Thursday, November 20, 2014

ADAKAH ANDA FOBIA?? JOM KENALI KATEGORI FOBIA

JENIS-JENIS FOBIA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Adakah anda mengalami fobia terhadap sesuatu benda?? Contohnya seperti fobia terhadap ular, kucing, tikus, lembu, katak dan lain-lain.. Tapi adakah anda pernah dengar kategori-kategori fobia yang lain dan boleh dianggap mengarut kategori fobia itu?? Sebenarnya terdapat banyak kategori yang terdapat di dunia ini..

Anda tak percaya?? Sebenarnya ida pun tak tahu juga tentang kategori fobia ini, tapi setelah membaca artikel di dalam buku MASTIKA barulah ida ketahui tentang kategori fobia ini.. Jom kita baca sebentar kategori fobia yang ida rasakan seperti tidak masuk dek akal.. Mungkin juga ada sesetengah orang mengalaminya kan..


FOBIA-FOBIA YANG PELIK


1 - AGYROPHOBIA (FOBIA MELINTAS JALAN RAYA)
Golongan ini sangat takut untuk melintas jalan raya tidak kira jalan raya itu kecil atau jalan raya besar.. Dia akan menggigil ketakutan ketika hendak melintas..

2 - POGONOPHOBIA (FOBIA DENGAN JANGGUT)
Perkataan 'pogono' berasal daripada Yunani yang bermaksud ada kaitan dengan janggut.. Golongan seperti ini fobia dengan janggut kerana merasakan janggut itu sesuatu yang menyeramkan dan kotor..

3 - MAGEIROCOPHOBIA (FOBIA MEMASAK)
Perkataan ini diambil dari perkataan Greek iaitu 'mageirokos' yang membawa maksud seseorang yang tidak boleh memasak.. Golongan ini akan berasa takut apabila nampak kuali, sudip, periuk dan segala barang yang berkaitan dengan memasak dan dapurlah.. 

4 - PEDIOPHOBIA (FOBIA TERHADAP PATUNG)
Golongan yang menghidap fobia seperti ini amat takut dengan segala jenis patung termasuklah robot dan mannequin.. Keterlaluan yang melampau menyebabkan mereka amat sukar untuk membeli-belah.. Untunglah jika lelaki yang dapat isteri fobia pada patung ini kan..

5 - EISOPTROPHOBIA (FOBIA TERHADAP CERMIN)
Penghidap fobia ini sangat takut untuk melihat cermin dan ianya selalu dikaitkan dengan kepercayaan karut seperti cermin boleh membawa nasib buruk kepada mereka dan lain-lain.. Tetapi agak aneh jika gadis zaman sekarang fobia dengan cermin kan?? Mana boleh hidup tanpa cermin kan.. hihihi

6 - DEMONOPHOBIA (FOBIA PADA SYAITAN/HANTU)
Penghidapnya begitu takut dengan syaitan atau makhluk halus.. Kadang-kala ketakutan yang dialami seperti tidak masuk akal..

7 - PENTHERAPHOBIA (FOBIA TERHADAP IBU MERTUA)
Dlam banyak-banyak fobia yang wujud, fobia terhadap ibu bapa adalah paling bayak berlaku.. Jika tidak ditangani dengan bijak, ianya boleh mengundang kepada penceraian..

8 - ALEKTOROPHOBIA (FOBIA TERHADAP AYAM)
Penghidap fobia ini langsung tidak boleh dekat dengan ayam.. Ketakutannya, bukan sahaja tidak boleh dekat dengan ayam, malah dengan telur ayam juga tidak boleh..

9 - EUPHOBIA (FOBIA MENDENGAR KHABAR BAIK)
Fobia ini sangat aneh kan.. Kita sangat suka jika mendapat khabar baik, tetapi golongan ini sebaliknya.. Mereka sangat takut jika khabar baik itu hanyalah khabar palsu.. Fikirannya sentiasa negatif dalam menerima sesuatu perkara..

10 - VENUSTRAPHOBIA (FOBIA DENGAN WANITA CANTIK)
Segelintir lelakii ada yang menghidap fobia seperti ini.. Mereka akan berasa cemas, gelisah dan tertekan apabila berdepan dengan wanita cantik.. Seboleh-bolehnya mereka akan mengelak daripada bertembung dengan wanita cantik..

11 - VESTIOPHOBIA (FOBIA MEMAKAI BAJU)
Pesakit ini fobia apabila hendak memakai baju.. Kalau pakai baju pun, mereka akan memakai baju yang longgar.. Jika boleh, mereka langsung tidak mahu memakai pakaian.. Ini mungkin disebabkan oleh trauma, contohnya pernah digigit serangga berbisa yang menyorok didalam pakaian..

