Thursday, September 11, 2014

TIPS MENANGANI MASALAH KETIKA HAMIL

CARA TANGANI MASALAH KETIKA HAMIL KETIKA HAMIL


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Wanita yang sedang hamil pasti akan mengalami masalah seperti mual dan muntah, pedih ulu hati, pendarahan, sembelit, sakit tulang belakang dan kesan regangan.. Masalah ini akan dilalui oleh semua wanita hamil dan perbezaannya adalah teruk ataupun tidak sahaja.. 

Ida akan kongsikan tips-tips yang dapat membantu menangani masalah ketika hamil anda ini.. Jom ikuti tips-tips tersebut..

MUAL DAN MUNTAH

- Mual dan muntah ini adalah masalah biasa yang terjadi kepada ibu hamil.. Kemungkinan segelintir sahaja yang bernasib baik untuk tidak melalui pengalaman mual dan muntah ini.. Anda mungkin akan mengalaminya diwaktu pagi sahaja ataupun malam, malah mungkin juga sepanjang hamil.. Kebiasaannya, mual dan muntah ini terjadi di trimester 1 dan akan berhenti apabila masuk ke trimester ke 2.. Namun ada juga segelintir ibu hamil akan mengalami mual dan muntah ini sepanjang kehamilan ..
 

TIPS MUDAH UNTUK MENGATASINYA

  • Jangan bangun tidur dalam keadaan tergesa-gesa atau secara mengejut
  • Banyakkan berehat.. Letakkan bantal dibawah kepala dan kaki
  • Sediakan biskut kraker ditepi katil untuk memudahkan anda mengambil dan memakannya jika terasa ingin muntah..
  • Selepas anda makan jangan terus berbaring tetapi duduklah dalam keadaan selesa supaya graviti membantu menyimpan makanan dalam perut dan mengelakkan mual ketika hamil..
  • Elakkan mengambil makanan yang pedas, berlemak dan berkafein.. Lebihkan makanan seperti biskut kraker ataupun roti..
  • Elakkan daripada membau bauan yang boleh menyebabkan anda berasa mual.. 
  • Jangan memberus gigi selepas anda siap makan kerana akan menyebabkan anda segera muntah, seeloknya tunggulah sejam atau dua jam selepas makan untuk memberus gigi..
  • Amalkan cara pemakanan seperti '' makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap'' setiap dua atau tiga jam walaupun anda tidak berasa lapar
  • Elakkan daripada menahan lapar kerana perut akan masuk angin dan akan menyebabkan anda mual dan muntah

SEMBELIT

- Masalah sembelit adalah masalah yang sangat ditakuti oleh ibu-ibu hamil.. Ini kerana mereka amat risaukan jika mereka tengah meneran, bayi mereka yang akan terkeluar.. Kebiasaannya sembelit ini berlaku kerana perubahan diet, ubat-ubatan (ade 1 jenis ubat hamil yang diberikan oleh doktor boleh menyebabkan sesetengah ibu hamil mengalami sembelit), kurang pengambilan serat dan lain-lain masalah kecil..

TIPS MUDAH UNTUK MENGATASINYA 

  • Minum banyak air, sekurang-kurangnya 3liter ataupun 8gelas sehari
  • Banyakkan pengambilan makanan yang berserat seperti pisang, kekacang, epal, bayam, kentang, gandum dan lain-lain..
  • Tukar gaya hidup anda dengan banyakkan bergerak seperti senaman ( senaman yang sesuai dengan ibu hamil ).. Dengan senaman dapat membantu merangsang pergerakan otot-otot usus anda..
  • Amalkan pengambilan vita c setiap hari sekurangnya 1000mg sehari
  • Jika ingin mengambil ubat untuk mengatasi masalah sembelit anda, pastikan anda merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang jenis ubat terutamanya herba yang boleh menyebabkan kontraksi berlaku

PENDARAHAN

- Pregnancy spotting atau pendarahan ketika kehamilan adalah masalah biasa malah mungkin anda tidak perlu merisaukannya langsung.. Sekiranya anda melihat kelainan terhadap pendarahan anda itu dan agak membimbangkan, segeralah berjumpa dengan doktor.. Kemungkinan juga menjadi petanda kepada sesuatu petanda kepada beberapa masalah yang boleh menjadi serius.. Anda mungkin perlu diperiksa untuk memastikan bayi didalam kandungan anda selamat dan tidak mengalami sebarang komplikasi..
 Pendarahan yang mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa masalah seperti 
  1. kehamilan ektopik
  2. jangkitan pada vagina
  3. masalah pada plasenta
Langkah yang terbaik untuk menangani masalah ini ialah segera berjumpa dengan doktor untuk memastikan kandungan anda berada dalam keadaan yang selamat..

KESAN REGANGAN

- Kesan regangan biasanya terjadi akibat pertambahan berat badan ketika hamil dan terjadi disekitar kawasan perut, peha, payudara, pinggul atau lengan.. Kesan regangan ini berwarna merah cerah hingga kegelapan.. Kesan regangan ini umpama mimpi ngeri kepada wanita kerana mereka akan beranggapan bahawa mereka tidak menarik lagi dan berasa malu untuk bersama dengan suami..

