Saturday, October 4, 2014

PETUA ORANG DULU-DULU

TIPS DAN PETUA MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kita sambung balik ye tips dan petua yang anda boleh mencuba dirumah.. Tips dan petua hari ini pasti ramai yang mencari dan ingin mencuba kerana ada setengah dari petua hari ini banyak di alami oleh orang zaman sekarang.. Jom ikuti apakah petua hari ini..

KURANGKAN PANAS BADAN BAYI

Petua ini bukan sahaja boleh digunakan untuk bayi sahaja malah untuk semua peringkat umur.. Jika bayi anda mengalami demam panas, ambil segenggam asam jawa dan ramas asam jawa tersebut bersama sedikit air.. Kemudian, lumurkan sedikit demi sedikit air asam jawa tersebut ke kepala bayi anda.. Insyaallah panas demamnya akan beransur pulih..


SEMBUHKAN LUKA

Sapukan lendir daun lidah buaya (aloe vera) di tempat yang mengalami luka.. Hasilnya, luka itu akan cepat sembuh..


LEGAKAN BATUK

Sekiranya anda mengalami batuk dan mahu mencuba rawatan tradisional, petua ini mungkin dapat membantu.. Ambil satu sudu makan madu dan campurkan dengan air perahan limau nipis (daripada sehiris limau nipis) dan makan.. Namun jika bayi anda mengalami batuk, anda boleh ambil sedikit kapur makan dan campurkan dengan air perahan limau nipis.. Setelah di kacau rata, sapukan dibelakang badan dan dada bayi anda (sapu rata nipis, kerana kapur itu panas)..


HILANGKAN KUTU

Masalah kutu ini jika dibiarkan akan menjadi semakin teruk malah, jika duduk berdekatan dengan orang yang mempunyai kutu akan menjangkiti kepala kita.. Pernah ida tengak ada seorang budak ni, mula asalnya ida ingatkan budak itu lelaki tetapi selepas mendengar kakaknya memanggil namanya barulah ida tahu rupanya dia budak perempuan.. Kasihan juga melihatnya kerana rambutnya dipendekkan seperti lelaki akibat masalah kutu..
Untuk menghilangkan kutu, ambil beberapa ulas bawang putih, buangkan kulitnya dan tumbuk sehingga lumat.. Kemudian, campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambutnya.. Akhir sekali, balutkan kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci..


KEMPISKAN PERUT

Masalah perut buncit selepas bersalin ni kadang-kadang menjadi igauan kepada ibu-ibu baru lepas bersalin.. Petua ini sesuai untuk yang mahu kempiskan perut buncit mereka sama ada lelaki mahupun wanita.. Ambil sebiji peria bersaiz sederhana, potong kecil-kecil dan dikisar bersama sedikit air dan gula.. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan.. Untuk rasa lebih enak, anda boleh sejukkannya..


Ida kongsikan lima dahulu tips dan petua untuk hari ini.. Tak boleh kongsi banyak-banyak nanti anda jemu nak membacanya (bukan kedekut tau, tapi risau anda jemu nak membaca kalau panjang lebar sangat).. Nantikan lima lagi tips dan petua untuk esok ye..
          
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Friday, October 3, 2014

MEMBELI SAMBIL MENDERMA

BELI MEALSHAKE SAMBIL MENDERMA MASIH BERLANGSUNG


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Sebenarnya promosi ini telah berlangsung semenjak dari bulan lepas (September) lagi.. Tapi ida nak beri soft remember la dekat anda, takut anda terlupa.. Mungkin ada yang tidak sempat untuk membeli promosi MEALSHAKE Shaklee pada bulan lepas, maka anda masih berpeluang untuk membelinya pada bulan ini.. Promosi Mealshake beli 3 percuma 1 ini sangat berbaloi kepada anda.. Kenapa ida cakap berbaloi?? Tentulah berbaloi, anda beli 3 tin Mealshake Shaklee anda dapat percuma 1 lagi tin malah anda menderma sekali dengan membuat pembelian ini.. 

Masih tidak untung lagi?? Mana boleh tidak untung, 1 tin Mealshake tu boleh tahan sekurangnya 2 bulan (kalau anda konsisten beri pada anak anda la, kalau tidak mungkin tahan lebih lama lagi) jadi anda kira lah kalau beli 3 percuma 1 agak-agak boleh tahan berapa lama?? Berapa bajet yang anda dapat jimat?? Wahhh, pada ida sangat-sangat untung la.. 