12 - PANPHOBIA (FOBIA TERHADAP SEMUA BENDA)
Fobia jenis ini sangat jarang berlaku.. Cuba anda bayangkan jika anda mengalami fobia jenis ini.. Takut kepada gelap dan terang, rumah, air, tidur malah menonton televisyen juga boleh membuatkan anda fobia.. Ish... ish... ish.. Kasihan...

Bagaimana?? Pelikkan fobia-fobia diatas?? Adakah anda juga ada fobia terhadap sesuatu benda?? Ida ada juga fobia, fobia pada cicak.. Err, geli sangat.. Pernah satu hari cicak duduk dalam cawan, ida nak basuh cawan tu, melompat terkejut tengok cicak tu.. Nasiblah ada anak lelaki yang boleh diharap suruh alih cicak tu walaupun dia pun takut-takut.. hihihi.. 

Anda boleh juga tengok di sini SENARAI LENGKAP JENIS-JENIS FOBIA..
sumber rujukan MASTIKA

                           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA http://farishmomvittashoppe.blogspot.com/2014/07/pengedar-sah-shaklee-area-taman-tas.html ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim Email: fhaikal91@gmail.com H/P no: 0179563621 / 01115438750 ID Shaklee: 1085175 Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

Wednesday, November 19, 2014

ATASI PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN SEBELUM DIEJEK HAMIL 5 BULAN!!!

BAGAIMANA NAK ATASI PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Perut buncit lepas bersalin ini memang akan dialami oleh kebanyakan ibu-ibu diluar sana kan?? Bagai tak dapat dipisahkan.. Hendak kata makan tak kawal, sudah di kawal.. Nak kata tak bersenam, sudah bersenam.. Tapi masalah perut buncit ini tetap juga tak dapat nak hilang..


Malu juga kan bila jumpa kawan-kawan atau sedara mara tak pun jiran tetangga yang menanyakan kita 'awak hamil ke?? macam hamil 5 bulan dah je???'.. Adoi, malu mak bila ditanya begitu sedangkan kita tak hamil pun.. Pula kalau kita naik kenderaan awam seperti bas yang ada tempat duduk khas untuk ibu hamil.. Tiba-tiba ada orang bangun dan berikan kita duduk di situ sebab nampak perut kita memboyot seperti sedang hamil..

Semasa hamil, perut kita akan mengembang untuk menampung berat dan pembesaran bayi di dalam rahim kita.. Jadi apabila kita telah bersalin, perut kita akan menggelebeh.. Penjagaan ketika dalam pantang amat penting untuk elakkan dari perut kita terus menggelebeh dan menjadi buncit.. Bagi menyelesaikan masalah ini, ida ada beberapa tips bagi anda untuk atasi perut buncit selepas bersalin..

TIPS DAN PETUA ATASI PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN

1- SUSU IBU
Susu ibu sangat bagus untuk bayi baru lahir.. Ibu-ibu disarankan untuk menyusukan anak sehingga anak berumur 6 bulan dan boleh dilanjutkan sehingga umur 2 tahun.. Menyusukan anak dapat membantu mengecutkan rahim ibu.. Selain itu, melalui penyusuan juga dapat membakar 200 hingga 600 kalori sehari.. Nampak kan betapa bagusnya menyusukan anak..

2- BERBENGKUNG
Pada zaman ini, ibu-ibu sudah tidak ambil kisah lagi tentang berbengkung sedangkan berbengkung itu juga merupakan alternatif yang bagus untuk kempiskan kembali perut kita.. Tetapi anda perlulah memilih bengkung yang sesuai dan selesa untuk dipakai..

3- BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA
Dengan bertungku dapat membantu memecahkan darah-darah beku,lemak dan  mengurangkan bengkak pada perut atau rahim.. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air yang berlebihan di dalam badan.. Nampak tak kenapa begitu pentingnya bertungku, bertangas dan juga bersauna ketika berpantang.. Emak atau nenek atau tok bidan bukan saja-saja menyuruh kita bertungku dan lain-lain tu, ianya memang sangat baik untuk tubuh kita.. Jika tidak dapat bertangas atau bersauna pun tidak apa, asalkan bertungku tetap diamalkan ketika berpantang..

