Sunday, December 14, 2014

PENTINGNYA 7 VITAMIN B DIDALAM TUMBESARAN SIMANJA : SUMBER VITAMIN B BOLEH DIPEROLEHI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan tubuh yang sihat dan tahap kesihatan yang memuaskan Dengan pengambilan vitamin yan secukupnya dapat membantu tumbesaran mereka yang normal serta dapat membantu mencegah jangkitan penyakit..Vitamin adalah bahan organik yang mampu diserap oleh tubuh dan sangat diperlukan oleh tubuh meskipun kuantiti keperluannya sedikit.. Salah satu vitamin yang diperlukan dalam tumbesaran kanak-kanak ialah bitamin B.. Terdapat 7 jenis vitamin B yang amat penting, jom kita selidik apakah kepentingan 7 vitamin B ini..


7 JENIS VITAMIN B PENTING KEPADA TUMBESARAN KANAK-KANAK


VITAMIN B1 @ THIAMINE

Vitamin B1 amat penting dalam membantu perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.. Selain itu, ia turut membantu dalam pemprosesan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protein sekaligus dapat membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.. Tubuh kita memerlukan vitamin B1 untuk membentuk bahan api yang membolehkan tubuh bekerja..

- SUMBER VITAMIN B1
  1. Gandum
  2. Kacang pis
  3. Kekacang
  4. Ikan
  5. Daging
- AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B1
  • Boleh menyebabkan keletihan
  • Tubuh akan lesu
  • Hilang selera makanAda kalanya, boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi 
- KEPERLUAN VITAMIN B1
Kanak-kanak memerlukan diantara 0.6mg hingga 0.9mg vitamin B1 setiap hari

VITAMIN B2 @ RIBOFLAVIN

Vitamin B2 amat perlu dalam pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel dan tumbesaran.. Disamping itu, ianya juga turut membantu melegakan keletihan mata dan penting untuk pencegahan dan rawatan katarak.. Ianya sangat membantu dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan juga protein.. Selain itu, vitamin B2 membantu memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut, menghapuskan kelemumur, membantu penyerapan zat besi da vitamin B6..

- SUMBER VITAMIN B2
  1. Keju
  2. Putih telur
  3. Ikan 
  4. Daging
  5. Susu
  6. Asparagus
  7. Avokado
  8. Kubis bunga
  9. Rumpai laut
  10. Sayuran berdaun hijau
  11. Kulat
  12. Kacang
  13. Selada air
- AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B2
  • Menyebabkan keletihan
  • Lemah badan dan daya penglihatan
  • Terlalu sensitif pada cahaya
  • Gatal kulit
  • Lemah daya penghadaman
  • Tumbesaran terbantut
  • Minda lambat bertindak balas
- KEPERLUAN VITAMIN B2
Kanak-kanak memerlukan sebanyak 0.6mg hingga 0.9mg sehari vitamin B2..

VITAMIN B3 @ NIASIN

Tubuh memerlukan vitamin B3 untuk peredaran darah dan kulit yang sihat.. Selain itu, ia amat penting dalam penghasilan tenaga daripada gula dan dalam pembuatan lemak.. Vitamin B3 juga membantu dalam fungsi sistem saraf, metabolisme karbohidrat, lemak dan protein, dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.. Disamping itu, ia turut terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal serta sintesis hormon seks.. Niasin membantu merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah..

- SUMBER VITAMIN B3
  1. Hati lembu
  2. Ragi yang ditapai
  3. Kubis bunga
  4. Lobak merah
  5. Keju
  6. Tepung jagung
  7. Buah kurma
  8. Telur
  9. Ikan
  10. Susu
  11. Kacang tanah
  12. Ubi kentang
  13. Tomato
  14. Gandum dan hasil gandum
- AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B3
  • Badan lemah
  • Cirit-birit
  • Otot lemah
  • Bengkak mulut dan lidah
  • Sakit kepala
  • Kandungan gula dalam darah rendah
- KEPERLUAN VITAMIN B3
Kanak-kanak memerlukan diantara 9mg hingga 16mg vitamin B3 setiap hari..

