Sunday, September 28, 2014

BERKELAH DI PANTAI SEPAT

BERSANTAI DI HARI AHAD..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Sebenarnya telah lama kami sekeluarga merancang untuk berkelah di Pantai Sepat ini.. Akhirnya hari ini berjaya juga rancangan kami untuk berkelah dan bersantai di Pantai Sepat.. Tujuan sebenar kami datang ke Pantai Sepat hari ini adalah untuk tengok kuda dan naik kuda tapi, bila sampai di Pantai Sepat tersebut tiada pula kuda seperti yang diberitahu.. Jadi kami menukar rancangan kami kepada berkelah dan santai-santai sahaja di Pantai Sepat ini.. Bagi yang tidak tahu di mana Pantai sepat ini berada, Pantai Sepat ini berhampiran dengan Tanjung Lumpur yang terkenal dengan makanan ikan bakar.. Terdapat dua jalan yang kita boleh lalu untuk sampai ke Pantai Sepat tersebut iaitu melalui Tanjung Lumpur dan juga Jalan Pekan..

Pantai Sepat ini popular dengan tempat berkelah untuk keluarga-keluarga malah ada juga yang menjadikan Pantai Sepat ini tempat mereka mengadakan Hari Keluarga.. Ida pernah mengikuti Hari Keluarga Askar pada tahun 2007 di Pantai Sepat ini kerana pakcik ida seorang askar dan memang seronok sangat terdapat pelbagai acara yang diadakan di sini.. Di Pantai Sepat ini juga terdapat gerai-gerai yang menjual makanan jadi anda tidak perlu risau akan tempat untuk mencari makanan malah terdapat juga penjual yang menjual pelampung untuk kanak-kanak dan layang-layang.. Sambil santai dan mandi-manda di pantai, anda boleh main layang-layang.. Anak-anak pasti teruja dengan aktiviti ini..

Sesampai sahaja ida di Pantai Sepat ini, Haikal dan Haezhal tidak sabar untuk pergi mandi di pantai.. Sebelum ida benarkan Haezhal mandi ida bagi dia tidur dahulu di atas buaian gantung yang di buat oleh tok ayah dia (ayah mertua ida).. Setelah Haezhal tertidur, Haikal dan ayahnya (fadil, suami ida) turun mandi dahulu.. Antara aktiviti yang diorang buat di pantai tersebut ialah menanam haikal di dalam pasir pantai.. Setelah hampir setengah jam Haezhal tidur, giliran Haezhal pula turun mandi bersama ayahnya.. Gembira sungguh dia orang dapat mandi di pantai.. Ida tak turut serta mandi sebab ida malas nak salin baju..

Giliran ida pula sambung tidur di atas buaian gantung yang Haezhal tidur tadi (seronok juga dapat tidur di atas buaian itu, layu je mata sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.. Dah lama sebenarnya tidak berkelah di pantai, selalu kami berkelah di sungai sahaja.. Nak tahu di mana kami sering berkelah di sungai itu?? Sila klik di sini -> PASIR KUBUR, SUNGAI LEMBING .. Setelah dia orang puas mandi di pantai tibalah masanya kami balik.. Sebelum itu, jom lihat beberapa gambar yang sempat ida rakam ketika berkelah di Pantai Sepat tadi..






sedap haezhal tidur dalam buaian ni..



bagi yang tiada kenderaan untuk datang ke Pantai Sepat ini, boleh datang dengan bas rapid.. bas ini selalu lalu di pantai ini..


haikal ditanam.. masa haezhal di tanam ida tengah tidur, jadi takdela gambar haezhal di tanam..




cantikkan pantai sepat ni..





dah nak balik dah..


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

2 comments:

  1. Hi, saya nak minta izin share pics ni boleh tak? untuk masukkan dalam tempat menarik di pahang.

    ReplyDelete