4- KAWALAN DIET YANG BETUL
Bagi ibu yang menyusukan anak memang tidak digalakkan untuk berdiet kerana kita perlukan makanan yang lengkap nutrient untuk disalurkan kepada anak kita.. Lagi pun, jika kita terlalu berdiet nanti susu tidak dapat dihasilkan.. Tetapi itu tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati anda.. Anda boleh kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak di dalam hidangan harian anda.. Kita boleh ubah makanan tersebut kepada stim, rebus, panggang dan sebagainya yang sihat-sihat..

5- SENAMAN/ AKTIVITI FIZIKAL
Anda juga boleh melakukan senaman untuk mengempiskan perut.. Antara senaman tersebut adalah plank cross crunch, leg raises, bicycle crunch dan lain-lain.. Selain itu, anda boleh melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal berenang dan lain-lain aktiviti yang dapat membantu mengempiskan perut anda.. Aktiviti ini mestilah dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan yang baik..


6- DETOKS
Mengalami masalah penghadaman boleh menyebabkan perut buncit berlaku.. Ini kerana lebihan makanan dan lemak berkumpul didalam perut lalu bertukar menjadi toksin.. Anda perlu lakukan detok sekali sekala bagi mengurangkan lebihan toksin di dalam badan terutama dibahagian perut.. Apabila detoks dilakukan, anda akan berasa lebih segar dan ringan badan..

Anda nak yang lagi senang cara atasi perut buncit anda?? Ida ada cadangan yang senang untuk membantu anda mengempiskan perut.. Jom kita lihat apakah cara senang untuk anda kempiskan perut anda..

ATASI PERUT BUNCIT CARA SENANG


1- HERBLAX (tidak sesuai diambil oleh ibu menyusu) - Membantu untuk detoks segala toksin dan kekotoran yang melekat di usus, membantu masalah sembelit, mengempiskan perut..


2- ALFALFA (boleh diambil oleh ibu menyusu) - Mencuci usus bagi membuang toksin, membantu masalah penghadaman dan pencernaan, melegakan masalah sembelit.. 


3- LECITHIN - Membantu mengelmulsi lemak sekaligus membakar lemak..


4- OMEGA - Agen pembakar lemak yang pantas serta membantu mengawal paras kolestrol..


5- ESP - Membantu membina otot dan membantu memberi rasa kenyang berpanjangan..

   

                          SAYA MAHU ATASI PERUT BUNCIT DENGAN SET SHAKLEE


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Monday, November 17, 2014

HARI GRADUASI DAN ANUGERAH JPTP TADIKA PERPADUAN ZON C DAERAH KUANTAN

HAIKAL DIANUGERAHKAN PELAJAR CEMERLANG 


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Alhamdulillah, selesai sudah hari graduasi tadika di tempat haikal belajar.. Maka dengan itu, tamat sudahlah haikal belajar di tadika selama 2 tahun 2013-2014.. Haikal belajar di Tadika Perpaduan Taman Tas Ria dan diajar oleh 2 orang guru iaitu Cikgu Hasni dan juga Cikgu Aida.. Alhamdulillah, selama 2 tahun Haikal belajar di tadika tersebut terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam akademiknya..

Ida sangat berterima kasih kepada 2 orang guru ini kerana telah banyak mengajar Haikal dari tidak berapa ingat ABC, selalu hilang salah satu nombor ketika mengira 123, tidak pandai membaca, tidak pandai menulis tetapi kini dia pandai semuanya.. Kini dah pandai mengira nombor 1-100, dah pandai baca ABC, lancar membaca (walaupun baca straight je, langgar je tanda noktah.. hehe), sudah pandai menulis, mewarna dan pelbagai lagi lah..

HAIKAL MENERIMA ANUGERAH


Sebelum Haikal naik ke atas pentas, ida tak tahu pun bahawa Haikal akan dapat Anugerah Pelajar Cemerlang dan dia merupakan no 1 dalam kelas dia.. Ida ingatkan, dia beratur depan sekali saja-saja je (ialah, haikal suka beratur bahagian depan) tapi rupanya sebab dia akan dapat anugerah tersebut.. Sungguh ida tak sangka, betul-betul tak sangkalah.. Sebab Haikal agak nakal di sekolah, di rumah pun puas menyuruh dia buat kerja sekolah.. 


Disekolah pula selalu kena marah dengan cikgu, kena duduk asing sebab suka kacau kawan-kawan, banyak bercakap.. Dirumah pula, balik je dia terus nak main.. Puas disuruh buat kerja sekolah, macam-macam alasan diberi.. Tapi ternyata, sangkaan ida meleset selama ini.. Terasa menyesal kerana selalu marah-marahkan dia..

haikal dan afiqah.. kawan baik..

