Halaman

Wednesday, June 4, 2014

ESP DAPAT MENCEGAH GASTRIK

ESP DAPAT MEMBANTU GASTRIK???

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hai kawan-kawan.. Rasanye lama juga menyepi ni.. Hari ini ida nak ceritakan tentang ESP dengan gastrik.. Ramai juga yang bertanya dengan ida, ade tak supliment yang dapat membantu masalah gastrik.. Tentulah ada, jawapanya ialah ESP la yang menjadi kegilaan ramai pengguna tegar shaklee...


BAGAIMANA GASTRIK TERJADI..

Gastrik terjadi apabila selaput di dalam perut mengalami keradangan atau membengkak.. Terdapat dua jenis gastrik :
  1. GASTRITIS AKUT - gastrik yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat..
  2. GASTRITIS KRONIK - gastrik yang berpanjangan dan kerap hingga bertahun-tahun..

Perut kita mengandungi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus...

Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan. Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut. Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu....


Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.
Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas...

 




GEJALA GASTRIK

Antara gejala gastrik ialah :
  • Sakit pada bahagian atas abdomen.. ia boleh reda atau makin sakit apabila makan..
  • Perut menjadi sensitif tehadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol..
  • Mual
  • Muntah
  • Hilang selera makan dan terasa sebu
  • Perut bahagian atas terasa 'penuh' dan senak selepas makan sedikit..
  • Hilang berat badan
  • Pedih ulu hati

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEKURANGAN PROTEIN

 Pencernaan dan metabolisme protein melibatkan perut, pankreas, dan liver. Asid Hydrochloric yang dikeluarkan oleh perut diperlukan untuk pencernaan awal daripada protein. Enzim-enzim pankreas mengambil bahagian dalam penguraian protein. Dan hati mengawal metabolisme amino acid.

Akibatnya, setiap bahan yang mengganggu fungsi perut, pankreas atau hati mungkin secara negatifnya akan menjejaskan status protein...Selain itu, kemampuan tubuh untuk menghasilkan asid amino tidak perlu mungkin akan terbantut oleh ketidakcukupan pengambilan dari vitamin B6.


BAGAIMANA ESP DAPAT MEMBANTU GASTRIK??


#  ESP ini yang kaya dengan kacang soya terpilihnya, bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kelenjar perut tadi. Malah, ESP ini juga mengandungi kandungan protein yang tinggi boleh membantu sistem pencernaan bekerja dengan baik kerana sistem pencernaan kita mula 'bekerja' apabila wujudnya unsur protein dalam perut. Selain itu, nutrien yang terdapat didalam ESP ini juga mampu membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidrolik sewaktu proses pencernaan itu berlaku.#  ESP adalah sumber protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dibina oleh tubuh badan dan harus didapatkan daripada pemakanan kita...

Badan kita tidak mampu hasilkan sendiri asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita...Padahal tubuh kita sangat-sangat memerlukan asid amino untuk regulate proses metabolisma yang penting untuk kesihatan badan. Selain tu, asid amino adalah sumber tenaga dan dapat membentuk tisu-tisu badan, organ, otot, kulit dan rambut...

Kalau badan tak cukup asid amino, badan kita akan ambil dari sumber protien yang ada dalam badan dan ini bole menyebabkan kerosakan otot dan tisu-tisu yang lain. Sebab tu pentingnya ada asid amino dalam protien kita. Kalau asid amino tak ada, tak guna jugak kita minum protien. Samalah seperti kita tak consume apa-apa.

Protein daripada pemakanan pula boleh termusnah akibat pemanasan. Apabila protein dipanaskan, Lysine, sejenis asid amino perlu yang penting kepada tubuh, akan hilang. Apa yang akan berlaku adalah perubahan di dalam rantaian asid amino dan perubahan ini akan mengurangkan kandungan nilai pemakanan yang boleh didapati pada semua asid amino perlu. Ini akan menyebabkan zat-zat tidak boleh diserap oleh tubuh.
Contoh seperti glutamin...Glutamin penting dalam membantu mencegah penyakit radang pada sendi (artritis) kerosakan protein melalui memasak menyebabkan berlakunya pembaziran zat. Kesannya ialah seseorang itu perlu memakan makanan yang lebih banyak untuk mendapatkan asid amino yang diperlukan. Keadaan ini akan membawa kesan kepada jangka masa panjang terhadap pembentukan gejala penyakit.



ADAKAH PESAKIT GSTRIK BOLEH SEMBUH??

 
Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul...Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital..


TESTIMONI GASTRIK



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim
Email: fhaikal91@gmail.com
H/P no: 0179563621 / 01115438750
ID Shaklee: 1085175
Blog: http://farishmomvittashoppe.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/iedadayahhealthcare

1 comment: