaya mencegah LDL dalam tubuh badan.. Antara buah yang boleh diamalkan untuk  turunkan paras kolestrol ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi..

8- KISMIS

*Sebatian yang terkandung didalam kismis mampu menurunkan kolestrol!! Dengan mengamalkan diet 400 kalori kismis setiap hari, dapat membantu tubuh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%..

9- JAMBU BATU

*Anda disyorkan makan jambu batu dalam jumlah 400gram atau sebiji sehari selama 4minggu.. Percayalah,ia berupaya menurunkan paras kolestrol sebanyak 18.8%.. Selain itu,sangat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan..

10- TOMATO

*Tomato adalah salah satu sayuran yang dapat membantu menurunkan paras kolestrol jahat.. Amatlah digalakkan menjadikan tomato sebagai jus dan minumlah 2 gelas justomato setiap hari.. ia merupakan salah satu langkah terbaik dalam menurunkan kadar kolestrol..

11- BUAH DELIMA

*Manfaat yang ada pada buah delima ialah ia mampu mengurangkan pertumbuhan plak kolestrol dan pada masa yang sama meningkatkan produksi oksida nitrat.. Kesanya dapat membantu mengurangkan plak pada arteri..

12-APRIKOT

*Buah aprikot merupakan salah satu buah-buahan yang dapat meningkatkan kadar kolestrol HDL dalam tubuh badan..

13- BAWANG PUTIH

*Bawang putih yang selalu digunakan sebagai bahan perencah ini sangat baik untuk menurunkan kadar kolestrol LDL.. Jadi, usahakan untuk mengambil lebih banyak bawang putih dalam sehari..

14- BAYAM

*Bayam merupakan sayuran hijau kegemaran ramai ini mengandungi banyak zat lutein yang amat penting bagi kesihatan jantung daripada penempelan lemak pada pembuluh darah.. Anda sangat digalakkan mengambil sekurang-kurangnya setengah mangkuk bayam yang telah dimasak setiap hari..

15- TEH

*Teh diperkaya dengan kandungan antioksidan yang dapat memberikan rasa tenang terutamanya pada pembuluh darah.. Jadi,ia dapat menghindarkan pembekuan darah.. Selain kaya serat, teh mengandungi antioksidan seperti flavanoid yang dapat mencegah oksidasi yang boleh menyebabkan penimbunan kolestrol LDL pada pembuluh darah.. Dengan meminum segeles teh hangat, ia dapat memenuhi tubuh dengan antioksidan..

16- COKLAT

*Coklat yang menjadi kegemaran ramai ini ternyata baik untuk tubuh badan dan juga jantung.. Tetapi, pilihlah coklat hitam yang memiliki rasa pahit.. Coklat mengandungi antioksidan dan flavonoid yang memang bagus untuk mengurangkan kolestrol LDL..

Itulah antara makanan yang dapat membantu anda kurangkan paras kolestrol didalam tubuh badan.. selain daripada makanan-makanan diatas, SHAKLEE juga mempunyai supliment yang dapat membantu mengurangkan paras kolestrol anda..

SET SUPLIMENT KOLESTROL SHAKLEE

1- ALFALFA & HERB-LAX

*Berfungsi sebagai fiber didalam usus(yang diperlukan) yang akan bergabung dengan kolestrol, air, & mineral berlebihan dan dikeluarkan melalui pembuangan air besar..


2- B COMPLEX

*Vitamin b3(NIACIN) membantu menurunkan kadar kolestrol..


3- GARLIC

*Merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah..


4- OMEGA GUARD

*EPA & DHA menurunkan kadar kolestrol 'jahat' (LDL)..


5- VITA C PLUS (SUSTAINED RELEASE)

*Menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri..


6- VITA E COMPLEX

*Memperbaiki peredaran darah..
# TERBUKTI KOLESTROL JUGA AMAT PENTING KEPADA TUBUH BADAN KITA.. KITA HANYA PERLU MENGAWAL KADAR PENGAMBILAN KOLESTROL DIDALAM DIET SEHARIAN KITA.. KESIMPULANNYA, SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA PEMAKANAN SEHARIAN KITA, GAYA HIDUP KITA UNTUK TERUS HIDUP LEBIH SIHAT...
IEDA DAYAH HEALTH CARE
EMAIL ; fhaikal91@gmail.com
CALL/SMS/WHATSAPP ; 0179563621
FB ; NORHIDAYAH KASIM
FB PAGES ; IEDA DAYAH HEALTH CARE
ieda juga menyediakan konsultasi untuk anda..

No comments:

Post a Comment