Apa yang buat ida tak sangka, Haikal masa umur 5 tahun dia agak lambat nak dapat apa yang di ajar cikgu.. Membaca juga agak lambat nak habis satu buku tu.. Selalu juga dia bawa balik buku yang kena diulang baca dan diulang balik tulis huruf sebab dia lupa.. Tapi ada sesuatu yang istimewa yang ida berikan padanya pada awal tahun ini iaitu permulaan masuk tadika bagi umur 6 tahun..

3 orang penerima anugerah pelajar cemerlang bagi tadika perpaduan taman tas ria.. no 1- haikal, no 2-afiqah dan no 3- avinash

Selepas dari itulah nampak prestasi haikal semakin baik.. Haikal dapat mengejar kawan baiknya Nur Afiqah membaca buku, yang mula asalnya dia agak terkebelakang tapi last-last dia dapat menghabiskan membaca buku tersebut bersama-sama.. Cikgu juga mengatakan Haikal wakil bagi pelajar lelaki berumur 6 tahun dan Afiqah wakil pelajar perempuan berumur 6 tahun yang pandai membaca..


HAIKAL SERTAI PERTANDINGAN MEMBACA


Pada akhir bulan Oktober lepas, Haikal dipilih oleh cikgunya untuk masuk pertandingan membaca.. Sepatutnya pertandingan bercerita, tapi disebabkan pertandingan ini diberitahu seminggu sebelum pertandingan jadi budak-budak yang terlibat membaca buku cerita yang diberikan.. Ida agak risau juga pada mulanya, iyalah cikgu bagi beberapa buah buku (kalau tak salah 5 @ 8 buah buku) untuk haikal membaca dan kalau boleh di hafal..


Masa yang ada seminggu sahaja, tiba-tiba Haikal demam pula hari 5 hari sebelum pertandingan.. Bukan cikgu sahaja yang risau, ida pun risau juga.. Tapi alhamdulillah Haikal cepat pulih.. Pada hari pertandingan tersebut barulah Haikal diberi buku yang perlu dibacanya mengikut no giliran..

Ida tidak mengharapkan sangat haikal akan menang,asalkan dia enjoy dan dapat pengalaman pun dah memandai.. Tapi, ida dapat kejutan dari haikal.. Haikal mendapat tempat ke-3 bagi pertandingan membaca peringkat daerah Kuantan.. Berbaloi juga la kan usaha Haikal berlatih membaca dan membuat gaya..
 
TERIMA KASIH CIKGU AIDA DAN CIKGU HASNI



Alhamdulillah dan ida berharap anak ibu akan terus berjaya dunia akhirat.. Menjadi anak yang baik, mendengar kata, hormat orang tua, rajin belajar dan segala yang baik-baik ibu doakan untuk anak ibu..

SESUATU ISTIMEWA YANG IDA BAGI PADA HAIKAL


Pasti anda ingin tahu kan apa yang ida bagi pada Haikal.. Bukan pada Haikal je tapi pada adiknya juga Haezhal.. Ida mula bagi pada Haikal dan adiknya pada awal tahun hari tu.. Alhamdulillah, dengan bantuan makanan tambahan dari Shaklee itu, Haikal lebih mudah fokus dalam kelas dan senang untuk faham apa yang di ajar oleh cikgunya di tadika..

SET ISTIMEWA KANAK-KANAK DARI SHAKLEE


Ida beri haikal Mealshake dan Vita C Chewable.. Omega Guard ida bagi juga tapi kadang-kadang jela sebab Haikal tak suka kunyah dan tak reti nak telan.. Kalau anak anda suka kunyah Omega Guard itu satu bonus pada anda tau..

Untuk pengetahuan anda, Mealshake dapat membantu anak-anak lebih fokus di dalam kelas dan juga dapat mengurangkan risiko anak untuk dijangkiti demam, selsema dan sebarang penyakit lain yang boleh di jangkiti di sekolah.. Untuk maklumat lanjut tentang Mealshake, anda boleh rujuk di entry ida ini 10 SEBAB KENAPA MEALSHAKE PENTING KEPADA ANAK ANDA..



Vita C Chewable pula sangat digemari oleh ramai kanak-kanak.. Rasanya yang sedikit masam amat digemari oleh anak-anak ida terutama si adik.. Pantang nampak botol pasti minta nak makan.. Vita C Chewable ini bagus untuk kanak-kanak kerana ianya dapat membantu menghalang jangkitan kuman, meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak, membantu pertumbuhan tulang, gusi dan gigi yang baik dan banyak lagilah kelebihannya..


