Halaman

Saturday, November 8, 2014

TIPS DAN PETUA UNTUK SI MANJA ANDA

SEMUANYA UNTUK ANAK KESAYANGAN ANDA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Setiap ibubapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak kan?? Mahu anak menjadi budak yang cerdik, cantik, hensem, sihat dan sebagainya.. Disini terdapat beberapa petua yang anda boleh gunakan untuk anak anda.. Jom kita lihat, apakah petua-petua yang anda boleh aplikasikan untuk anak-anak anda..

LENTIKKAN BULU MATA BAYI ANDA

Ibu-ibu pasti suka jika bulu mata anak-anak lentikkan? Jadi untuk lentikkan bulu mata anak anda, apa kata selepas selesai menyusukan bayi anda, sapukan sedikit susu ibu ke bulu mata anak anda.. Amalkan selalu dan anda akan dapati bulu mata anak anda semakin lebat, lentik dan cantik..


INGINKAN ANAK YANG CERDIK

Setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka seorang bayi, kanak-kanak dan remaja, dewasa yang cerdik dan pandai.. Ibu hamil boleh amalkan memakan buah delima semasa hamil.. Insyaallah, anda akan dikurniakan anak yang cerdik pandai..


MENCANTIKKAN KULIT ANAK

Bagi mencantikkan kulit bayi anda, campurkan tiga sudu tepung kanji dengan air suam.. Kemudian kacau dan mandikan bayi dengan air tersebut.. Selepas itu, terus lapkan tanpa bilasan air lain..


CEPAT BERJALAN

Lobak merah mengandungi kalsium yang tinggi.. Jadikan lobak sebagai salah satu hidangan makanan untuk anak anda dengan cara masukkan lobak kedalam bubur bayi anda.. Lobak merah boleh membantu pembentukan tulang agar anak cepat jalan..


MENGGEMUKKAN ANAK

Jika anak anda kurus, cubalah merawat dengan memberi anak minum air nasi yang sedang mendidih.. Ambil air tersebut dan sejukkan.. Beri pada anak air ini selama seminggu..


MENGATASI MASALAH RUAM

Masalah ruam panas sering terjadi kepada bayi baru lahir.. Untuk meredakan masalah tersebut, gunakan kanji nasi.. Untuk membuatnya, masak bubur nasi dan ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang.. Ikat dan picit kaijn tersebut pada ruam.. Hasilnya, ruam tersebut akan berkurangan..


KEPALA BAYI BERKERAK

Sekiranya kepala bayi anda berkerak, ambil segenggam kelapa parut dan campurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar.. Masukkan campuran tersebut ke dalam kain dan ikat kemas.. Ramas sedikit sehingga keluar santannya.. Selepas itu, sapukan ke atas kepala bayi anda dan biarkan seketika.. Hasilnya, kerak akan hilang dan dalam masa yang sama rambut bayi anda akan lebat dan hitam..


HILANGKAN KEMBUNG PERUT

Kembung perut sering terjadi kepada bayi dan membuat mereka rasa tidak selesa.. Bagi mengatasi masalah kembung perut tersebut, ambil dua atau tiga biji lada hitam dan tumbuk sehingga halus.. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam itu ke dalam pusat bayi dan biarkan.. Tepuk belakang badan bayi untuk menenangkannya..


ELAK ANAK KENCING MALAM

Sekiranya anak anda sering kencing malam, berilah anak makan satu sudu kecil madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon.. Amalkannya pada waktu pagi dan sebelum tidur.. Semoga anak kecil anda berhenti kencing malam..


Berikut adalah diantara petua yang anda boleh lakukan dirumah untuk anak-anak tersayang.. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda ibubapa..

rujukan MAJALAH PA&MA

                    
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

No comments:

Post a Comment