Wednesday, November 30, 2016

Tips Menjaga Kesihatan Kulit

Produk kosmetik makin berlambak dipasaran sekarang ni kan? Kebanyakan friendlist facebook ida ni pun ramai yang jual produk kecantikan sama ada kosmetik ataupun supliment..

Adik² yang baru meningkat remaja sekarang ni pun dah pandai pakai pelbagai jenis produk untuk menjaga kecantikan kulit mereka.. Nak lebih putih, nak kulit glowing, bersih tanpa cela dan jerawat katanya..

Disamping kita memakai produk kecantikan atau mengamalkan supliment, kita juga mesti tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan kulit kita.. Meh sini kak ida kongsi jenis makanan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit wajah kita..


JENIS MAKANAN UNTUK KESIHATAN KULIT

1- KOKO
👉 Koko membantu menghidratkan kulit kita dan menjadikannya lebih tegang dan lembut.. Menurut Nicholas Perricone, MD, pakar dermatologi di New York City, 'Coklat gelap mengandungi tahap flavonos iaitu sejenis antioksidan yang kuat'..

2- Greek Yogurt
👉 Protein yang terkandung dalam produk tenusu dapat membantu kulit menjadi lebih tegang dan mengurangkan kedutan.. Greek yogurt mengandungi 2 kali ganda kandungan protein berbanding yogurt biasa..

3- Delima
👉 Delima mengandungi polifenol iaitu sejenis antioksidan yang sangat bagus untuk kulit.. Polifenol membantu melawan radikal bebas, mengawal aliran darah dan memberikan kesan merah kemerahan pada kulit.. Ia juga membantu mengurangkan garisan halus dan melembapkan kulit..

4- Walnut
👉 Walnut mengandungi omega 3 dan asid lemak yang boleh menganjalkan kulit.. Ia juga mengandungi tembaga dan mineral yang membantu meningkatkan pengeluaran kolagen..

5- Biji bunga matahari
Sarat dengan vitamin E, biji bunga matahari menjadikan kulit anda lembut dengan melindungi lapisan atas dari matahari.. Kandungan lemak-asid penting yang tinggi menjadikan minyak biji bunga matahari sesuai untuk merawat bahagian badan yang kering, seperti bibir dan tumit, apabila digunakan secara luaran..

Inilah antara makanan yang boleh korang amalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik.. Selamat mencuba ✌


Ada supliment yang anda cari?
Pengedar shak.lee anda..
Ieda Dayah
Pm / Whatsapp
📲 017.956.3621

No comments:

Post a Comment