Omega Guard juga amat bagus untuk perkembangan otak si manja.. Omega Guard mengandungi omega 3 yang membantu dalam perkembangan minda dan tumbesaran bayi dan kanak-kanak kerana mengandungi EPA dan DHA yang membantu sel-sel otak anak anda berhubung.. Anda boleh membaca lanjutannya di OMEGA MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK..



   

ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Saturday, November 15, 2014

TIPS DAN PETUA UNTUK PENJAGAAN MATA DAN GIGI

BAGAIMANA MAHU MATA CANTIK DAN SIHAT SERTA MENJAGA KESIHATAN GIGI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini ida akan kongsikan beberapa tips tentang penjagaan mata serta gigi.. Haa, kalau berkaitan mata ni selalu orang akan cakap dari mata turun ke hati.. Betul tak?? Senyuman yang manis, datang dari gigi yang cantik.. Jadi bagaimana mahu menjaga dua anggota badan ini yang sering orang akan lihat dahulu apabila pandang kita??

Ida ada beberapa tips dan petua yang anda boleh praktikkan di rumah.. Senang je petua ini.. Bila-bila masa pon anda boleh buat.. Jom kita lihat apakah tips dan petua itu.. 

KEKALKAN MATA YANG CANTIK DAN SIHAT


HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Untuk menghilangkan lebam dibawah mata, ambil timun dan hiris dengan ketebalan yang sederhana.. Kemudian tekapkan diatas mata.. Selain daripada timun, anda juga boleh gunakan tomato..

  
SEMBUHKAN SAKIT MATA
     Sekiranya anda mengalami sakit mata, ambil sedikit garam dan isikan didalam besen yang berisi air.. Larutkan garam tersebut dan masukkan muka anda didalam air larutan garam tersebut.. Kelipkan beberapa kali mata anda didalam air tersebut.. Buat beberapa kali.. Insya allah sakit mata anda akan berkurangan..


REDAKAN MATA YANG GATAL
Ambil beberapa helai daun sireh, ramas dan rendamkan dalam air suam selama 10 minit.. Kemudian, tapis air tersebut.. Gunakan air yang ditapis tadi untuk dibasuh pada mata anda sehingga gatal tersebut hilang..



SEGARKAN MATA
Untuk dapatkan mata yang segar, ambil dua uncang teh yang telah digunakan dan tekapkan pada kedua belah mata selama lima minit.. Amalkan selalu dan anda akan dapati mata anda akan lebih segar dan bersinar..


RAWATAN UNTUK MATA RABUN
Sekiranya mata anda rabun, amalkan pengambilan pemakanan yang mempunyai sumber vitamin A dan D seperti kangkung, lobak merah, epal, mangga dan betik.. Semoga tahap rabun anda akan semakin berkurangan..



TINGKATKAN KESIHATAN GIGI


SAKIT GERAHAM BONGSU
Sekiranya geraham bongsu anda sakit, anda boleh mencuba petua ini.. Ambil sebiji limau nipis dan belahkan empat.. Kemudian rebus bersama garam dan air sehingga mendidih.. Setelah itu, biarkan air rebusan itu menjadi suam dan kumurlah sekerap yang mungkin.. Lakukan setiap hari sehingga sakit itu berkurangan..


MENGUATKAN GIGI
Jika mahu gigi yang kuat, tumbuk sedikit halia bersama garam dan campurkan dengan air.. Berkumur dengan menggunakan campuran air halia tersebut setiap hari.. Hasilnya gigi anda akan menjadi lebih kuat..


GIGI PUTIH
Gigi putih adalah idaman setiap orang.. Untuk mendapatkan gigi yang putih, campurkan daun bay yang kering dengan kulit oren kering dan gunakannya sabagai penyental gigi.. Amalkan setiap hari untuk hasil yang memberangsangkan..


REDAKAN SAKIT GIGI
Untuk meredakan gigi yang tengah sakit, ambil putik kapas dan celupkan dalam esen pisang.. Kemudian, tekan atau sapukan pada gigi yang tengah sakit tersebut..


GIGI BERSERI-SERI
Supaya gigi anda bertambah seri, amalkan petua ini.. Mula-mula sekali, ambil satu sudu garam halus dan campurkan dengan beberapa titisan air tetapi ingat jangan terlalu banyak memadai garam tersebut menjadi lembap agar anda mudah mencoleknya.. Kemudian, gosok garam tadi pada gigi anda.. Sebaik-baiknya, gunakan berus gigi yang rapat.. Beruslah berulang kali dan ulangi sehingga satu hingga dua minggu.. Hasilnya, gigi akan menjadi bersih dan berseri..


