Wednesday, December 2, 2015

6 PENYAKIT YANG SERING DI ALAMI SI KECIL

Assalamualaikum..

Bagi pasangan yang baru menyambut kelahiran cahaya mata perlu tahu asas pengetahuan tentang kesihatan bayi termasuklah penyakit yang sering dialami oleh bayi..

Dengan adanya asas pengetahuan tentang ini, senang untuk anda bertindak dengan betul jika serangan penyakit berlaku terhadap bayi anda.. Jom kita ikuti apakah 6 jenis penyakit yang sering di alami oleh bayi..

JENIS PENYAKIT YANG SERING DIALAMI BAYI


1⃣ DEMAM
👉 SATU gejala atau petunjuk pada masalah lain. BIASANYA disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Ia adalah sebahagian dari mekanisme pertahanan badan.

Namun, demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan demam yang jika terlalu kerap terjadi akan merosakkan sistem saraf otak anak malah mengganggu pertumbuhan anak-anak.

2⃣ SAWAN
👉 KEBIASAANNYA sawan disebabkan oleh demam yang bersuhu tinggi hingga mencecah 40°c. Sekiranya ia terjadi sekejap dan tidak berulang (kurang dari setengah jam), ia tidak berbahaya.

Namun jika sawan panjang dan berulang kali dalam masa 24 jam ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan mengganggu perkembangan anak anda. Anak anda akan mendapat komplikasi seumur hidup.

3⃣ SELESEMA
👉 ANAK yang mengalami masalah ini akan berasa hidung tersumbat dan berhingus. Tanda-tanda lain seperti sakit tekak, batuk, rasa tidak selesa dan susah tidur yang menyebabkan dia merengek kerana tidak selesa. Masalah ini biasanya disebabkan oleh jangkitan virus.

4⃣ BATUK
👉 BATUK adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir dari saluran pernafasan. Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan.

Ia perlu dipandang secara serius jika anak mengalami demam yang kuat, sukar bernafas dan warna kahak berubah menjadi kuning atau hijau. Ia boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis jangkitan saluran pernafasan yang boleh mengancam nyawa jika ia dibiarkan berterusan.

5⃣ CIRIT-BIRIT
👉 SEKIRANYA anak anda mengalami cirit-birit, dia akan membuang air besar dengan lebih kerap daripada biasa.

Ia akan menjadi bahaya disebabkan kekurangan air dalam badan yang teruk sehingga menyebabkan komplikasi dan kematian.

6⃣ MASALAH KULIT
👉 KULIT bayi sangat sensitif dan sangat berisiko menghadapi pelbagai jenis infeksi. Jika keradangan kulit dibiarkan berterusan akan menyebabkan masalah penyakit kulit kronik.

Impetigo sejenis jangkitan kulit akibat bakteria yang mungkin berkembang apabila ruam seperti ekzema telah dijangkiti. Biasanya ia menyerang anak-anak terutama jika kebersihan anggota badan kurang diberi perhatian.

7⃣ EKZEMA
👉 MASALAH ekzema pula menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian pelipat pada lutut dan siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, mu kj a dan kulit kepala. Biasanya mula timbul antara usia 3 bulan hingga 2 tahun.

8⃣ RUAM LAMPIN
👉 Biasa dialami oleh bayi dan kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah. Mengalami masalah keradangan kulit terutama pada bahagian punggung, kemaluan, celah kelangkang dan bahagian dalam paha.

Ia berlaku disebabkan beberapa faktor seperti lampin tidak kerap ditukar atau kesan-kesan sabun yang tidak dibilas dengan betul.

PETUA ORANG DULU-DULU MERAWAT MASALAH BAYI


Disini ida kongsikan beberapa petua tradisional yang boleh ibu-ibu praktikkan apabila anak mengalami salah satu penyakit diatas.

Tapi tidak semua penyakit mempunyai cara rawatan tradisional. Sesetengahnya memerlukan ibu-ibu untuk merujuk dengan doktor juga.

💞 DEMAM 👇👇

> DAUN Bunga Raya
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas didalam air sehingga daun tersebut hancur dan mengeluarkan lendir.
- Ambil lendir tersebut dan sapu di ubun-ubun anak.
- Lakukan sehingga tidak demam lagi.

> Air Asam Jawa
- Ambil 1 genggam asam jawa dan bancuhkan didalam air. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
- Jerlumkan kepala anak dengan air asam jawa tersebut sehingga tidak demam lagi.

💞 SELESEMA 👇👇

> Kunyit
- Ambil beberapa kunyit dan tumbuk kunyit tersebut.
- Kemudian sapukan kunyit tersebut pada T Zone.
- Sapu sehingga selesema kering.

💞 BATUK 👇👇

> TEPUK Percussion
- Menepuk bahagian depan dan belakang dada bayi dengan cara menggunakan tapak tangan yang melengkung.

> Bawang Putih & Minyak Zaitun
- Ketuk beberapa ulas bawang putih.
- Campurkan minyak zaitun dan bawang putih yang telah diketuk kedalam air suam.
- Wapkan bayi anda dengan campuran tersebut.

💞 CIRIT-BIRIT 👇👇

> Teh O Pekat
- Bancuh tea o dengan agak pekat.
- Berikan anak minum teh o tersebut.
- Bertujuan untuk mengeraskan najis anak sekaligus mengelakkan terjadinya cirit-birit.

> Smecta
- Dapatkan di farmasi.
- Dibancuh dengan air dan berikan anak minum.
- Bertujuan mengeraskan najis bayi.

💞 RUAM LAMPIN 👇👇

> Kerap menukar lampin.
> Longgarkan lampin.
> Cuci punggung bayi dengan air bersih.
> Elakkan menggunakan bedak talkum.

CARA MUDAH MERAWAT BAYI

Selain menggunakan tips-tips tradisional seperti diatas, ibu juga boleh menggunakan kaedah moden yang sangat mudah dan senang.

Caranya adalah menggunakan krim HERBAL BLEND MULTIPULPOSE dari Shaklee. Sudah ramai ibu diluar sana sudah menggunakan untuk pelbagai jenis penyakit dan masalah kulit yang dihadapi oleh bayi dan kanak- kanak.

TESTIMONI IBU YANG MENGGUNAKAN HERBAL BLEND MULTIPULPOSE CREAM SHAKLEE











Untuk order HERBAL BLEND MULTIPULPOSE CREAM SHAKLEE ini ibu-ibu boleh menghubungi ieda di 👇👇👇

Ieda Dayah
Wasap / Sms
017-9563621

1 comment:

  1. memang agak susah hati kalau si kecil demam atau terkena ruam. kadang cara pengobatan orang dulu banyak membantu dalam menangani masalah baby. Kalau baby anda ruam boleh la sapu herbal blend.

    ReplyDelete