Monday, April 21, 2014

KEBAIKAN MINUM AIR YANG MENCUKUPI

PENTING @ TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP??

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....

Hari ini ida nak bercerita tentang kepentingan air kepada tubuh badan kita.. Kita sedia maklum bahawa 70% daripada kandungan badan kita adalah air.. Air adalah yang kedua penting kepada tubuh badan selain daripada oksigen.. Air membantu dalam proses penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan..




FUNGSI AIR KEPADA BADAN



Selain dari fungsi diatas, ada lagi kebaikan minum air yang mencukupi kepada tubuh kita.. Antaranya ialah ;

HIDRASI BADAN YANG SEMPURNA

- Badan akan lebih rasa segar, bertenaga sekiranya hidrasi badan berjalan dengan lancar..

PROSES NYAHTOKSIN

- Air dapat membantu dalam proses nyahtoksin dalam badan.. Nyahtoksin berlaku dalam pelbagai cara iaitu pembuangan air besar/kecil, berpeluh..

PENYUSUAN IBU

- Air sangat membantu dalam penyusuan ibu.. Untuk penghasilan susu ibu yang banyak, air perlu diminum secukupnya sebanyak 2liter untuk penghasilan susu yang memberangsangkan..

DEHIDRASI (KURANG AIR)

-Dengan pengambilan air yang secukupnya, dehidrasi dapat dielakkan.. Dehidrasi boleh menyebabkan sakit kepala, sembelit, jerawat, dan lain-lain.. tanda-tanda awal dehidrasi adalah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia dan banyak lagi..

KURUS

- Dapat membantu anda dalam usaha untuk kurus.. nisbah air yang sesuai untuk kurus adalah 25kg:1liter.. Jadi, jika berat anda adalah 75kg anda mesti minum air sebanyak 3literair untuk kurus.. Kita juga kerap kali salah tafsir tentang rasa 'lapar'.. Kerap kali 'kelaparan' itu disebabkan oleh "kurang air dalam badan" dan bukannya disebabkan  "kurang makan"..

SEMOGA INFO INI BERGUNA UNTUK ANDA SEMUA..
*Perlu diingatkan ye, air yang mencukupi untuk tubuh badan tidak termasuk air manis ye.. walaupon anda minum banyak air manis tapi anda tetap perlu minum air masak lapan hingga sepuluh gelas sehari atau dua liter sehari..




No comments:

Post a Comment