Itulah diantara petua dan tips yang berkaitan dengan mata serta gigi..

               
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Friday, November 14, 2014

10 SEBAB MENGAPA MEALSHAKE PENTING KEPADA KANAK-KANAK

KEBAIKAN MEALSHAKE KEPADA KANAK-KANAK


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Adakah anda perasan anak-anak zaman sekarang ini tidak sama seperti zaman kita dahulu?? Apa yang tidak sama ye.. Banyak perbezaannya.. Jika nak dibandingkan kanak-kanak zaman dahulu mungkin lebih sihat (lebih sihat bukan bermaksud gemuk tapi sihat tubuh badan, jarang terkena serangan penyakit seperti demam, aelsema dan batuk) berbanding kanak-kanak zaman sekarang ini yang mudah terkena penyakit demam, batuk, selsema dan lain-lain..

Di zaman kanak-kanak dahulu banyak aktiviti yang kita lakukan seperti bermain galah panjang, kejar-kejar, lompat getah, tuju tin dan lain-lain yang sudah semestinya akan mengeluarkan peluh.. Namun kanak-kanak zaman ini sudah tidak kenal lagi permainan yang biasa kita main dahulu.. Malah diorang akan menghadap gadget berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh..

 
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Itu bab mainan, bab makanan pun sama juga.. Mereka sekarang ini lebih gemar makanan segera seperti burger, jajan, pizza dan lain-lain yang tidak digalakkan untuk mereka.. Kita dahulu, bukan main susah hendak dapat makan sedap-sedap macam ini kan, apa yang mak sediakan itulah yang kita makan.. Namun mereka sekarang senang sahaja untuk memperolehinya.. Jadi, bagaimana mereka mahu mendapat khasiat yang sepatutnya jika gaya hidup mereka tidak sihat??

Jadi untuk memenuhi tuntutan nutrient yang diperlukan oleh tubuh anak-anak kita ini, kita boleh menyelesaikannya dengan memberi makanan tambahan kepada mereka.. Makanan tambahan ini dapat membantu memenuhi nutrient dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh anak kita untuk kekal cergas, dan sihat setiap hari.. Namun, dengan pemberian makanan tambahan ini kepada anak-anak, ibubapa perlu membuat peraturan tentang penggunaan gadget dalam satu hari, contohnya boleh bermain gadget hanya 1-2 jam sahaja setiap hari..

Oklah tu, jika nak ikut banyak lagi ida nak sambung tapi ida teruskan dengan kisah makanan tambahan ini ye.. Makanan tambahan yang ida maksudkan tersebut ialah Mealshake.. Dengan adanya Mealshake ini, kanak-kanak akan lebih bertenaga, dapat memberi tumpuan apa yang diajar, dapat membantu meningkatkan sistem imun mereka dan membantu mereka untuk lebih sihat..


KENAPA MEALSHAKE PENTING KEPADA ANAK?


1- MENGANDUNGI KARBOHIDRAT - GI RENDAH
Karbohidrat berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh kita.. Memandangkan anak yang aktif memerlukan tenaga yang lebih maka dengan pengambilan mealshake dapat membantu memberi tenaga kepada simanja yang sedang aktif.. Glisemik Indeks (GI) yang rendah pula berfungsi untuk memberi tenaga secara perlahan-lahan.. Dengan perlepasan karbohidrat secara perlahan-lahan tidak lah membuatkan anak-anak mengantuk dan ianya sesuai untuk kanak-kanak obesiti kerana kandungan gulanya tidak berlebihan..

2- MENGANDUNGI PROTEIN - 9 AMINO ACID
Mealshake mengandungi protin yang lengkap dengan 9 amino acid yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.. Untuk pertumbuhan yang baik bagi kanak-kanak yang sedang aktif ini, keperluan amino acid ini amatlah perlu.. Amino acid ini membantu perbaikan tisu badan dan sangat penting untuk pertumbuhan anak-anak yang sihat..

3- MERUPAKAN ANTIOXIDANTS DAN MENGANDUNGI VITAMIN A,C,E
Mealshake yang bersifat antioksidan ini sangat bagus untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit sensitif.. Masalah kulit sensitif ini seperti terdapat bekas gigitan nyamuk, masalah eczema dan lain-lain, cubalah bagi mealshake insyaallah berkesan.. Baguskan, bukan sahaja untuk kesihatan tapi juga untuk mencantikkan kulit..