Untuk menderma pula, ida pasti kita semua bukan selalu dapat menderma kan?? Jadi ambil peluang ini untuk membantu keluarga yang susah.. Ini kerana, setiap set promosi yang anda beli tersebut, Shaklee akan mengambil 10% dari hasil jualan tersebut untuk disalurkan kepada 2000 keluarga kurang mampu untuk selama setahun.. Dengan cara inilah kita dapat membantu yang mana kurang berkemampuan dan tidak selalu kita dapat membuat derma sebegini..

Anda mahu lebih maklumat, anda boleh klik gambar tersebut untuk lebih kepastian.. 

 

ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

BERSERI DI HARI RAYA AIDILADHA

TIPS DAN PETUA UNTUK CANTIK


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari raya Aidiladha hanya tinggal dua hari sahaja lagi.. Walaupun kemeriahannya dan kenantiannya tidak sama seperti menyambut Hari Raya Aidilfitri namun semua orang hendak tampil cantik di pagi raya tersebut.. Hari ini, ida nak kongsikan beberapa tips dan petua untuk anda tampil cantik berseri di pagi hari raya nanti.. Malah anda bolehla terus amalkan tips dan petua ini untuk kekal cantik dan menawan setiap hari.. 

BAGAIMANA NAK TAMPIL CANTIK??


WAJAH SEMAKIN BERSERI

Anda pasti inginkan wajah yang berserikan?? Caranya mudah sahaja.. Ambil satu mangkuk kecil beras, basuh dan toskan airnya.. Kemudian, anda gorengkan beras tersebut tanpa menggunakan minyak sehingga hangus dan tumbuk atau kisar beras tersebut sehingga menjadi serbuk.. Simpankan di dalam bekas kedap udara.. Apabila hendak digunakan, ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis.. Setelah sebati, sapukan dan gosok pada muka dan biarkan sehingga kering.. Kemudian, bilas sehingga bersih..

BIBIR MEREKAH

Apabila bibir merekah, pasti tidak cantik kan.. Untuk atasinya, anda boleh mencuba tips dan petua ini.. Minum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.. Amalkan meminumnya sekali sehari dan lihatlah hasilnya..

RAWAT KULIT BERKEDUT

Kulit yang mula berkedut pasti menimbulkan keresahan di hati.. Jadi jom kita amalkan tips dan petua ini untuk rawat masalah kulit berkedut.. Ambil sebatang lobak merah dan parutkannya.. Kemudian, campurkan parutan lobak tersebut dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.. Gaulkan sehingga sebati bancuhan tersebut.. Sapukan pada kulit sehari sekali..


LEBATKAN BULU KENING

Anda mempunyai masalah bulu kening yang nipis dan terlalu halus sehingga tidak menampakkan bulu kening?? Jom cuba tips dan petua ringkas ini.. Ambil dua biji buah keras dan bakar sehingga hitam, kemudian tumbuk sehingga halus.. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur dan bersihkan dengan air keesokannya.. Kening anda akan nampak lebih lebat dan menarik..


TEGANGKAN KULIT MUKA

Ambil sebatang timun dan sagat atau hancurkan sehingga lumat.. Kemudian, campurkan dengan tepung ubi kayu dan sedikit air.. Kacau rata tetapi jangan terlalu cair.. Sapukan bancuhan itu ke muka dan biarkan sehingga kering sebelum dicuci..


           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Thursday, October 2, 2014

ESP BOLEH CANTIKKAN KULIT??

ESP BOLEH MEMBANTU MASALAH KULIT


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Adakah anda mengalami masalah kulit seperti jerawat, berminyak, berparut, tona kulit tidak sekata dan bermacam lagi masalah kulit?? Pasti terasa rendah diri jika mempunyai masalah seperti itu kan?? Manakan tidak jika jerawat yang muncul tersebut jenis merah-merah dan besar-besar.. Pastu akan meninggalkan parut yang jelas di muka malah kadang-kadang terdapat kawah-kawah kecil di muka.. Apabila muka berpeluh mulalah minyak-minyak akan mula bertapak di muka.. Pernah ida dengar ada kawan ida cakap, 'nak goreng telur pon boleh'.. Cuba anda bayangkan jika orang perli anda macam itu, pasti akan rasa malukan??

Bukannya tidak pernah mencuba pelbagai produk untuk kulit tetapi semuanya tidak menjadi malah ada yang makin terukkan keadaan kulit muka juga.. Anda pasti tercari-cari produk yang boleh menyelesaikan masalah kulit anda dan ianya mestilah serasi dengan muka anda.. Apakata anda cuba ESP SHAKLEE yang tergolong dalam set kecantikan shaklee.. Kenapa ida syorkan anda mencuba ESP ini?? Ini kerana terdapat banyak testimoni yang dapat menyelesaikan masalah kulit mereka dengan ESP SHAKLEE..

