UBATI SAKIT CARA TRADISIONAL
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
Mungkin ada sesetengah dari anda akan mula mencari cara tradisional dahulu sebelum mencuba cara moden.. Kadang-kadang, cara tradisional lebih mudah baik dan selamat berbanding cara moden.. Bila kita duduk dengan orang tua, pasti mereka akan menyuruh kita mencuba cara tradisional dahulu sebelum beralih ke cara moden.. Antara sakit yang boleh di ubati dengan cara tradisional adalah..
LELAH
Bagi anda yang mempunyai masalah lelah, ambil beberapa biji bawang merah kecil dan rebus sehingga lembut.. Setelah lembut, kisar dan tapis airnya.. Minum air bawang tersebut seminggu sekali..
MELAWASKAN KENCING
Sekiranya anda mempunyai masalah kencing yang tidak lawas, anda boleh mencuba tips dan petua ini.. Kisar dua potong nenas yang kurang masak bersama dua gelas air.. Tapis dan minum airnya dua kali sehari..
SAKIT MULUT
Sekiranya anak anda mengalami sakit mulut, anda boleh mencuba merawatnya dengan santan.. Mula-mula sekali, masak santan daripada sebiji kelapa dengan satu cawan air.. Setelah santan hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.. Angkat, sejukkan dan sapu dalam mulut anak anda..
SENAK PERUT
Sekiranya anda sering mengalami masalah senak perut dan selalu sendawa angin, anda boleh mencuba petua ini.. Rebuskan empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja) bersama dua ulas bawang putih dan tiga cawan air.. Campurkan sedikit halia di dalam rebusan tersebut.. Minumlah beberapa kali.. Mudah-mudahan anda akan pulih dari senak perut dan sendawa angin..
GASTRIK
Pasti akan terasa yang teramat sakit kan jika di serang penyakit gastrik.. Jika di biarkan lama-lama pasti akan menyebabkan semakin kritikal penyakit gastrik tersebut.. Bagi mengatasi masalah gastrik ini, anda boleh mencuba tips dan petua ini.. Campurkan sebiji buah kurma bersama susu kambing atau susu lembu asli yang segar.. Kemudian, minumlah sebanyak dua kali sehari..
Semoga tips dan petua ini dapat membantu anda mengatasi masalah sakit anda..
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA??
JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA
credit MAJALAH PA&MA
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
No comments:
Post a Comment