4- DIETRY FIBER
Pasti ada dikalangan anak-anak kita ini mempunyai anak picky eater (memilih makanan) kan.. Jadi sudah tentulah hendak memakan sayur atau buahan pun susah.. Jadi, anak-anak sebegini pasti akan mengalami masalah sembelit.. Kasihankan jika melihat anak meneran tetapi bila dilihat poopoonya hanyalah sedikit sahaja.. Lagi kasihan jika sembelit tersebut sehingga mencederakan ususnya lantas apabila dia poopoo akan terdapat darah.. Fiber yang terkandung di dalam Mealshake amat membantu menyelesaikan masalah sembelit yang dihadapi oleh anak-anak..
   
5- MENGANDUNGI VITAMIN B
Terdapat dua jenis vitamin B yang terdapat didalam Mealshake ini iaitu B6 dan B12.. Fungsi B6 adalah untuk metabolisma dan penyerapan protin serta metabolisma karbohidrat.. Malah membantu membina sel darah merah, meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.. Jika kekurangan sumber vitamin B6 ini, kanak-kanak akan mengalami masalah sawan, anemia dan gatal-gatal pada kulit atau menjadi kulit bersisik..Manakala fungsi vitamin B12 pula adalah membina bahan ginetik dan membantu pembentukan sel darah merah.. Jika kekurangan vitamin B12 pula akan menyebabkan anemia iaitu kekurangan darah yang boleh menyebabkan kerosakan saraf..

6- MENGANDUNGI SODIUM DAN MAGNESIUM
Kedua-dua mineral ini mempunyai peranan yang penting kepada tubuh badan.. Sodium dan juga Magnesium ini membantu menyeimbangkan bendalir didalam badan agar badan kanak-kanak tidak kekurangan cecair.. Sekiranya kanak-kanak kekurangan mineral ini mereka akan ternyahhidrat dan akan menyebabkan mereka kelesuan.. Dengan adanya kedua mineral ini akan membantu mereka agar tidak keletihan untuk melakukan aktiviti harian mereka..

7- VITAMIN C YANG DISUKAI RAMAI
Vitamin C amat disukai oleh pelbagai golongan dan ia amat penting kepada tubuh manusia dalam menghalang jangkitan kuman dan membantu meningkatkan sistem imun tubuh.. Vitamin C ini membantu kesihatan gusi, gigi dan kulit.. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan gejala asma..

8- MEALSHAKE ADA VITAMIN A
Tubuh kita amat memerlukan vitamin A terutama mata.. Jika tubuh kekurangan sumber vitamin A, mata akan berpotensi untuk menjadi rabun.. Memandangkan sekarang ini kanak-kanak suka menghadap gadget mereka, potensi untuk mata mereka rabun itu sangat tinggi.. Untuk mendapat sumber vitamin A ini, ibu-ibu boleh memberi anak-anak makan lobak tetapi tidak semua kanak-kanak suka makan lobak kan?? Jalan penyelesaiannya, ibu-ibu boleh memberi mealshake kepada anak untuk menambah sumber nutrient tersebut ke tubuh anak..

9- KALSIUM DAN VITAMIN D
Bila sebut kalsium sahaja perkara utama yang keluar adalah berkaitan tulang.. Betul tak? Haa, untuk pengetahuan anda bagi memantapkan lagi penyerapan kalsium ini ke dalam tulang, ia perlulah diambil bersama vitamin D.. Mana nak cari vitamin D?? Dalam Mealshake sudah siap sedia ada dua gabungan mantap ini, jadi ibu-ibu tidak perlu risau lagi tentangnya..

10- MEALSHAKE MENGANDUNGI IRON dan VITAMIN B12
Iron dan vitamin B12 amat penting dalam pembinaan sel-sel darah merah.. Sel-sel darah merah ini berfungsi sebagai membawa oksigen ke otak.. Apabila kanak-kanak kekurangan iron dan vitamin B12, ini akan menyebabkan mereka mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah.. Apabila mereka kekurangan sel darah merah mereka akan cepat letih, kurang tumpuan, lesu dan tidak bermaya.. Dengan adanya Mealshake yang mengandungi iron dan vitamin B12, ini dapat membantu mereka lebih bertenaga, aktif dan dapat memberi tumpuan ketika belajar..