TIPS MUDAH MENGATASINYA

- Masalah ini dapat diatasi dengan cara moden ataupun tradisional.. Keberkesanan rawatan ini berbeza mengikut individu tersebut.. Anda perlu bersabar dalam proses untuk membaikpulih masalah regangan anda.. Anda perlu menggunakan rawatan yang sesuai dan tidak memberi kesan sampingan kepada anda dan kandungan anda..
  • PELEMBAP - gunakan losyen yang sesuai untuk mengatasi masalah regangan ketika hamil
  • URUTAN - Lakukan urutan dikawasan regangan untuk melembutkan kawasan tersebut dan dapat merangsang penghasilan tisu-tisu baru untuk tumbuhan
  • DIET - Ramai ibu yang salah menganggap bahawa ketika hamil, anda perlu makan untuk dua orang.. Sebenarnya, anda hanya perlu makan makanan yang sihat dan kunyah snek bebas lemak untuk mengekalkan kenaikan berat badan yang disyorkan ketika hamil dan dapat mengelakkan kesan regangan.. Jika kesan regangan muncul, diet kaya mineral dan protein boleh meminimumkan masalah regangan..
  • TERAPI LASER - Rawatan moden ini mungkin akan menjadi pilihan anda sekiranya opsnye lain tidak dapat membantu dan anda mampu untuk lakukannya.. Ini adalah cara paling efektif dalam merawat masalah regangan anda..

 PEDIH ULU HATI

- Kebanyakan wanita hamil akan mengalami masalah seperti ini dan ini tidak mendatangkan kemudaratan.. Ini hanya akan menyebabkan anda berasa tidak selesa.. Pedih ulu hati merupakan rasa angin yang berlarutan dari tulang ke bawah dada hingga ke bawah kerongkong.. Antara punca berlakunya pedih ulu hati ialah plasenta mengeluarkan hormon progestron yang mengendurkan otot lembut dalam rahim.. Hormon itu juga mengendurkan injap yang memisahkan esophagus dari perut, membenarkan asid gastrik untuk naik ke atas dan menyebabkan rasa yang kurang menyenangkan.. Hormon ini juga membuatkan gelombang kontraksi esophagus dan usus perut menurun dan melambatkan penghadaman..

TIPS MUDAH MENGATASINYA

  • Elakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus terutama makanan pedas dan bergoreng.. Makan sedikit tetapi kerap untuk sepanjang hari
  • Ambil masa semasa makan dan kunyah dengan betul.. Elakkan daripada minum dalam kuantiti yang banyak semasa makan.. Cuba kunyah chewing gum selepas makan
  • Jangan membongkok atau baring selepas makan
  • Jangan pakai pakaian yang ketat ketika hamil
  • Sekiranya kerap berlaku ketika waktu malam, minum segelas air sebelum tidur.. Sebaiknya tinggikan sedikit bahagian atas badan ketika berbaring ( meletakkan bantal dibahagian belakang badan)

SAKIT TULANG BELAKANG

- Sakit tulang belakang juga adalah perkara biasa yang sering terjadi kepada wanita hamil.. Biasanya ia akan semakin teruk bila usia kandungan meningkat.. Kebanyakan masalah ini tidak serius tetapi sekiranya kesan ini berlaku secara mendadak dan disertai dengan masalah lain seperti pendarahan, rawatan segera diperlukan.. Makanan atau supliment kalsium amat diperlukan oleh ibu hamil untuk mengurangkan kesan kesakitan ini..

KESAN SAKIT TULANG BELAKANG DI AWAL KEHAMILAN

- Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil menyebabkan ligamen yang menyokong tulang belakang meregang (relax).. Anda disarankan untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan kesakitan seperti cara duduk yang betul, cara mengangkat barang yang betul dan sebagainya.. Raa sakit belakang yang disertai dengan tanda-tanda cramp di bawah bahagian perut atau pendarahan mungkin disebabkan oleh keguguran atau ectopic pregnancy iaitu mengandung diluar rahim.. Sila dapatkan rawatan segera untuk menangani masalah ini..

KESAN SAKIT TULANG BELAKANG DI PERTENGAHAN HAMIL

- Sakit belakang yang berlaku ketika ini disebabkan oleh kombinasi seperti peregangan ligamen dan pertukaran pada posisi badan yang berlaku kerana berat bayi semakin bertambah..

KESAN SAKIT TULANG BELAKANG DI PENGHUJUNG KEHAMILAN

- Sakit belakang ketika ini mungkin menunjukkan sudah tiba untuk anda melahirkan..

Semoga info ini dapat membantu anda menangani masalah anda ketika hamil..

                              
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

2 comments:

  1. Tq sharing dear...Useful info..

    DAPATKAN TIPS SENDI SIHAT KAT SINI >>>
    TIPS MERAWAT SAKIT SENDI DAN TULANG

    ReplyDelete
  2. memang masalah yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.
    saya amalkan Shaklee, memang berbeza dgn pregnancy sebelumnya sebelum kenal Shaklee. pregnant ke-4 tapi lebih cergas daripada sebelumnya

    http://bit.ly/1paw9hv

    ReplyDelete