ESP SHAKLEE bukan sahaja untuk di minum tetapi boleh juga untuk di jadikan masker.. Anda boleh menempek masker di malam hari sebelum tido dan anda akan dapat rasakan kesegaran di kulit muka anda.. Jika anda rajin dan melakukan masker setiap hari, pasti lebih cepat anda dapat kulit yang cantik.. Apatah lagi, sekarang ini adalah promosi ESP SHAKLEE untuk bulan oktober jadi inilah masanya untuk anda mendapat kulit yang cantik..

TESTIMONI ESP





 
Nampak tak perbezaan dengan muka mereka?? Makin cantik, cerah, parut pun hilang, glowing je.. Apalagi, jom rembat sekarang ESP SHAKLEE pasti lebih cantik selepas ini..

Nak tahu apa fungsi ESP SHAKLEE?? Jom baca di KELEBIHAN ESP SHAKLEE


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

TIPS DAN PETUA 1

ATASI MASALAH DENGAN TIPS DAN PETUA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Mulai hari ini, ida akan kongsikan tips-tips yang berguna untuk anda mencuba.. Tips dan petua ini kadang-kadang berguna juga jika kita sudah mencuba pelbagai cara moden dan ingin mencuba cara tradisional.. Cara baru sentiasa ada tapi cara tradisional jangan dilupa.. Tak ada yang lama, tak ada lah yang baru.. Jom lah ikuti tips dan petua dari ida pada hari ini.. Ida pon dapat tips dan petua ini dari MAJALAH PA&MA, jadi ida akan kongsikan tips dan petua ini disini ye.. 

TIPS DAN PETUA ATASI MASALAH 


LEGAKAN SELESEMA

Jika bayi anda mengalami selsema, ambil sebiji kunyit, patahkan dan sapukan pada batang hidungnya.. Hasilnya bayi anda tidak akan lagi meragam kerana hidungnya sudah tidak tersumbat lagi..


SAKIT GIGI

Jika anda sedang mengalami sakit gigi, ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.. Salaikan seketika serai tersebut di atas api dan biarkan sejuk sedikit.. Selepas itu, gigit serai tersebut di tempat yang sakit.. Dengan cara ini mampu mengurangkan kesakitan yang dialami..


TIADA LAGI KESAN TEH DI CAWAN

Pasti akan terdapat kesan teh ataupun kopi yang melekat di cawan anda setelah lama digunakan.. Agak susah untuk menghilangkan kesan tersebutkan.. Untuk menghilangkan kesan kotoran tersebut, anda boleh mengambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada cawan yang terdapat kesan teh tersebut.. Ambil kain bersih dan gosokkan cawan itu dan bersihkan.. Kesan teh itu akan hilang dengan mudah dan cawan anda akan kembali berseri..


PERIUK BERKILAT

Tahukah anda bahawa sabun mandi dapat mengilatkan periuk?? Caranya adalah, ambil sabun mandi buku, sapu pada periuk dan sental dengan berus periuk.. Kemudian, bilas periuk tersebut dengan air bersih dan hasilnya anda pasti kagum..


BERSIHKAN BOTOL SUSU

Sekiranya anda mahu mencuci botol susu tetapi tidak mempunyai berus botol, anda tidak perlu risau.. Anda hanya perlu mengambil segenggam beras dan masukkan ke dalam botol susu.. Masukkan air sehingga separu botol dan goncang botol sehingga segala kotoran yang melekat di botol susu tersebut hilang.. Akhir sekali, bilas botol sehingga bersih..




Sekian dahulu untuk tips dan petua pada hari ini.. Nanti ida sambung semula dengan lebih banyak tips dan petua yang berguna untuk dilakukan dan sekaligus menyelesaikan masalah anda..

       
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Wednesday, October 1, 2014

PROMOSI BULAN OKTOBER PASTI GEMPAK

PROMOSI ESP KINI KEMBALI LAGI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Haa, hari ini ida nak umumkan satu berita gembira kepada pengguna tegar ESP.. Pada bulan Oktober ini adalah masa untuk anda pulun membeli ESP kerana pada bulan ini adalah promosi yang sangat di nanti-nantikan oleh pencinta ESP.. Promosi bulan ini adalah beli 6 percuma 1, jimatkan dengan adanya promosi ini.. Anda boleh simpan stok sehingga 7 bulan lamanya.. Tidak pun anda boleh la nak buat masker di muka.. Pasti lagi cantik berseri dengan penjagaan dari luar dan dalam.. 