Dengan info di atas, adakah anda rasa perlu atau tidak anda memberi Mealshake kepada anak anda?? Ida sudah memberi anak-anak ida Mealshake dan dapat melihat perubahan mereka.. Jika dahulu mereka sering demam atau kurang selera makan.. Kini, mereka lebih bertenaga, berselera makn, tiada lagi memilih makan, kurang dijangkiti demam, selsema dan lain-lain.. Anda bila lagi??
                                                     SAYA MAHU BELI MEALSHAKE


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Thursday, November 13, 2014

KHASIAT PETOLA YANG KITA TIDAK KETAHUI

SAYUR HIJAU YANG BANYAK KHASIAT KEPADA TUBUH KITA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Nak cerita sikit ni.. Pagi tadi setelah van jual sayur dan ikan sampai, duk fikir lah nak beli apa kan.. Ayam hari-hari dah makan, jadi kita tukar selera sikit beli ikan la pulak tapi tak tahu lagi nak masak apa ikan tu.. Nak pilih sayur pula tak tahu nak beli sayur apa.. Nampak lobak merah, teringat resepi PENKEK GULUNG LOBAK MERAH ALA KOREA dari blog mama hantek (boleh klik nama mama hantek tu ye nak tengok resepi tu).. Apa lagi, ambillah sebatang lobak untuk buat resepi tu nanti..


Lepas tu ternampak pula petola yang dah lama tak makan, buat sayur air sedap juga kan.. Ambil sebatang petola untuk dijadikan lauk malam ni.. Selesai sudah membeli lauk untuk hari ini.. Time untuk memasak belum tiba lagi, jadi duk layan facebook lah dulu sekejap.. Tengah duk scroll facebook tu terjumpa satu info tentang khasiat sayur petola ni.. Tak rugi juga beli petola hari ini dan kebetulan terjumpa pula info menarik tentang sayur petola ini pula..

KHASIAT PETOLA YANG BAIK UNTUK TUBUH KITA


Untuk pengetahuan anda, petola mengandungi vitamin C, riboflavin, zink, thiamin, iron, magnesium dan benar-benar kaya dengan serat pemakanan.. Selain itu, petola juga rendah lemak tepu dan yang penting rendah kalori.. Khasiat petola kepada tubuh kita adalah..

1- PEMBERSIH DARAH
Dengan pengambilan petola yang kerap dapat membantu membersihkan darah kita daripada bahan tercemar.. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan kesihatan organ hati..

2- MEMBANTU MASALAH PENGHADAMAN
Sekiranya anda mempunyai masalah penghadaman seperti sembelit, anda boleh ikhtiar dengan memakan petola.. Ini kerana petola mempunyai sifat laksatif iaitu sifat-sifat julap sihat secara semulajadi.. Mungkin juga jika anda ada masalah buasir boleh mencuba mengambil petola untuk menyelesaikan masalah buasir anda.. Petola mempunyai keupayaan untuk membantu sistem penghadaman perut..

3- MENYEMBUHKAN PENYAKIT KUNING (JAUNDIS)
Penyakit kuning atau dipanggil jaundis disebabkan oleh masalah organ hati yang tidak dapat berfungsi dengan baik.. Petola mempunyai khasiat yang dapat membantu membersihkan organ hati sekaligus membantu menyembuhkan penyakit kuning..

4- SESUAI UNTUK PESAKIT KENCING MANIS
Terdapat kewujudan insulin seperti peptida di dalam petola ini yang dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah.. Disamping itu, petola dapat membantu mengawal paras insulin darah ke kuantiti yang diperlukan..

5- MEMBANTU UNTUK KURUS
 Bagaimana petola dapat membantu menguruskan badan?? Petola mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah dan tahap kolestrolnya juga rendah.. Selain itu, jumlah kalori dan lemaknya juga amat ideal untuk yang mahu diet.. Tambahan pula, petola mengandungi air yang banyak.. Disamping itu, serat pemakanan, mineral dan vitamin yang terkandung didalam petola membantu untuk mengurangkan berat badan..

6- MESRA PADA PERUT
Selulosa yang terkandung didalam petola amat membantu dalam masalah berkaitan usus seperti sembelit dan juga dalam penyembuhan buasir..


Itulah diantara kebaikan petola yang kita tidak tahu.. Lepas ini bolehlah diamalkan selalu petola ini.. Ida mahu kurus, jadi sesuai lah kan dijadikan makanan untuk diet.. Anda-anda yang mahu diet boleh la cuba amalkan petola ini.. Tapi ida ada nak bagi tahu satu rahsia ni.. Kalau orang yang jenis tak makan sayur ni kan, tapi nak kurus ida cadangkan ambil supliment.. Nak tahu supliment ape?? Jom tengok kat bawah ni..

sumber rujukan
KHASIAT PETOLA