VITAMIN B5 @ ASID PANTOTHENIC

Vitamin ini juga sangat dikenali sebagai vitamin anti-stress yang memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin dan menolong menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga.. Selain itu, tubuh memerlukan vitamin ini untuk semua sel dalam badan dan tertumpu pada organ badan serta terlibat dalam pengeluaran neurotransmitters.. Vitamin ini merupakan elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan penting yang terlibat dalam kebanyakan fungsi metabolisme.. Ia juga bertindak sebagai penambah stamina serta mencegah sesetengah bentuk anemia.. Vitamin ini diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong untuk merawat tekanan dan rasa cemas..

- SUMBER VITAMIN B5
  1. Daging lembu
  2. Telur
  3. Sayuran segar
  4. Hati
  5. Kekacang
  6. Ikan laut
  7. Gandum
- AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B5
  • Badan keletihan
  • Lemah badan
  • Sakit kepala
  • Muntah
  • Lemah daya tahan terhadap jangkitan saluran pernafasan
  • Kejang otot
- KEPERLUAN VITAMIN B5
Kanak-kanak memerlukan sebanyak 2mg hingga 4mg setiap hari vitamin B5..
VITAMIN B6 @ PIRIDOKSIN
Piridoksin banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding nutrient lain.. Vitamin ini memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak.. Ia juga penting untuk penghasilan sel darah merah dan antibodi.. Vitamin ini juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium.. Tubuh memerlukan vitamin B5 ini secukupnya agar sistem saraf serta otak dapat berfungsi dengan normal..
- SUMBER VITAMIN B6
  1. Lobak merah
  2. Ayam
  3. Telur
  4. Ikan
  5. Daging
  6. Kacang pis
  7. Bayam
  8. Biji bunga matahari
  9. Walnut
  10. Avocado
  11. Pisang
  12. Kacang
  13. Kubis bunga
  14. Beras perang
  15. Bijirin
- AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B6
  • Keletihan
  • Lesu
  • Rasa tertekan
  • Mengalami penyakit kulit
  • Anemia
  • Sawan
- KEPERLUAN VITAMIN B6
Kanak-kanak memerlukan sebanyak 0.6mg hingga 1.3mg vitamin B6 setiap hari..
VITAMIN B9 @ ASID FOLIK
Vitamin B9 atau asid folik ini merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk memastikan tumbesarannya sempurna.. Vitamin ini sangat penting didalam pembinaan DNA setiap sel.. DNA berfungsi sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut..Folat sangat diperlukan oleh tubuh dalam membantu pembentukan sel darah merah..
- SUMBER VITAMIN B6
  1. Sayuran hijau
  2. Susu
  3. Produk tenusu
- KEPERLUAN VITAMIN B6
Kanak-kanak memrlukan vitamin B6 ini sebanyak 150mcg hingga 300 mcg setiap hari..
VITAMIN B12 @ CYANOCOBALAMIN
Vitamin B12 ini diperlukan dalam pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran.. Vitamin ini juga diperlukan oleh tulang sum-sum dalam pembentukan sel darah merah.. Selain itu, vitamin ini juga menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah serta terlibat dalam penggunaan asid folik dan penggunaan karbohidrat dalam makanan.. Asid hidroklonik melepaskan vitamin B12 ini didalam perut ketika proses penghadaman berlaku.. Kemudian, ia akan bercantum pula dengan sejenis bahan yang dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum diserap kedalam darah.. Selain itu, vitamin B12 ini juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat..
- SUMBER VITAMIN B12
  1. Ikan
  2. Susu dan produk tenusu
  3. Telur
  4. Daging dan ayam
  5. Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber terbaik vitamin B12
- AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B12
  • Badan lesu
  • Sakit mulut dan lidah
  • Anemia
  • Gangguan mental serta emosi
- KEPERLUAN VITAMIN B12
Kanak-kanak memerlukan vitamin B12 sebanyak 0.9mcg hingga 2.4mcg setiap hari..      
sumber : MAJALAH PA&MA 2011
 