Sebenarnya ESP pernah ada promosi pada bulan Mac yang lepas dan memang masa bulan tersebut ramai yang order untuk simpan stok mereka sendiri.. Rasanya pada bulan tersebut adalah yang paling busy dan ada juga ura-ura mengatakan kemungkinan ESP akan kehabisan stok di setiap branch shaklee tetapi alhamdulillah ESP tetap berada di pasaran sehingga kini.. Ternyata ESP Shaklee ini adalah produk laku keras sebab ramai pencinta ESP sekarang ini.. Mungkin disebabkan itu juga promosi ESP kembali lagi.. 



Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa ESP ini adalah kegemaran ramai dan siapa yang sesuai untuk mengambil ESP tersebut.. Jom kita tengok, kenapa ESP ini menjadi kegilaan ramai..

  • Sesuai untuk yang nak kurus kerana ESP dapat membantu mengawal selera makan dan amat mengenyangkan..
  • Sesuai diambil ketika mahu berpuasa kerana ESP mengandungi sumber protein yang membantu memberi tenaga berpanjangan dan mengenyangkan..
  • Sesuai untuk ibu menyusu kerana membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu malah membantu memekatkan susu ibu dan ini memberi rasa kenyang kepada bayi..
  • Sesuai untuk yang mahu kelihatan cantik kerana ESP membantu menggebu, melicin dan menganjalkan kulit.. Malah boleh memutihkan kulit juga, selain itu boleh dibuat masker..
  • Sesuai untuk ibu hamil kerana ESP dapat membantu memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian mereka malah kulit bayi juga akan lebih gebu dan cantik..
  • Sesuai untuk yang mahu hamil terutama yang pernah mengalami keguguran kerana ESP membantu memelihara, memulihara dan menguatkan rahim serta memberi tenaga..
  • Sangat sesuai untuk yang menghidap penyakit gastrik kerana ESP bersifat alkali dan mampu untuk meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh perut yang menyebabkan terjadinya gastrik.. 
  • Sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin kerana ESP membantu memberi tenaga yang telah hilang ketika proses bersalin, membantu menghilangkan masalah strechmark yang banyak terjadi kepada ibu-ibu lepas bersalin..
  • Sesuai untuk mereka yang ingin tambah berat badan kerana ESP mengandungi protein yang membantu memadatkan tulang dan otot..

Itulah antara kenapa ESP ini menjadi kegilaan ramai.. Nak tahu apa lagi yang bagus dengan ESP ini?? Jom tengok di sini -> KENALI ESP SHAKLEE DAN KENAPA IANYA BERBEZA??, KENAPA PERLU MENGAMBIL ESP??, PERBEZAAN ESP SHAKLEE.. Jadi anda jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi ESP pada bulan ini ye.. Nanti rugi pula kalau terlepas.. Macam mana nak order??Anda boleh hubungi saya seperti di bawah ye..
  
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

ALAT PENGGENDONG BAYI SEMAKIN POPULAR

JOM KENALI ALAT PENGGENDONG BAYI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini ida nak berkongsi pengetahuan tentang alat penggendong bayi la.. Sekarang ini, ibu bapa lebih menyukai memilih penggendong bayi kerana ianya mudah dibawa dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan alat penggendong tersebut.. Berbanding dengan kereta sorong bayi, alat penggendong lebih mudah untuk mengawal si manja, lebih-lebih lagi sekiranya bayi anda menyusu susu ibu.. Bayi akan dapat menyusu dengan lebih baik dan tenang kerana emosinya lebih stabil apabila anda berada dekat dengannya, malah si manja juga lebih mudah untuk tidur di dalam alat penggendong berbanding kereta sorong..

Sebenarnya, alat penggendong kini adalah pilihan ibu bapa di masa kini kerana anak akan sentiasa berada di sisi anda dan memudahkan untuk berjalan di tempat yang ramai orang.. Jom kita kenali jenis-jenis alat penggendong bayi yang terdapat di pasaran..

JENIS-JENIS ALAT PENGGENDONG


1- BABY POUCH

Baby pouch ini diperbuat daripada kain yang di jahit bersesuaian dengan saiz ibu atau bapa yang bakal menggunakannya.. Ia direka membentuk poket yang besar bagi membolehkan anda meletakkan bayi.. Malah ia disediakan dalam pelbagai saiz mengikut ukur bahu hingga tulang pinggul si ibu atau bapa seperti saiz S, M, L atau XL..
Sekiranya saiz badan anda dan suami berbeza, kemungkinan anda perlu membeli dua saiz berbeza kerana anda tidak boleh berkongsi baby pouch yang sama melainkan baby pouch tersebut boleh dilaraskan saiznya..