Itulah 7 jenis vitamin B yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar dengan aktif.. Tetapi kita sebagai ibubapa bagaimana mahu memastikan anak-anak mendapat keperluan mereka dengan secukupnya?? Disini ida akan kongsikan dengan anda satu makanan tambahan yang lengkap dengan semua jenis vitamin B ini.. 

MEALSHAKE MEMENUHI KEPERLUAN VITAMIN B ANAK ANDA


Setelah ida meneliti nutrition information Mealshake, ternyata Mealshake mengandungi kebanyakan vitamin B ini.. Untuk meyakinkan anda, mari lihat nutrition information ini..

sumber : kedaivitaminkita.com

Sebenarnya, ida suka untuk mencadangkan kepada pra ibubapa diluar sana untuk memberi Mealshake ini kepada anak-anak yang sedang aktif membesar.. Anak-anak yang sedang membesar memerlukan banyak tenaga, tumpuan dan tahap kesihatan yang baik untuk mereka dapat meneroka dunia mereka dengan sebaiknya.. Mealshake dapat membantu ibubapa memenuhi keperluan nutrient tubuh anak-anak..

Sebelum ini ida pernah kongsikan kebaikan Mealshake, jika anda belum pernah membacanya, jom baca disini 10 SEBAB MENGAPA MEALSHAKE PENTING KEPADA KANAK-KANAK.. Di entry ini, anda akan dapat jawapan mengapa Mealshake adalah makanan tambahan terbaik untuk anak-anak..

Semoga, anda ibubapa mendapat manfaat daripada entry kali ini.. Semoga anak-anak akan membesar dengan lebih sihat, aktif, bijak dan gembira..

                        SAYA MAHU BELI MEALSHAKE UNTUK ANAK TERSAYANG


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

9 comments:

  1. Meal shakes memang terbaik untuk kanak-kanak...dan sangat lengkap multivitamin di dalamnya. Terbaik lah meal shakes untuk si manja.


    Lepas 7 Tahun Muka Berjerawat Teruk Inilah Kesudahannya

    ReplyDelete
  2. setiap rumah yg ada anak-anak kecil seharusnya ada mealshakes...ini kerana pemakanan zaman skrg yang penuh makanan terproses

    ReplyDelete
  3. Meal shake mmg bagus untuk kanak2...

    ReplyDelete
  4. Anak-anak yang sedang membesar memerlukan makanan yang berkhasiat dan seimbang bagi menyokong kesihatan dan prestasi anak-anak.

    ReplyDelete
  5. Meal shake memang banyak membantu dalam pemakanan anak saya yang bongsu tu...sebelum kenal meal shake, dia memang kurang makan tapi lepas bagi meal shake alhamdulillah selera makan anak saya bertambah baik.

    memperbanyakkan susu badan dengan doa dan pengambilan supplement yang betul

    ReplyDelete
  6. Vitamin B juga amat penting untuk pembentukan sel darah merah kanak-kanak terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah hb rendah. Kombinasi Vitamin C yang terdapat di dalam Meal Shake membantu menyerap iron ke dalam tubuh dengan lebih berkesan.
    Kisah Liat Bayar Hutang

    ReplyDelete
  7. Memberikan anak makanan yg segar n original memang adalah yg terbaik. tapi sekiranya kita tak mampu sediakan semuanya utk anak2 why not try supplement from shaklee. in sya Allah sangat2 membantu

    JommSihatDanCantik -> MASALAH KULIT: JAGA-JAGA SEBELUM TERKENA!

    ReplyDelete
  8. berikan sumber vitamin yang banyak untuk anak kita untuk tumbesaran mereka lebih selamat dan semulajadi.

    ReplyDelete