2- RING SLING 

Ring sling agak berlainan dengan baby pouch kerana ring sling di reka menggunakan kain yang panjang iaitu 68 inci (mengikut keselesaan si pemakai) dan mempunyai ring (gegelang) khas.. Ring sling boleh dilaraskan mengikut saiz si pemakai dan ini memberi satu kelebihan kepada pasangan yang berlainan saiz..
Sebelum ring sling ini dipasarkan, kebanyakan ring akan di uji dahulu untuk memastikan ketahanannya dalam menampung berat bayi dan juga bagi keselamatan bayi.. Terdapat dua jenis ring yang biasa di gunakan iaitu nilon dan aluminium malah sesetengah ring sling terdapat span bagi memberikan keselesaan pada ibu dan bayi.... Selain itu, anda boleh pelbagaikan posisi ketika menggunakan ring sling iaitu anak anda boleh dalam kedudukan berbaring, duduk, kendong di bahagian sisi, kanggaru dan belakang..


3- WRAP

Alat penggendong jenis ini pula adalah dari sehelai kain yang panjang dan perlu di ikat ke tubuh.. Wrap ini boleh di ikat dalam beberapa cara dan ia dapat diguanakan sehingga anak berusia tiga tahun bergantung kepada fabrik wrap tersebut.. Fabrik yang lembut dan meregang biasanya digunakan di awal kelahiran manakala fabrik yang lebih kukuh akan digunakan apabila anak semakin membesar dan bertambah berat..
Perkara yang menarik apabila menggunakan wrap, berat badan akan di ampu secara serata oleh tubuh iaitu bahu kanan dan kiri serta bahagian belakang si pembawa.. Wrap ini juga sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti luar..


4- SOFT STRUCTURED CARRIER

Soft structured carrier atau di panggil SSC sangat mudah digunakan kerana ia mempunyai pengancing (buckle) khas.. Ianya amat sesuai digunakan sejak umur bayi anda empat bulan sehingga berat badannya mencecah 17kg.. 
Terdapat sesetengah SSC mempunyai ciri-ciri khas seperti mempunyai tempat khas untuk bayi menempatkan kedua-dua belah tapak kakinya, tempat anda menggantung beg tangan dan juga terdapat selungkup yang berfungsi untuk melindungi kepala si manja ketika memerlukannya..


5- MEI TAI

Kebanyakan mei tai mempunyai empat tali untuk tujuan pelarasan tetapi terdapat juga mei tai yang menggunakan buckle untuk memudahkan pengurusan.. Empat tali yaang terdapat di mei tai adalah untuk membantu sokongan kepada ibu iaitu dua tali untuk bahu manakala dua tali lagi untuk bahagian pinggang..


PERINGATAN UNTUK IBU DAN BAPA

  • Setiapkali sebelum menggunakan alat penggendong, pastikan ia dalam keadaan yang baik .. Sekiranya terdapat kesan koyak atau kemungkinan akan koyak, jangan dan hentikan penggunaannya..
  • Jangan biarkan dagu anak rapat dengan dadanya kerana ia akan menyebabkan bayi sesak nafas.. Pastikan anda meletakkan bayi baru lahir dalam keadaan mendatar di dalam alat penggendong tersebut dengan meletakkan bantal kecil atau kain yang dilipat di bawah leher untuk mengelakkannya dagunya rapat dengan dada..
  • Hati-hati apabila melalui pintu atau kawasan yang mempunyai sudut atau bucu mahupun bergerak di persekitaran yang tajam atau panas.. Kepala atau kaki anak mungkin akan terdedah dengan bahaya apabila melalui kawasan tersebut..
  • Walaupun kedua belah tangan bebas bergerak namun anda masih perlu memegang anak anda dengan sebelah tangan demi keselamatannya..
  • Sentiasa memegang anak anda ketika membongkok atau bergerak dengan cepat agar dia tidak jatuh atau terkeluar daripada alat penggendong..
  • Perhatikan keadaan sekeliling sekiranya terdapat alat yang merbahaya yang boleh di capai oleh anak anda..
   
sumber MAJALAH PAMA JANUARI 2013

           
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA http://farishmomvittashoppe.blogspot.com/2014/07/pengedar-sah-shaklee-area-taman-tas.html 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175